Followers

Wednesday, February 16, 2011

Hantu raya belaan kendali pilihanraya?

Melihat kepada daftar pemilih terbaru yang dipaparkan sekarang dapat dijangka bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan merupakan halangan utama Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya. SPR sebagai pengendali pilihanraya di Malaysia dilihat seperti memainkan peranan sebagai ‘hantu raya’ yang bertuankan parti UMNO/BN.


Walau apapun penafian yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ia tetap tidak mampu mengubah tanggapan negative rakyat kepada SPR itu. Bukti-bukti yang dikemukakan oleh parti-parti Pakatan Rakyat mengenai ketidakadilan peraturan, layanan berkempen, pengundi-pengundi menyamar (atau terkenal dengan panggilan pengundi hantu), sering dileceh dan dipendamkan sama ada oleh SPR ataupun oleh keputusan perbicaraan di mahkamah.


SPR sering dilihat ‘double standard’ dalam melayani parti-parti dalam kalangan Pakatan Rakyat. Antara contoh, semasa Ustaz Ismail Kamus ditewaskan oleh calon BN dalam PRU tahun 2004 kalau tak silap aku, tempoh mengundi di DUN di mana beliau menjadi calon di waktu itu telah dilanjutkan secara tiba-tiba sehingga melebihi pukul 5.00 petang tanpa alasan yang kukuh dan wajar. Sedangkan permohonan parti- PAS dari Pakatan Rakyat untuk melanjutkan atau menangguh tempoh mengundi di PRK DUN Tenang kerana sebab banjir yang sangat teruk, ditolak oleh SPR dengan alasan tidak ada peraturan untuk berbuat demikian. Kerana sebab-sebab yang seumpama ini SPR mendedahkan dirinya untuk ‘dicop’ sebagai barua UMNO/BN, sudah pasti SPR akan marah menyinga tetapi tidakkah barua namanya jika itulah perangai pengadil pertandingan?


Keadilan mestilah dilihat dilaksanakan! Tetapi sehingga ke tahap ini SPR tidak dilihat begitu terhadap parti-parti Pakatan Rakyat. Inilah sebenarnya masalah yang cukup mengganggu usaha Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya. Sekadar UMNO/BN bukanlah masalah besar yang perlu dirunsingkan oleh Pakatan Rakyat.


Jika dahulu negeri Trengganu ditelan oleh gelombang biru adalah bukan kerana kehebatan sokongan mutlak rakyat kepada UMNO tetapi kerana hantu raya telah membiarkan tercetusnya gelombang hantu berkeliaran di bilik-bilik mengundi! Awas perkara ini akan pasti berlaku lagi di mana Gelombang Hantu yang dibawa oleh hantu raya ini akan menyerang Kedah, Selangor, Trengganu, Perak, Kelantan dan juga negeri-negeri lain yang dikuasai oleh UMNO/BN.


Gelombang Merah di Kelantan mungkin cukup merbahaya bukan kerana gelombang merah hasil sokongan rakyat tetapi mungkin Gelombang Hantu yang dilepaskan oleh hantu raya seperti yang berasak-asak di Parlimen Pekan di Pahang!


SPR pasti akan menafikan hal ini tetapi penafian terus-terusan tanpa menerima semua cadangan dan tuntutan BERSIH yang masih relevan demi keadilan dalam sebuah pilihanraya yang demokratik, tidak mampu meyakinkan rakyat bahawa SPR bukan hantu raya belaan UMNO/BN.


1 comment:

Anonymous said...

walaupun saya menyokong pakatan rakyat.. tndakan anda memburuk burukkan institusi bebas adalah melampaui batas. maner mungkin kita menang di 5 negeri jika SPR itu betul2 hantu raya.. selangor dan PP sungguh berkepentingan.. anda bagi saya sebagai aktivis tidak bertanggungjawab.. ayuh baiki kelemahan berbanding mencari kesalahan luar.. salam