Followers

Saturday, February 26, 2011

SPR jangan berperangai 'hantu raya' dalam menguruskan PRK Merlimau dan Kerdau

Dalam beberapa entry yang lalu aku pernah menganggap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai ‘hantu raya belaan’ UMNO/BN (ada seorang yang mendakwa penyokong Pakatan Rakyat marahkan aku). Hari ini anggapan aku itu tetap tidak berubah. Aku menilai begitu berdasarkan pengalaman dan pengamatan dari apa yang dapat dilihat.

Namun dalam melihat perangai dan kelaku SPR dengan anggapan yang lebih tajam dari aku. Ada yang kata SPR dalam mengurus pilihanraya berkelaku bawah sikit daripada iblis, ada yang kata anjing belaan.

Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Kedah pernah mengcop SPR sebagai 'jahat' berhubung isu pengesahan duti setem. Katanya, “ Nampaknya Kita 'bergaduh' bukan setakat dengan Umno sahaja tetapi SPR. "


Dalam harakah cetak terkini bil 1617, Syed Azman bertanya dalam tulisannya, SPR: Bebas atau kuda tunggangan UMNO-BN?. Syed Azman menceritakan pelbagai kelaku SPR yang bagi aku macam perangai ‘hantu raya’ belaanlah tu.


Kalau aku menjawab soalan Syed Azman itu, jawapan aku tetap SPR ‘hantu raya belaan’ UMNO/BN bukan kuda tunggangan kerana kelakuan SPR lebih mirip kelakuan hantu raya! Mengikut kamus bahasa Melayu, hantu raya maknanya hantu peliharaan untuk menjadi pengawal (suruhan) tuannya.


Antara contoh kelakuan SPR seperti kelakuan ’hantu raya’:

  1. Kerjasama SPR dan Jabatan Pendaftaran (JPN) dalam melakukan operasi pertukaran alamat rakyat Sabah untuk mengundi di negeri Selangor dengan menggunakan pejabat UMNO Shah Alam.

  1. Enggan melayan dan menerima bantahan PAS mengenai isu pertukaran alamat besar-besaran itu.

  1. Melaksanakan PRU ke 11 lalu dengan pelbagai penipuan dan konspirasi berkaitan daftar pemilih yang diragui kebersihannya, waktu kempen yang hanya seminggu, majlis-majlis ceramah diharamkan, media pembangkang dikawal ketat, proses persempadanan semula yang diluluskan semata untuk kepentingan UMNO, peraturan pilihanraya yang tidak konsisten buat pembangkang dan macam-macam kerenah yang SPR wujudkan untuk pembangkang.

  1. Memanipulasi undi pos untuk kepentingan tuannya UMNO/BN.

  1. 6000 pengundi baru di kawasan Parlimen Pekan dalam tempoh 3 bulan.

  1. Membenarkan bas-bas pelancong membawa konon ‘pelancong–pelancong’ untuk menyebuk di kawasan tempat mengundi. Apabila pentugas-petugas pembangkang halang bas-bas tersebut yang menganggu menyebuk di hari mengundi, seekor lagi hantu raya UMNO/BN akan menangkap dan menahan petugas-petugas parti pembangkang.

  1. Marah lepada petugas pembangkang terlalu ramai pada hari mengundi tetapi membenarkan bas-bas pelancong yang konon membawa ‘petugas-petugas UMNO/BN’ untuk bertugas pada hari mengundi. Tugas apa kejadahnya pada hari mengundi? Itulah alasan SPR sama ada yang naik bas itu ‘pelancong’ atau pun ‘petugas UMNO/BN’! PRU ke 13 nanti apa pula alasannya?

  1. Membiarkan UMNO/BN berkempen menggunakan agensi-agensi kerajaan sebelum masuk tempoh berkempen baik di Dun Tenang, Merlimau mahu pun di Kerdau! Amaran hanya ditujukan secara keras keras kepada Pakatan Rakyat. Bila UM NO buat, hantu raya menjadi bisu!

