Followers

Sunday, February 06, 2011

Gelombang Merah di Kelantan, jangan pandang remeh!


PAS dan Pakatan Rakyat Kelantan jangan pandang remeh apa yang disebut projek Gelombang Merah di Kelantan. Gelombang Merah adalah projek UMNO/BN untuk merampas Kelantan.

Aku memberi ingatan ini bukan kerana itu projek yang begitu menggerunkan dari aspek kempen yang bakal UMNO/BN lakukan tetapi lebih bimbang projek itu penuh tipu muslihat yang jahat dari UMNO/BN melalui agennya mereka iaitu SPR.


Dalam keadaan sekarang tidak ada apa yang tidak boleh dibuat oleh SPR pengendali pilihanraya Malaysia yang memang tidak boleh dipercayai itu. Dengan reputasi buruk SPR terhadap pembangkang maka SPR tidak boleh diharap untuk menjadi pengadil yang adil kepada Pakatan Rakyat. Lebih keterlaluan lagi SPR sering dilihat sebagai perancang pengusaan UMNO/BN dengan cara yang penuh tipu muslihat.


Usaha memanipulasi daftar pemilih untuk kepentingan UMNO/BN adalah perkara yang sering dilakukan oleh SPR. Keadaan ini pernah berlaku besar-besaran dalam pilihanraya 1998 dan 2004 dan dalam beberapa pilihanraya kecil.


Antara manipulasi yang boleh berlaku adalah membiar atau menggunakan makhluk yang bergelar ‘hantu’ yang tidak bermoral untuk mengundi berkali-kali di tempat yang berlainan dengan menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan orang yang telah mati. Daftar pemilih yang tidak sama antara di barong SPR dengan di dalam bilik mengundi dan macam-macam muslihat jahat yang lain. Peraturan-peraturan pilihanraya mengejut yang yang mampu mengekang kempen-kempen calon-calon Pakatan Rakyat. Itu belum lagi diambil kira campurtangan oleh pihak PDRM dalam tugasan penguatkuasaan yang sentiasa menyebelahi UMNO/BN.


Melalui projek yang serupa ini melalui agen-agen seperti SPR, SPRM, Jabatan Pendaftaran dan PDRM, UMNO/BN mampu menjatuhkan mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang menguasai. Oleh itu PAS dan PR Kelantan perlu berhati-hati! Ingat Gelombang Biru, UMNO/BN melalui agen-agen yang disebutkan pernah menelan Trengganu.


No comments: