Followers

Wednesday, February 16, 2011

Hahaha...nasib baik tak jadi....

Hahaha...hari ini ada yang pucat muka, ada ralat dan ada yang terus kecewa. Yang pucat muka, bimbang digugurkan. Yang ralat, yang dijangka dilantik masih belum menjadi realiti lagi. Yang kecewa, yang mengharap dilantik sebaliknya saingannya yang diheboh akan dilantik! Nasib baik tak jadi! So lega seketika! Oleh kerana masih tidak menjadi maka masih ada peluang melobi, memujuk dan mencari peluang. Mana tahu kot dapat restu saat akhir!

Rombakan kabinet tidak menjadi...

Oleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku petang Rabu nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Sehingga lewat petang ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak.

Pada tengah hari Rabu mStar Online melaporkan terdapat desas-desus yang mengatakan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan pada lewat petang Rabu.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui siapakah yang akan digugurkan dari senarai kabinet Najib jika rombakan kabinet mengambil tempat.

Juga tidak diketahui apakah dengan pelantikan Palanivel, Datuk Dr S. Subramaniam yang buat masa ini menyandang jawatan Menteri Sumber Manusia akan terus kekal dalam kabinet Najib.

Subramaniam adalah satu-satunya wakil MIC dalam kabinet kerajaan persekutuan. Beliau kini adalah timbalan presiden MIC.

Khabar mengenai rombakan kabinet telah berulang kali disebut tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.


sumber: mstar


No comments: