Followers

Friday, February 04, 2011

Jom 'ketuk' kepala Mahathir !


Apabila ditanya bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang sudah berpecah tiga, Dr Mahathir telah memberi pandangan yang cukup mudah semudah kebiasaan dia mengata kepada musuh politiknya. Mahathir kata cara yang mudah ialah ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka.

Soalnya mudahkah Mahathir yang dalam keadaan terhuyung hayang, tergagap-gagap dan terteleng-teleng itu mahu mengetuk kepala Nik Aziz yang yang sering bertongkat ke hulu ke hilir dan Anwar Ibrahim yang kelihatan jelas jauh lebih gagah daripadanya?


Kelihatannya semakin banyak Mahathir berkata-kata semakin Mahathir menjadi negarawan keliru! Pemikirannya telah mula bercelaru dan tidak tersusun rapi. Kekeliruan fakta semakin menjadi jadi-jadi. Apa-apa sahaja boleh terpacul dari mulut Mahathir dalam keadaannya hari ini.


Kesian Mahathir, tapi hendak buat macam mana, UMNO Najib APCO terus-terusan meletakkan Mahathir di hadapan mereka, untuk menjadi sasaran ’ketukan’ orang yang lalu lalang. Memang UMNO tidak pernah bertanggungjawab untuk menjaga maruah mana-mana bekas ketua mereka. Sebaliknya akan digunakan sepenuhnya walaupun logik akalnya telah semakin hampir ke lubang kubur.


Nik Aziz dan Anwar pemecah belah orang-orang Melayu? Atau Mahathir?


Nik Aziz adalah ahli parti yang berjuang atas landasan Al-Quran dan Hadith bagi mengajar orang Melayu mengenal antara halal dan haram, pahala dan dosa, syurga dan neraka. Parti Nik Aziz terbukti mengajar orang Melayu agar tidak berprinsip ”asal sapu belaka sumbat ke perut!.” Mana ada tangkapan SPRM, skandal, pegang buntut dalam parti Nik Aziz setakat ini? Fitnah memang banyak!


Sebagai ahli parti yang berjuang atas dasar itu, apa peliknya jika Nik Aziz berkempen kepada orang Melayu agar menyokong partinya dan menolak parti politik nasionalisme asabiyyah jahiliyyah yang tidak mementingkan halal haram, pahala dosa dan syurga neraka sebagai pegangan hidup orang Islam. Parti Mahathir kan kata, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu! So patuhlah ajaran Islam!


Munasabahkah orang yang mahu membawa Melayu kepada kepada fitrah manusia iaitu Islam digelar pemecah-belah? Pecah belahkah orang Melayu jika ada yang berkenan menyokong parti Nik Aziz kerana mahu turut berusaha menjauhkan yang haram, yang dosa dan mahu turut berusaha ke syurga? Tidakkah itu namanya mahu menyatukan fikrah orang-orang Melayu dengan niat dan matlamat yang sama?


Lagi pun Nik Aziz tidak pernah memaksa orang-orang Melayu menyokong partinya dengan wang haram, projek kroni dan apa-apa, cuma hanya dengan ceramah dan kuliah-kuliahnya sahaja. Lama bertahun-tahun juga orang-orang melayu tidak menyokong parti Nik Aziz kecuali di beberapa tempat dan negeri. Cuma hanya sejak 1998 barulah kelihatan ramai sedikit! Itupun kerana pilihan orang-orang Melayu sendiri kerana mereka menyampah dan meluat dengan UMNO yang PECAH-BELAH dan juga kerana kecerdikan orang Melayu sendiri yang kian mencari keredhaan Allah dalam kehidupan mereka. Orang mencari kebenaran, pecah belahkah itu?


Kesimpulannya, Mahathir apabila diam mengenai Nik Aziz adalah lebih baik dan nampak cerdik. Sebaliknya apabila berkata-kata sahaja Mahathir mengenai Nik Aziz terus nampak bodoh Mahathir ni rupanya!


