Followers

Wednesday, February 02, 2011

Pilihanraya: Politik Melayu luar bandar bukan politik isu tapi politik kebajikan

Kesimpulan yang mungkin boleh dibuat dari PRK DUN Bagan Pinang, Galas dan Tenang yang merupakan kubu kuat UMNO ialah puak-puak pengundi di dun-dun seumpama itu tidak makan politik isu. Mereka lebih fokus kepada politik kebajikan.

Terjadilah apa yang hendak terjadi di bawah pemerintahan UMNO/BN, pengundi-pengundi di kubu-kubu UMNO, di kawasan-kawasan peneroka dan pengundi-pengundi kampung tradisi, tidak ambil kisah.


PTPTN ganti biasiswa, harga barang naik, harga minyak naik, harga ikan naik, harga sayur naik dan sebagainya bukan menjadi fokus kepada mereka walaupun hakikatnya mereka terhimpit miskin kerana isu-isu itu. Apatah lagi isu-isu integriti, keadilan mahkamah, tol , Beng Hock, Kugan, Aminurashid dan lain-lain isu nasional, lagilah mereka tak mahu tahu. Kalau diberitahupun mereka tidak faham apakah kena mengenanya dengan kehidupan mereka! Nak buat macam mana kerana itulah standard mentaliti mereka.


Namun tidak juga boleh salahkan mereka kerana mereka hanya mengadap alat propaganda UMNO/BN seperti siaran radio dan TV setiap masa. Yang mereka baca pula seumpama ’kitab harian’ mereka di rumah dan di kedai-kedai kopi ialah Utusan dan Berita Harian! Kawasan dan kampung mereka mana ada liputan internet! Broadband Celcom, Maxis, Wifi, Streamix dan lain-lain. Tak ada masa untuk mereka caknakan itu semua! Bagi mereka, buat menambah bil bulanan sahaja!


Bagi puak-puak ini, pilihanraya kecil adalah rezeki, durian runtuh! Dari memikirkan masalah orang yang entah siapa-siapa, lebih baik mereka memikirkan apakah yang akan mereka dapat. Tak kiralah RM200 ke, 2000 ke, setahun sekali ke, kena beli ke, kena jual ke, mereka tak ada hal punya, yang penting bantuan....bantuannn!! Dengar sahaja dapat bantuan bergetar jantung hati! Mereka sebenarnya miskin segalanya, kebendaan atau minda celik!


Datang pula si PAS dan PR sebut pasal masalah...leceh bagi mereka. Masalah mereka tak tertanggung, nak fikirkan masalah lagi...masalah politik pula tu! Bagi sebahagian besar orang-orang kampung, isu politik bermakna mengata kepada orang. Waktu itu, mereka baik ke, jahat ke, mereka tetap konon tak suka orang datang ke tempat mereka mengata kepada orang lain!


Itulah antara masalah yang dihadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat di kampung-kampung tradisi., kawasan tanah rancangan dan di kubu-kubu UMNO. Mereka diajar, bantuan kerajaan adalah bantuan UMNO dan UMNO adalah segala-galanya.


Minda pengundi yang lebih selesa dengan bantuan kerajaan daripada masalah-masalah dan isu-isu politik perlu dipecahkan. Mereka perlu disedarkan. Tugas ini sangat berat sebenarnya!


Lagilah bermasalah bagi PAS dan Pakatan Rakyat, kerana para YB dan pemimpin UMNO mesra dengan penduduk tempatan walaupun mereka berjumpa setahun sekali atau jarang amat YB melawat kampung. Sekali balik kampung, dalam masjid, di kedai kopi, peluk sana peluk sini.


Lagi mereka suka dan bangga apabila YB dan para pemimpin UMNO menepuk bahu apabila bersua di mana-mana! Ada skandal ke, pegang buntut ke, ada isu rasuah ke, lelong tanah ke YB itu, tak ada masalah....itu bukan hal besar punya. "Biasalah YB tu manusia bukan malaikat, kalau orang PAS jadi YB begitu juga!" Itu hujah biasa mereka!


Kesimpulannya, PAS dan Pakatan Rakyat, antara membentangkan isu politik kepada mereka atau memberi kebajikan semasa pilihanraya kepada mereka! Kalau UMNO bagi sekampit beras, PR bagi 2 kampit! Begitulah seterusnya....lawan! Mampukah? Atau SPR akan kata yang PAS dan PR beri adalah rasuah...rasuah pilihanrayee!!! Atau PAS dan PR dengan penuh integriti terus mentarbiyyah mereka walaupun kemungkinan terpaksa tewas.


Kita lihat bagaimana pula Melayu di DUN Merlimau Melaka nanti yang katanya satu lagi kubu UMNO!

1 comment:

Anonymous said...

suka suka hati pak cik merendahkan mantaliti org kg.. apa org bandar tu semua pandai ke.. sebab pandai lah duit selau xcukup.. lepas tu salahkan harga naik.. pendapatan kami pun lebih tinggi dari org bandar lah.. orang bandar xsuka kerajaan sebab dorang yang miskin.. mana x joli sana joli sini.. jangan suka2 ckp kami ni terhimpit dengan kemiskinan.. at least segelintir org2 miskin kg ni kerajaan bantu.. org2 miskin bandar yg konon nya UNDI PR, PR tu ada bantu, siap muflis sana muflis sini.. sebab PR sibuk dengan isu2 yang xberi keberuntungan kpd rakyat.. tp untung untuk kuasa diri.. selagi xikhlas Tuhan xkn beri kemenangan tu..