Followers

Sunday, February 20, 2011

Terus mengundi UMNO/BN untuk disaman-ekorkan, apakah maknanya?

Saman ekor memang menyusahkan rakyat. Rakyat akan lebih susah selepas 28 Februari ini. Selepas tarikh itu segala rayuan rakyat akan dipersetankan oleh penguatkuasa kerajaan UMNO/BN. Rakyat miskin dan rakyat yang susah akan terbeban dan teraniaya oleh senarai hitam saman ekor ini.

Namun Pak Menteri dan YB-YB akan terus meluncur laju dengan kereta mewah dan ada yang meluncur dengan iringan peronda walaupun terpaksa mengkelam-kabutkan pemandu-pemandu rakyat di simpang lampu isyarat atau di mana-mana. Ada yang terpaksa berlaga sesama sendiri untuk memberi laluan kepada bapak menteri dan YB-YB terhormat. Namun saman ekor akan tetap didahulukan untuk rakyat yang kehidupan kian tertekan. Realiti yang kian terang; RAKYAT DIDAHULUKAN UNTUK DISAMAN-EKORKAN DAN PRESTASI SAMAN EKOR KEPADA RAKYAT UNTUK KRONI AKAN DIUTAMAKAN!


Dalam isu saman ekor sekarang:


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong pelaksanaan saman ekor yang tidak mengikut peraturan sebenar yang dikenakan oleh kerajaan UMNO/BN kepada semua rakyat.


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong hukuman senarai hitam saman ekor dengan tidak membenarkan pemandu-pemandu berkaitan memperbaharui cukai jalan dan lessen memandu secara bertentangan dengan undang-undang.


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong penguatkuasaan peraturan lalu lintas diswastakan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada dua buah syarikat seperti yang didedahkan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) – (rujuk harakah keluaran terkini edisi cetak bil. 1616).


Menyokong dan mengundi UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong kerajaan UMNO/BN mendahulukan rakyat untuk disaman ekor sesuka hati tanpa mengikut peraturan dan sebarang keputusan mahkamah.


MANAKALA menyokong dan mengundi PAKATAN RAKYAT ( PAS, PKR dan DAP) dalam PRU ke 13 nanti bermakna menyokong janji akan melupuskan sebanyak 15 juta saman ekor kepada seluruh rakyat, sehari selepas Pakatan Rakyat memerintah.


Janji telah diberikan PR dan peluang tersedia, namun masih mahu menyokong kerajaan UMNO/BN yang sudah tidak ada perasaan apa-apapun dalam usaha mendahulukan rakyat untuk disusahkan, maknanya apa ?


No comments: