Followers

Tuesday, February 01, 2011

Siasat keruntuhan pembinaan kerja membazir jika tidak dijadikan panduan

Menyentuh kejadian siling di lobi utama Hospital Serdang yang runtuh secara tiba-tiba Sabtu lalu adalah antara gambaran kefakiran integriti dan amanah yang parah dalam negara di bawah pimpinan UMNO/BN sekarang ini.


Apa yang tidak kedengaran runtuh di Malaysia sejak zaman pemerintahan rejim Mahathir hingga kini? Tanah runtuh, jalan runtuh, bangunan runtuh, Kondo Highland Tower runtuh, sekolah runtuh, stadium runtuh dan hospital pun runtuh. Itu belum lagi meninjau keretakan pembinaan yang agaknya juga menunggu masa untuk runtuh. Sebenarnya banyak bangunan yang baru dibina yang retak dan air yang entah dari mana menyerap dalam dinding dan lantai!


Kenapa retak dan runtuh ini terlalu kerap berlaku di Malaysia sejak zaman Mahathir Hasmah dahulu hingga ke zaman Najib Rosmah hari ini?


Tidak ada lain, punca dan sebabnya melainkan tiada integriti dan amanah yang mengakibatkan jenayah rasuah yang berlaku bagaikan sarapan pagi. Terus terang masalah ’makan’ komisyen dalam kerja-kerja pembinaan dan pemberian tender adalah isu yang paling celaka di negara ini.


Selagi tidak dikembalikan integriti dan amanah, selagi itulah kita akan kedengaran terus-terusan bangunan atau pembinaan runtuh. Yang paling menyedihkan belum tamat tempoh jaminan telahpun runtuh. Seolah-olah projek diberi kepada orang-orang bodoh dan orang-orang paling bangang yang tidak tahu buat kerja dan tiada kemahiran, untuk dilaksanakan!


Nampaknya kerja kerajaan UMNO/BN kini dalam soal ini ialah bina cincai-cincai, selepas itu tunggu keruntuhan kemudian tubuh jawatankuasa siasatan. Siasatlah macam pak pandir! Runtuh lagi, siasat lagi! Keputusan siasatan tetap tidak dijadikan pengajaran dan panduan.


Kerja yang tidak amanah, tidak kreatif dan tidak berinovasi yang bagaikan menyapu sampai ke bawah karpet!


Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN dalam menghadapi isu keruntuhan pembinaan ini ialah kembalikan integriti dan amanah! Kembalikan pemberian tender secara terbuka dan telus. Maka itu hapuskan perangai makan komisyen haramjadah! Hapuskan makan rasuah projek! Hapuskan penganugerahan tender secara terus kepada kroni dan anak beranak serta isteri. Ini semua adalah ’anak-anai’ yang bakal meruntuhkan sesuatu pembinaan.


Kerajaan UMNO/BN bukan sahaja patut tubuhkan Jawatankuasa siasat punca keruntuhan apabila berlaku, tetapi tubuhkan juga Jawatankuasa untuk siasat atasi masalah keretakan yang begitu banyak di bangunan-bangunan baru asrama dan apa sahaja bangunan seperti bangunan kediaman, tentera, PDRM, jururawat, pelajar universiti dan asrama pelajar-pelajar sekolah yang mungkin retak menunggu runtuh. Jangan sampai ada yang sedang nyenyak tidur di asrama-asrama sekolah terutamanya terkorban kerana keruntuhan yang tidak sepatutnya!


Jika ini tidak dilakukan, masalah keruntuhan pasti akan terus berlaku kepada pembinaan-pembinaan baru sedangkan bangunan-bangunan lama masih tegak kukuh berdiri!


Isunya mampukah kerajaan UMNO/BN yang ada hari ini mennyelesaikan masalah integriti, amanah, anugerah tender kepada kroni, makan komisyen dan rasuah yang banyak berlaku hari ini?


Entahlah... macam bercakap kepada monyet yang sedang memegang bunga!!


Petikan berita:

Pasukan Penyiasat Ditubuh Siasat Kejadian Siling Hospital Runtuh

SERDANG: Satu pasukan penyiasat yang dianggotai pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ditubuhkan bagi melakukan siasatan terhadap kejadian siling di lobi utama Hospital Serdang runtuh secara tiba-tiba Sabtu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, siasatan yang dibuat akan melihat sama ada runtuhan yang berlaku itu disebabkan oleh masalah struktur atau reka bentuk.

Beliau telah meminta JKR untuk mempercepatkan siasatan tersebut dalam tempoh seminggu, katanya kepada pemberita semasa melawat tempat kejadian di hospital tersebut, Isnin.

"Saya tidak boleh membuat apa-apa spekulasi sekarang ini, sama ada ia berpunca daripada masalah struktur, reka bentuk atau dari aspek penjagaan.

"Siasatan awal memerlukan siasatan forensik. Ia tidak boleh sekadar pemeriksaan struktur, ia perlu lebih daripada itu. Siasatan awal adalah berdasarkan laporan struktur semata-mata. Kita dapati ia tidak mencukupi," katanya.

Siling berukuran 10 meter runtuh di bahagian lobi utama hospital tersebut pada tengah malam Sabtu lalu dan hampir mengenai ahli dua keluarga yang sedang duduk di lokasi tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati selain struktur siling yang berkarat yang dikatakan turut menjadi punca kepada runtuhan tersebut, terdapat juga kesanretak pada bahagian itu.

Liow berkata, pemasangan siling itu masih dalam jaminan iaitu jaminan reka bentuk.

Katanya, insiden berkenaan tidak akan menjejaskan orang ramai untuk mendapat perkhidmatan di hospital berkenaan kerana semua perkhidmatan akan berjalan seperti biasa.

Beliau berkata, pihak hospital telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan pekerja dan orang ramai termasuk mengepung laluan ke lobi utama danmembuka laluan alternatif untuk masuk ke hospital.

Liow juga berkata, tiga Klinik Desa di Tenang, Labis telah dinaiki air manakala lima lagi di Segamat terputus hubungan berikutan dilanda banjir.

Namun Hospital Segamat tidak terjejas berikutan banjir yang sedang melanda Johor, katanya. - BERNAMA

No comments: