Followers

Sunday, February 20, 2011

Berperangai "hantu raya"-lah tu namanya!

Ada seorang yang tak bernama telah menulis komen kepada satu entry aku tentang hantu raya belaan UMNO/BN. Komennya begini:

walaupun saya menyokong pakatan rakyat.. tndakan anda memburuk burukkan institusi bebas adalah melampaui batas. maner mungkin kita menang di 5 negeri jika SPR itu betul2 hantu raya.. selangor dan PP sungguh berkepentingan.. anda bagi saya sebagai aktivis tidak bertanggungjawab.. ayuh baiki kelemahan berbanding mencari kesalahan luar.. salam

February 16, 2011 1:37 PM


Tulis tukang komen yang mengaku menyokong Pakatan Rakyat ini, tulisan aku itu memburuk-burukkan institusi bebas melampaui batas. Maksudnya aku memburuk-burukkan SPR dan agensi-agensi tertentu. Sebagai penjelasan kepada tukang komen ini aku bukan memburukkan SPR (dalam isu SPR) tetapi aku kata sungguh bahawa SPR yang ada hari ini, yang menjadi pengadil pilihanraya di Malaysia ini, memang berkelakuan buruk (tidak adil) kepada parti-parti utama yang membangkang UMNO/BN ia itu parti-parti Pakatan Rakyat. SPR kepada PR hanya manis dibibir mulut!


Memang SPR ditubuhkan sebagai institusi bebas tetapi ia menjadi tidak bebas dalam keadaan dan kelakuannya hari ini. Kemenangan Pakatan Rakyat di 5 negeri yang kemudian 1 negeri (Perak) telah ’diliwat’ oleh UMNO secara tidak bermoral dan demokratik, yang antara sebabnya juga kerana peranan SPR itu sendiri, bukan bermakna SPR Malaysia yang ada ini telah bertindak adil sebagai institusi bebas dalam pengurusan pilhanraya terhadap Pakatan Rakyat.


Tidak berperangai seperti hantu raya belaankah ini, apabila SPR tidak mencurigai langsung dan membiarkan sejumlah penduduk Sabah menukar alamat di kawasan pilihanraya tertentu di Pejabat UMNO di Shah Alam Selangor kemudian mendapat pengesahan terus dalam bas Jabatan Pendaftaran Negara satu lagi agensi kerajaan di luar pejabat UMNO? Memang sah ini perangai hantu raya kecualilah urusan itu berlaku di seluruh kawasan parlimen di seluruh negara di pejabat semua parti-parti politik sama ada UMNO/BN mahupun pembangkang. Jika itulah perangai SPR, tukang komen itu nak marah apa lagi kepada aku jika aku katakan SPR berperangai seperti hantu raya? Begitu juga dengan Jabatan Pendaftaran Negara!


Tidak berperangai seperti hantu raya belaankah ini jika SPR tidak pernah mencurigai kerja-kerja UMNO, jika benar seperti yang didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan YB Dr Mohamad Fadzli Hassan, bahawa UMNO telah dikesan melakukan kerja-kerja jahat yang bakal menggunakan 20,000 rakyat asing dalam usaha merampas Kelantan dari PR? Difahamkan rakyat-rakyat asing ini akan diberi kad pengenalan, sudah pasti oleh agensi berkaitan untuk membolehkan mereka mengundi. Memang itu kerja jahat UMNO namun jika SPR benar-benar berintegriti, daftar pemilih pilihanraya SPR pasti tidak akan dicurigai oleh mana-mana parti politik yang bertanding. Namun keyakinan dan kepercayaan itu tidak wujud terhadap SPR juga kepada agensi seperti JPN.


Tidak berperangai hantu rayakah ini apabila semasa PRK Dun Galas pemberian wang tambang balik oleh PAS kepada pengundi-pengundi luar yang balik mengundi dan pemberian zakat kepada 3 mualaf orang asli dikatakan rasuah pilihanraya, sedangkan pemberian wang oleh UMNO untuk tujuan serupa, pemberian wang agar mengundi calon UMNO dan pembangunan projek mee segera UMNO/BN yang menggunakan wang rakyat, SPR tidak langsung memberi sebarang ulasan mahupun teguran malah menjadi kelu dan bisu? Seperti perangai hantu rayalah ni!


Hanya sekadar beberapa contoh cukup menggambar perangai tidak adil SPR sebagai pengadil pilhanraya di Malaysia ini. Aku cukup yakin melalui tangan hantu raya ini juga Trengganu tumbang dalam PRU tahun 2004 yang lalu. Dapat dikesan bahawa peranan hantu raya akan juga digunakan untuk menumbang Selangor dan Kelantan yang tidak disangka oleh SPR dimenangi oleh PR dalam PRU 2008 yang lalu.


Akhirnya segala dakwaan bahawa SPR yang ada hari ini bukan pengadil yang adil dalam mengurus pilihanraya Malaysia setakat hari ini dan dakwaan agensi-agensi kerajaan yang tertentu sebagai perkakas UMNO/BN bukan bermakna asyik mencari kesalahan luar dan bukan bermakna tidak memperbaiki kelemahan sendiri. Tidak akan ke mana memperbaiki kesalahan diri sendiri dalam kedaan peraturan pertandingan tidak membenarkan memakai kasut dan lorong larian untuk Pakatan Rakyat penuh dengan duri semalu!


