Followers

Tuesday, February 15, 2011

Campurtangan politik yang tidak amanah merosakkan segala matlamat asal

Lihatlah campur tangan politik UMNO menjadikan semua di bawah ini hanya sebagai perkakas yang sering disalahguna dan tidak berdaya untuk berjaya membawa ekonomi Melayu dan bumiputera mantap di negara sendiri.


  1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan perpaduan antara kaum dengan cara mengusahakan pemilikan 30% ekuiti bumiputra dalam bidang ekonomi, hancur berkecai. Kegagalan DEB bukan kerana DEB itu sendiri tetapi kerana campurtangan orang politik iaitu para pemimpin UMNO Baru sejak bermula zaman Mahathir hingga ke zaman Najib sekarang ini. Sepanjang pelaksanaan DEB, RM52 bilion pegangan saham Bumiputra lesap dari pasaran saham. Semenjak Mahathir menukar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pula, pencapaian profesional Melayu dalam semua bidang yang dulu telah melebihi 30%, kini telah menjadi tidak menentu lagi.

  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu dalam bidang keusahawanan juga berprestasi amat sederhana dan penuh birokrasi dan mainan politik dalam setiap bantuan yang diberikan. Banyak campurtangan politik dalam MARA telah menyisih ramai anak-anak Melayu yang baru belajar berniaga! Contoh, Peguam Fadzli Ramli di Kuala Rompin Pahang, seorang peguam dari kalangan anak Melayu telah dihalau dari premis MARA kerana campurtangan politik UMNO!

  1. Urban Development Authority (UDA) yang ditubuhkan untuk membantu kewujudan perniagaan Bumiputra dan Melayu dalam bandar juga gagal bertindak seperti tujuan penubuhannya, malah ada kalanya telah bertindak menggadai tanah-tanah dan hak orang Melayu di kawasan bandar itu sendiri. Contohnya apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kerana mengejar keuntungan perniagaan akibat dari campurtangan politik yang tidak amanah, orang-orang Melayu dan Bumiputra sering tidak dibela dan ternyah keluar dari kawasan bandar oleh dasar perniagaan UDA itu.

  1. Federal Land Development Auhtority (FELDA) yang ditubuhkan untuk membela, menjaga, menguruskan dan memberi tanah kepada peneroka-peneroka pun telah mula lari dari matlamat asal penubuhannya. Terlepas dari Pengerusi yang lembek Yusof Nor, diserahkan pula kepada sinaga yang bernama Isa Samad. Masuk sahaja sinaga Isa Samad ke FELDA, jantung pasaran saham berdenyut kencang. Denyutan jantung di pasaran saham kencang memberi petanda bahawa kehadiran Isa Samad di FELDA bukan isyarat yang baik kepada ekonomi. Namun kerajaan UMNO/BN mana yang ambil peduli? Sekali lagi campurtangan politik UMNO telah meletakkan FELDA dalam imej yang kurang sihat dari segi integriti dan akauntabiliti

  1. Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MAPEN) pun tidak mudah juga mahu memperjuangkan, konon nasib ekonomi Melayu. Sepatutnya dengan wujudnya MAPEN ekonomi Melayu sudah hebat, separuh bandar dan pekan sepatutnya sudah penuh dengan peniagaan orang-orang Melayu! Tapi semua itu tidak berlaku. Hanya cakap politik UMNO sahaja berdegar berjuang membela ekonomi Melayu, namun yang terus kaya raya tetap tiga empat orang UMNOPUTRA yang ke hulu ke hilir dengan eksklusifnya dalam kereta mewah bercermin gelap yang tidak diketahui siapa dan bagaimana orang di dalamnya!.

  1. Ada lagi yang bernama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) pun katanya berjuang mahu mempertingkatkan ekonomi Melayu! Entah apalah dibuatnya untuk ekonomi orang-orang Melayu, tidak dapat dipastikan. Berapa ramai orang-orang Melayu menjadi jutawan bertaraf dunia melalui GABEM pun tidak dapat diketahui! Yang tetap juga kaya raya ke sana ke mari ialah bos GABEM, Rahim Tamby Chik dengan awangnya dan Awang-awangnya! Orang-orang Melayu terus terperangkap dalam program pemandiran minda Melayu! Sekali lagi campur tangan politik menubuhkan GABEM yang entah untuk siapa sebenarnya itu, terus memandirkan orang-orang Melayu terutama mereka yang begitu marah apabila UMNO dikutuk kerana apa yang politik UMNO memang campurtangan!

  1. Ada lagi agensi yang memperjuangkan ekonomi Melayu iaitu Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB). Aku agak, kerana MTAB sudah ramai orang Melayu menjadi jutawan!! Kaya raya dan tak perlu diberi bantuan atau subsidi lagi! Untuk mengelak negara ini bankrap, subsidi kepada rakyat bawahan yang berpura-pura miskin dan manja itu perlu ditarik balik! Yang kedengaran susah dan miskin di sana sini itu adalah kerana sengaja buat-buat miskin dan susah! Relitinya orang Melayu tidak lagi miskin kerana begitu banyak sudah ditubuh agensi dan perkakas untuk tolong naikkan ekonomi Melayu!! Harga minyak naik setiap hari pun tiada masalah, naiklah lagi! Apa pula tunggu setiap bulan? Yang miskin dan susah hanya para pemimpin UMNO/BN dan kroni sahaja! Yang paling patut dikasihani ialah FLOM Rosmah Mansur yang setiap hari sampai ’kurus kering’ berjuang untuk rakyat – rakyat bertaraf pra sekolah! Rakyat bawahan hanya bergelar bawahan pada istilah sahaja, tapi semuanya makan nasi berlauk ikan kerapu atau bawal masak 3 rasa dan tenggiri setiap hari! Semuanya kerana MTAB!!!!

  1. Demi terus memacu rakyat bawahan bumiputera agar mencapai... aku agak, ke tahap Robet Kuok atau Ananda Krisnan, MTAB tubuhkan pula apa yang dipanggil Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) yang telah dilancar (lancar sahaja, tak ada yang tak dilancar) pada 8 Februari 2011 oleh PM Najib. TERAJU adalah satu program yang cukup menakjubkan dan satu-satunya yang pernah wujud di dunia. Negara lain pasti tidak akan mampu mengikuti kehebatan TERAJU. TERAJU bermodalkan permulaan RM1 bilion untuk membolehkan syarikat berskala besar disenaraikan dalam pasaran saham walaupun selama berlangsung DEB, RM52 bilion pegangan saham bumiputra lesap entah ke mana! Kini apakah TERAJU dengan RM1 bilion mampu mengembalikan yang lesap RM52 bilion dari DEB dahulu atau lebih dari itu atau RM1bilion itu entah akan ke mana? Entahlah....

Campurtangan politik UMNO yang telah kehilangan integriti dan akauntabiliti, penuh skandal rasuah, penyisihan pegangan agama dari kehidupan para pemimpin akan terus menjelmakan ketirisan di mana-mana dalam perancangan mereka! Maka selagi itulah rakyat terutama orang Melayu dan bumiputeta tidak akan ke mana dalam sektor sosio-ekonomi negara!

No comments: