Followers

Thursday, February 10, 2011

Hutang isi rumah RM577 bilion? Orang Malaysia mati menanggung hutang !

Macam manalah rakyat nak ada duit jika beginilah rupanya dasar perekonomian dan dasar perniagaan kerajaan jika ianya cukup membebankan. Tidak mesra penabungan, tetapi berorientasikan manipulasi hutang.


Bayangkan apa yang didedahkan oleh YB Azmin mengenai pembelian sebuah kereta di bawah 1,500cc. Katanya kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

Kata Azmin, "Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.”


Azmin mendedahkan jika begitulah dasarnya maka hutang isi rumah cukup tinggi sehingga mencecah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu dan itu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan iaitu kerajaan UMNO/BN yang memerintah sekarang.

Hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.


Aku pelik, dalam keadaan dasar menjarah rakyat ini masih ada lagi orang kampung dan FELDA yang tidak mahu menerima ketidak-caknaan UMNO itu lantas masih mahu mengundi UMNO lagi dalam PRK dan PRU!


Pasti orang-orang yang ’gilakan’ UMNO ini akan berkata pendedahan YB Azmin itu tipu!


Bukti benar yang mendapati perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA menyebabkan pasaran saham menjadi buruk pun mereka akan kata tipu.


Pendedahan pembelian kapal TLDM RM 1 billion sebuah pun mereka boleh terima malah akan kata pendedahan itu tipu atau dengki!


Nampaknya mereka cukup mudah ’ditidak-cerdikkan’ dengan hanya bantuan semasa pilihanraya yang tidak sebanyak mana, projek-projek pembangunan, media UMNO dan sopan santun yang bermuka-muka dan ramah mesra para pemimpin UMNO kepada mereka. Dengan ini, semua pandangan pembangkang kepada UMNO mereka tolak malah tak mahu fikir dan kaji langsung! Biarlah ditidak-cerdikkan pun janji pangkah UMNO! Atau biarlah menjadi bodoh pun asalkan dapat upah seringgit dua!Alahai kesian!

1 comment:

rosley said...

Kapal ronda pun 1b beli 6buah bayar 6b... kenapa tak beli 100 buah ...