Anwar Ibrahim pemecah-belah orang Melayu? Aku hendak kata Mahathir ini nyanyuk, mungkin agak terlampau tapi rasanya itulah hakikatnya...agaknya!


Aku hendak tanya dari segi akalnya logiknya, kalau Anwar tidak dibuang dari UMNO dahulu apakah Anwar hari ini menjadi Ketua UMUM Keadilan yang benar-benar menggugat UMNO sekarang ini? Aku rasa Anwar hari ini masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sebab waktu itu Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Seluruh dunia tahu Anwar bukan cabut lari dari UMNO sebaliknya dia disingkir atas satu isu yang dibicarakan secara tidak amanah, tidak berintegriti malah berbentuk fitnah kerana tiada hujah syarie dan bukti undang-undang pun. Rasuah yang tidak ada penggunaan wang walau sesenpun atau apa-apa barang!!! Hakikatnya seluruh dunia mentertawakan kes konspirasi liwat pertama dahulu sebagai mengarut yang teramat sangat! Begitu juga yang berlaku kepada kes liwat 2 kini!


Anwar yang ramai penyokong dalam UMNO waktu itu bukan membawa bersama penyokong-penyokong beliau ketika dipecat dan dipenjarakan tetapi penyokong-penyokong Anwar yang dari kalangan orang Melayu bersama ikut perjuangan reformasi Anwar. Mahathir dah tahu Anwar ramai penyokong dalam dan luar UMNO, kenapa pecat Anwar? Kalau kerana alasan moral, Mahathir dan para pemimpin UMNO perlu sentiasa cermin diri. Mahathir terlalu sucikah sepanjang menjadi UMNO?


Anwar jelas dipecat kerana perebutan kuasa yang membuktikan bahawa Mahathir sendiri menjadi arkitek yang memecah-belahkan orang-orang Melayu!


Iyekah Mahathir?


Paling besar jasa pecah belah yang Mahathir lakukan ialah ”melenyapkan” parti UMNO yang original 100% parti orang Melayu pada waktu itu kerana berebut kuasa dengan Tengku Razaleigh. Demi merebut kuasa dalam kalangan orang-orang Melayu dalam UMNO, Mahathir tubuhkan apa yang dipanggil UMNO Baru. Serupa tapi tak sama. Dalam UMNO Baru ada bumiputra bukan Melayu sahaja!


Pecah belah Melayu kedua hasil usaha Mahathir adalah memecat Anwar Ibrahim, sekali lagi kerana berebut kuasa dalam kalangan Melayu dalam UMNO. Ketika itu Melayu dalam UMNO berpecah teruk. Sebahagian besar Melayu UMNO bersama Anwar bersatu dengan Melayu dan rakyat Malaysia pelbagai kaum di luar UMNO. Pecah belah dalam UMNO, bersatu dalam kelompok lebih besar di luar UMNO melalui jasa penyatuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadhil Nor.


Pecah belah yang juga dilakukan oleh Mahathir adalah pengkhianatannya kepada negeri-negeri majoriti orang-orang Melayu iaitu Trengganu. Mahathir dengan secara khianat menukar royalti minyak yang sah mengikut perjanjian dan undang-undang menjadi wang ihsan yang tidak sah dan tidak halal dari segi undang-undang dan hukum agama. Wang ihsan katanya banyak disapu oleh kroni sedangkan majoriti rakyat berpendapatan rendah dan miskin hanya mendapat yang bertaraf ’tukang ikan’ sahaja!


Begitulah Mahathir, ketuk dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih! .


Jadi munasabahnya, jika ada kepala yang wajar diketuk demi menyatukan bangsa Melayu yang dikatakan berpecah itu maka kepala Mahathirlah yang patut ’diketuk’ bukan kepala Nik Aziz dan Anwar Ibrahim!


Jom kita ’ketuk’ kepala Mahathir ramai-ramai!

No comments: