Followers

Saturday, February 05, 2011

Kerajaan UMNO/BN macam sokong Husni Mubarak je?

Jumaat semalam berlaku demonstrasi di mana-mana kerana menyokong rakyat Mesir yang sedang berjuang menuntut rejim diktator Hosni Mubarak turun tahta Presiden Mesir. Sehingga ke saat ini diktator Hosni Mubarak terus berdegil dan bertahan walaupun telah ramai yang terkorban kerana kedegilannya.

Demonstrasi sokongan juga diadakan di Kuala Lumpur. Dianggarkan 10000 yang turun berdemo semalam. Semalam itu demo menyokong rakyat Mesir mendesar dictator Hosni Mubarak letak jawatan, bukan demo desar Najib-Rosmah letak jawatan! Tetapi kenapa ada tangkapan terhadap pendemo di Kuala Lumpur?


Bagi aku ini satu tangkapan yang melampau. Satu bentuk provokasi yang tidak perlu. Sebab itu kalau orang kata atau maki hamun PDRM bukan-bukan jangan marah! Demo sokong rakyat Mesir berdemo pun tangkap jugak? Biarkanlah mereka berdemo dengan aman melainkan mereka merosakkan harta benda awam.


Aku rasa dengan apa yang berlaku itu sebenarnya gambaran kerajaan UMNO/BN dukacita dengan apa yang rakyat Mesir lakukan, yang mendesak Hosni Mubarak letak jawatan. Dalam erti kata lain pasti kerajaan UMNO/BN sokong dan masih sayang Hosni Mubarak yang banyak pesamaan itu.


Dalam media-media kerajaan UMNO/BN kelihatan terdengar semacam bunyi seperti propaganda yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat konon akibat-akibat dari demonstrasi jalanan menentang pemimpin. Antara yang kedengaran, ’kegiatan ekonomi terganggu’, ’berjuta pelancong keluar mengakibat kerugian berjuta wang’, ’beratus penerbagan pelancongan dibatalkan sehingga April’,’ harga barang naik’, ’kemudahan bank terhenti’, ’kecurian’ dan macam-macam.


Apakah rakyat Mesir atau rakyat mana-mana negara yang melawan rejim diktator negara mereka yang sering menindas dan mengongkong kebebasan bersuara rakyat, tidak sedar hal itu? Mereka semua tahu, tetapi yang lebih utama sebagai penggangu rakyat bagi mereka ialah pemerintah yang hanya ”bercakap rakyat didahulukan” yang realitinya ”rakyat yang didahulukan untuk segala kesusahan!”. Inilah pengganggu terbesar rakyat!


Tengok di Mesir, setelah nasibnya bagaikan telur dihujung tanduk senang-senang dia bercakap, ” DIA SUDAH JEMU MEMERINTAH MESIR”. Kurang ajar, seolah-olah selama ini rakyat menyusahkannya. Walhal dialah yang menyusahkan rakyat kerana asyik membesarkan nafsu dan temboloknya dan bininya sendiri! Kalau dah jemu kenapa tunggu bulan September! Bulan Februari masih ada lagi!


Nampaknya kerajaan UMNO/BN tidak telus dalam menyatakan pendiriannya dalam soal Mesir ini kerana mungkin bimbang apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir akan berlaku juga di Malaysia. Kalau tidak takut, masakan ada tangkapan oleh PDRM agen UMNO itu? Bukan demo desar Najib turun, hanya demo sokong rakyat Mesir desar Mubarak turun. Tak ada kena mengena dengan Najib Rosmah pun dan UMNO-APCO pun.


Atau sebenarnya kerajaan UMNO/BN masih mahu menyokong Husni Mubarak. Tanggapan yang mudah dibuat oleh umum adalah menangkap pendemo yang berdemo menyokong rakyat Mesir mendesak Husni Mubarak turun adalah seperti mahu atau menyokong Husni Mubarak?


Apalah yang kerajaan UMNO/BN perlu bimbangkan, kerana selagi ada orang-orang kampung yang tidak cerdik isu dan selesa dengan bantuan yang seratus dua, serta selagi ada orang-orang FELDA macam FELDA Tenang, kerajaan UMNO/BN masih jauh lagi untuk mengadap demonstrasi jutaan rakyat seperti di Mesir itu.


Tak usah bimbanglah, mungkin agaknya langsung tak ada demonstrasi seperti itu kerana orang Melayu bukan macam orang Arab! Kan Mahathir pernah berfatwa ” Melayu mudah lupa”.


Oleh itu, kerajaan UMNO/BN, tak usahlah takut kepada bayang-bayang sendiri.

No comments: