Followers

Saturday, February 12, 2011

Sebab-sebab tersungkurnya Hosni Mubarak!

Naib Presiden Mesir, Omar Sulaiman telah mengumumkan malam tadi bahawa Hosni Mubarak 82 tahun Presiden rejim diktator dan retorik Mesir yang memerintah selamat 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan.

Hosni Mubarak akhirnya tersungkur jua setelah disungkurkan oleh rakyat terutama anak-anak muda yang gagal dipandirkan! Hosni yang selama ini terlalu yakin bahawa beliaulah ketua kerajaan yang akan menongkat lagi dan boleh memerintah apa sahaja di bumi Mesir selepas Anwar Shadat akhirnya tersungkur menyembah bumi.

Masih ada lagikah pemerintah ala-diktator yang telah memerintah berpuluh-puluh tahun yang masih mahu menongkat langit, yang masih mahu mengaut segala khazanah negeri, , tidak mengambil pengajaran dari apa yang belak kepada Hosni Mubarak?

Selagi aku tulis di sini bahawa diktator Hosni Mubarak tersungkur kerana:

1. Apabila bercakap di media sering bercakap sedap (ekonimi ok, sosial ok, perpaduan rakyat ok, makanan rakyat ok, pasaran saham ok..tak ada yang tak ok!), beretorik semata-mata untuk meyakinkan untuk akhirnya menipu dan pulas rakyat.

2. Kontrak-kontrak kerajaan berjuta dan berbilion hanya dikuasai oleh keluarga Hosni Mubarak, anak beranak, para pemimpin tertinggi serta kroni.

3. Mewujudkan demokrasi palsu dalam pemerintahtannya dan pilihanraya sambil sertiap hari memperbodohkan rakyat yang kurang maklumat sebenar. Namun Hosni terlupa ada ramai rakyatnya yang muda-muda berinternet dan berFB.

4. Mengada berbagai akta menyekat rakyat mengkritik rejimnya yang tidak pernah ikhlas cakna nasib rakyat.

5. Menggunakan sepenuhnya undang-undang tanpa bicara untuk menindas musuh-musuh politik dan rakyat yang berlawanan fikrah dengannya.

6. Mengambil mudah dengan nasib anak-anak muda yang bertaburan mencari kerja untuk menyara keluarga. ”Kerajaan Hosni Mubarak berkata kepada anak-anak muda; ” Zaman sekarang jangan harapkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan. Itu bukan dasar kerajaan yang maju lagi. Reka dan buat kerja sendiri, jangan memilih dan jangan malas! Kerajaan 1Mesir ini telah banyak berkorban untuk kamu!”.

7. Rejim Hosni Mubarak terlalu taksub dengan nasihat Yahudi Isarel sehingga tergamak menyekat bantuan untuk rakyat Palestin Hamas. Kerana naishat penasihat Yahudi, Hosni tergamak menutup sempadannya untuk membantu rakyat Palestin dan memfitnah dan menangkap musuh-musuh politiknya.!

8. Kurangkan subsidi untuk rakyat dan mengekalkan subsidi golongan koperat keparat kerana bimbang negara akan bankrap!

9. Gagal mengawal kenaikan harga barang keperluan rakyat

10. Memperkakaskan Suruhanjaya Pilihanraya sehingga gagal menjadi agen demokrasi dan pilihanraya yang berintegriti dan adil kepada semua pihak.

11. Memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap rugutan dan keluh kesah rakyat terutama golongan muda.

12. Puak-puak Hosni Mubarak makan rasuah macam makan nasi tapi sibuk yang ditangkap rasuah tahap ikan bilis!

Maka kerana semua itulah Hosni Mubarak tersungkur!

Sejarah telah mencatat antara rejim yang tak cakna rakyat, firaun dulu tersungkur! Namrud tersungkur! Idi Amin tersungkur! Hosni Mubarak pun sudah tersungkur!

Siapa pula selepas ini? Sudah tentu selepas ini ialah para pemimpin negara atau negeri yang sentiasa berusaha memandirkan rakyat untuk kepentingan nafsu, tembolok, first lady yang tak sedar diri atau yang mengaku first lady dan gundek-gundek masing-masing!

No comments: