Followers

Wednesday, February 09, 2011

Perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA burukkan pasaran saham: Laa...baru tahu!

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.


Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.


“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.

Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?


“Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup,” katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.


[Orang dah tahu lama! Orang dah bagi tahu lama dah ! Jangan lantik Isa Samad. Lantik Isa Samad bukan sahaja memburukkan pasaran saham, malah memburukkan macam-macam terutama FELDA itu sendiri akan semakin buruk. Tak payah pakar yang cakap, orang macam aku ni pun dah tahu. Tak percaya ? Tunggulah...]




1 comment:

Anonymous said...

WALAUPUN ISA SAMAD BARU DILANTIK PENGURSI FELDA 2011- KERUGIAN FELDA PADA TAHUN YANG LEPAS LEPAS PUN DIKIRA DISEBAB SI PENDEK (ISA)
JUGA .KERUGIAN SEMUA FELDA DISEBABKAN ISA SAMAD.APA FUNCTION DALAM FELDA SEMUA DISEBABKAN ISA SAMAD. HA..HA..HA RASA INSPRASINYA
..GOOD BYE