  1. Kelmarin Timbalan Pengerusi SPR yang kelihatan macam Ketua Kempen UMNO/BN mengedar nombor telefon (tunjuk di TV) untuk sesiapa (mungkin untuk UMNO) mengadu jika terdengar ceramah kuat hingga konon mengganggu tidur pada waktu malam. Ceramah perlahan ceramah apanya? Ceramah dalam kelambu je! Gila punya peraturan! Dah musim pilihanraya, biarlah, bukan penduduk di situ tak tahu, asalkan jangan lebih pukul 12 malam sudah. Peraturan itu memang ditujukan untuk pembangkang bukan untuk UMNO/BN kerana ceramah, ceramah ni, sinonim dengan pembangkang (PR) yang disekat untuk bermedia. Ali Rustam yang mengganggu cearamah PAS dengan berceramah bersebelahan kenapa tak tegur? Taik!!

Banyak lagi kalau aku nak tuliskan untuk membuktikan SPR dilihat berperangai seperti ’hantu raya belaan’. Kita tengok nanti di PKR Dun Merlimau dan Kerdau! Mesti dapat dilihat perangai hantu raya tu nanti.


Perangai ‘hantu raya’ SPR hanya boleh dikalahkan oleh tangan-tangan rakyat yang menyedari isu ini dan ambil berat hal ini, lalu dengan tegas mengundi parti-parti Pakatan Rakyat. Jika tidak, negara kita ini tidak langsung menuju ke arah Malaysia yang tulin tetapi 1Malaysia yang penuh kepalsuan.


SPR perlu ambil kesempatan untuk buktikan bukan berperangai ‘hantu raya belaan’, kuda tunggangan, jahat atau dilihat bukan ‘hantu raya belaan’, kuda tunggangan, jahat bermula di PRK DUN Merlimau, Kerdau dan dalam mengendalikan PRU ke 13 nanti. Jika tidak, semua kata-kata SPR hanya munafik dan hantu raya belaan semata-mata.


1 comment:

Anonymous said...

sudah2 dah garamlada.. dah pembangkang kerja membangkang je kerjanya.. suruh lah org2 PR tu jd SPR.. barulah kamu akan wat entri SPR tu adil, suci & bersih..BN kalah xbising pun.. tapi terima kekalahan.. walau kalah kecik ke besar ke.. jadi2 lah org yg terima kekalahan.. kalau betul rakyat tu sokong PR dah lama dah mereka undi dengan majoriti yg besar.. ini makin lama makin hilang percaya ada r.. belum kalah dah mula tuduh sana sini.. tapi PR pun xberdaftar.. untunglah SPR benarkan bendera DAP dgn PKR tu kibarkan juga.. konon2 bersatu, nk register PR as sebuah parti pun xmampu lagi.. zaid ibrahim tu xsampai 1 tahun pun dh register KITA as parti politik yang sah.. PR sah ke, kenapa xregister? sebab masing2 pun xpercaya sesama sendiri.. nak ckp bendera MCA MIC boleh kibar.. memang boleh.. sebab BN sah dah daftar.. so semua parti komponen boleh je letak benner or bendera.. PR tu dh nk masuk PRU 13.. daftar nyer x jugak.. konon je kami bersatu-bersatu.. Ahli parlimen dgn Adun baper bnyk kuar..
alasan BN bayar.. erkk alasan basi.. 16 sept lagi sampah hbs r.. konon nk tarik ahli parlimen BN masuk PR untuk ambil kuasa 16 sept.. at last ahli sendiri kuar jadi bebas.. poodahh. 16 sept perbohongan terbesar terhadap rakyat..


alasan2 nk tuduh SPR ni semua sebab dah tahu nak kalah.. matlamat pun nk kurang kn majoriti je.. nampak sgt dh angkat bendera putih..


sudah2 lah tabur fitnah kepada spr.. selagi seluruh warga spr tu xampunkan kamu.. berdosa lah anda sampai mati..


susah payah mereka menguruskan pilihanraya, yang kadang2 PR menang jugak.. kalau betol2 hantu raya.. baik xpayah bg langsung PR yg kaki penfitnah ni menang.. dah kata hantu raya kn..

teruskanlah dgn fitnah2 tu..
rakyat yg baca dah pandai PK..