Followers

Monday, February 07, 2011

Hah? PAS tak nak bertanding di Merlimau? Biar betol!

Kalau benarlah PAS mahu memilih untuk tidak bertanding di DUN Merlimau, aku tidak bersetuju dengan ura-ura itu. Jangan koman sangat !


Bagi aku tidak ada sebab yang kukuh untuk PAS tidak bertanding. Jika tidak mahu bertanding di DUN Merlimau, mengapa dulu bertanding di DUN Tenang? Tenang juga kubu kuat UMNO/BN.


Pelik, apabila di DUN Merlimau tiba-tiba sahaja terdengar ada ura-ura tidak mahu bertanding. Ingat yang penat menghadapi PRK bukan sahaja para pemimpin yang membuat keputusan tetapi juga para aktivis di bawah ini yang sering menyumbang pengorbanan dalam berbagai bentuk dan cara untuk kejayaan dakwah Islam jemaah ini. Dakwah jemaah ini mesti diteruskan.


Lainlah kalau PAS telah membuat keputusan sejak dulu memboikot mana-mana PRK kerana memprotes SPR sehingga SPR mengubah sikapnya. Tapi PAS tidak pernah membuat keputusan tidak bertanding dalam mana-mana PRK kerana memprotes kecuali di satu DUN di Pahang dahulu.


Apakah PAS takut kalah maka kekalahan itu akan menyediakan bahan untuk UMNO/BN menggasak perang sarafnya kepada PAS atau akan terus merangsang semangat UMNO/BN? Apa, kalau PAS tidak bertanding, UMNO akan duduk sahaja sambil memuji tindakan PAS tanpa melancar perang sarafnya? UMNO tetap UMNO, jahatnya tetap jahat UMNO walau apapun yang PAS buat.! PAS menang pun PAS akan dikutuk habis-habisan.


Oleh yang demikian, PAS perlu bentanding di DUN Merlimau jika DUN itu diputuskan kepada PAS. Jangan biarkan UMNO naik tocang! Jangan lepaskan peluang terbaik untuk dekatkan PAS kepada mana-mana kubu kuat UMNO.


No comments: