Followers

Thursday, February 03, 2011

Percayalah Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kuasai Putrajaya melalui PRU ke 13 nanti

SELAGI.......SELAGI:

  1. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) seperti yang ada sekarang ini masih menjadi pengadil yang berat sebelah perlawanan antara UMNO/BN dengan Pakatan Rakyat.

  1. SPR bertindak-tanduk ’mengikat’ kaki dan tangan Pakatan Rakyat dengan pelbagai peraturan pilihanraya yang tidak konsisten untuk ’dibelasah’ oleh UMNO/BN.

  1. SPR masih memekakkan telinga dan terus-terusan menafikan kononnya tidak wujud ’pengundi hantu’ yang realitinya memang wujud.

  1. SPR enggan atau acuh tak acuh dalam menyemak dan membersihkan daftar pemilih daripada ’pengundi-pengundi hantu’

  1. SPR tergamak ’memanipulasi’ daftar pemilih pilihanraya untuk kepentingan UMNO/BN

  1. SPR ’berperangai’ bagaikan salah sebuah parti dalam komponen BN

  1. SPR tidak menjamin hak dan kerahsiaan pengundi-pengundi Pos dan petugas-petugas Pakatan Rakyat tidak dibenar pantau ’secara telus’ undi Pos.

  1. SPR dan PDRM membenarkan, konon bas-bas ’pelancong’ yang entah dari mana datang, menyibuk pada hari pengundian. Hari mengundi baru nak datang melancong. Bangang punya ’pelancong’!

  1. SPR dan PDRM membenarkan konon bas-bas ’petugas BN’ datang bertugas pada hari pilihanraya. Hari pilihanraya tugas apa lagi? Berkempen pun sudah tak boleh!

  1. PDRM tidak berintegriti dalam menerima laporan polis aduan ”bas-bas pelancong atau petugas UMNO/BN” yang dibuat oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat pada hari pilihanraya dan tidak menyiasat secara ikhlas dan berintegriti.

  1. Ada pihak yang berani mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu kepada pengundi-pengundi hantu? Isu ini sangat membahayakan keselamatan negara.

  1. SPR tidak menerima cadangan penggunaan dakwat semasa mengundi.

  1. SPR dan PDRM ‘tak pasal-pasal’ menjadi halangan tegar pejalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya akibat terlalu mengikut telunjuk UMNO/BN.

Hakikatnya, UMNO/BN bukan lagi halangan besar kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya secara demokratik tetapi dua agensi itu! Biasanya kemenangan pertama sukar untuk mendapat dua pertiga majoriti mungkin sekadar majoriti mudah dan setiap kemenangan calon-calon mungkin hanya dengan majoriti yang rendah. Situasi ini amat mudah dimanipulasi sebelum keputusan pilihanraya diumumkan jika ada pihak yang hilang amanah dan integriti. Di sinilah Pakatan Rakyat akan dikecundangkankan!

2 comments:

Anonymous said...

tidak pasal2 buat dosa kering fitnah SPR.. Kalau PR yg menang tu pun SPR pembohong SPR pengkhianat ke.. xcukup tabur fitnah kt UMNO/BN dengan tidak berbukti.. ni mahu fitnah SPR plak.. kalau SPR tu berat sebelah.. xder nye sampai 4 ke 5 negeri jatuh kt PR.. baik SPR bagi Kelantan je kt PR. Lain kali tulis biar pikir sikit..

SMNS said...

Faktor utamanya ringkas cuma,

"Selagi Allah tidak mengkhendaki, maka ianya tidak akan terjadi."

Yang sudah jelas memang jelas, namun yang paling utama adalah dari Maha Pencipta.

tentu ada hikmahNya atas segala ketentuanNya.

Insya`allah Islam PASTI menang.

Kekuatan doa, sebagai senjata utama mukmin, wajib diguna pakai.

Pihak musuh sentiasa mempunyai agenda. Namun ianya berjaya bukan kerana ianya musuh, tetapi kemantapannya menyepadukan strategi (atau mungkin apa-apa sahaja) tapi mereka lupa ada YANG LEBIH MAHA MENENTUKAN.

Allahu Akbar.

Moga Allah permudahkan segala gerak langkah kepada sesiapa yang berjuang untuk AgamaNya. Amin Ya Allah