7 comments:

Anonymous said...

salam... terima kasih kerana memberi perhatian kepada komen saya.. saya terima segala keterangan anda.. namun masih x menjawab persoalan saya .. jika benar SPR hantu raya seperti dakwaan saudara.. baiklah mereka tinggal kan kelantan sahaja untuk PR.. ini 5 negeri membuktikan kuasa rakyat untuk mengundi..


tambahan lagi.. selaku ahli PAS dalam pakatan.. Saya merasakan nukilan saudara ini akan membuatkan UMNO/BN lebih kuat.. PAS mampu memikat hati rakyat Kedah dan Kelantan kerana kata2 baik pemimpin dan ahli2 kami..


jangan kerana keceluparan saudara bernukilan akan membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada PR..


Hantu Raya ke apa ke.. Rakyat kelantan dan kedah di PAS sudah membuktikan ketulusan SPR.. Kami tidak suka menyalahkan mana2 pihak jika kalah.. kekalahan membuatkan kami lebih semangat.. Buktinya Kedah dan Kelantan..

Betulkah dia orang PAS? said...

Assalamualaikum...

Aku rakyat Kedah, ahli PAS juga, kiranya ahli Pakatan Rakyat jugalah. Tapi aku tak pernah rasa SPR berlaku adil dalam mana-mana pilihanraya yang aku sertai. Jika Hantu Raya dikatakan hantu terbesar di dalam kategori hantu, aku nampak SPR bawah sikit dari Iblis sahaja, sebab setiap tindakannya penuh dengan tipu muslihat dan dolak-dalihnya.

Kedah menang selain dari faktor penolakan rakyat pada BN pada PRU12, saya rasa faktor lain adalah jumlah pengundi hantu tidak dapat menyaingi jumlah pengundi sebenar di dalam PRU hari itu. Selain itu sememangnya Allah mahu memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana UMNO/BN ketika itu amat angkuh.

Kalau orang PAS sokong SPR susah aku nak mengaku dia orang PAS. Jadi aku nak tahu juga, hang orang PAS Bahagian mana di Kedah?

Kalau dia dapat jawab makna dia orang PAS.

Anonymous said...

jika menang berani pulak saudara mengaku Allah memberi kerena BN angkuh.. sempat juga berkata undi hantu tak cukup..

jika kalah mengapa tidak saudara mengaku Allah menguji dengan kekalahan.. disebalik menfitnah badan bebas seperti SPR..

SPR salah. SPRM salah, Polis salah.. selaku anak seorang polis selalu saya menangkan PR dihadapan ayah saya bila dia berkata org2 PR ni mulut celupar..

tapi saya tahu itu permainan media.. tetapi bila membaca hasil tangan menerusi blog2 org PR.. ramai yg celupar.. adakah itu juga mainan media..

rakyat sekarang boleh baca, boleh nilai, adakah mereka2 yang selupar yg hendak dijadikan YB..

saya sokong spr kerana saya pernah terlibat dalam proses pengundian.. dan untuk pengetahuan saudara..sangat lah sukar untuk membuat penipuan..

kerana itu saya terima jika PAS kalah.. mungkin dimulut, sokong pas , hidup PAs, hidup tok guru.. tapi ketika memangkah.. dacing jadi pilihan..

jika majoriti 100, 200 mungkin alasan undi hantu logik..
tapi jika majoriti 1000, 2000..
sememangnya xlogik..

kita kira undi secara terbuka..
jgn hendak menuduh sahaja, jika tidak berilmu dalm ilmu proses pilihanraya..

menjawab ahli pas bahagian maner..
saya ahli bahagian padang terap..
ber YB kn YB Nasir Zakaria..

Anonymous said...

Orang PAS mana ada yang rasional. Semua bengong termasuk Najis sekali. Dah kapir dah la ni... tobat tak sokong dah. Dok jadi bodoh ke DAP. Bengong, mapuh la lepah ni..

Betulkah dia orang PAS? said...

Sah dia bukan ahli PAS. Minta maaflah tuan, hanya UMNO je mempunyai BAHAGIAN. PAS tidak mempunyai bahagian dia dipanggil oleh KAWASAN. Kalau itupun dia tak tahu, sukar bagi saya mengatakan dia adalah ahli PAS. Untuk makluman, saya adalah ahli PAS Kawasan Sungai Petani.

Sepatutnya anda dapat menyanggah kenyataan saya berkaitan BAHAGIAN dengan mengatakan KAWASAN.

Jawapan untuk Anon: 9.57.
UMNO lebih tidak rasional malah gila rela dengan rakusnya bersama-sama MCA di Tenang menghina Islam, menghina perlembagaan Islam dan model politik Islam. Malah mereka dengan bangganya memiliki pemimpin yang menghina janggut Rasullah S.A.W. dan menghina Kerasulan Baginda.
UMNO malah kini makan hati memperjuangkan Melayu Pulau Pinang, kenapa ketika digundikkan oleh GERAKAN di Pulau Pinang, UMNO tidak perjuangkan Melayu? Kenapa bila tumbang baru teringat Melayu?

Anonymous said...

apa pulak peranan pas kt PP.. cuma tgk je ke melayu islam ditindas oleh cina2 DAP.. kata org dia yg lebih.. jika dulu UMNO totok tu lah yg bela org melayu PP masa gerakan tadbir.. ni PAS tgk je cina kapir DAP yg sah2 berideologi kan lee kuan yew tu pijak melayu..

kepada anonymous, sudah2lah kau nak bela SPR.. mereka2 ni kalau menang je kurang sikit fitnah kepada SPR.. kalau kalah kurang sikit.. tapi masih ada fitnah tu.. biarlah..
rakyat pun dah bosan dh dengan karenah2 org mcm ni..

plus jika ko btol2 penyokong PAS, ko blah je r. org PAS kalau ko kutuk PKR DAP, kau dianggap pengkhianat..

sama je kalau ko bela SPR ke polis ke.. bagi dorg spr polis semuanya salah.. kalau dorg memerintah agaknya dorg nk pecat semua polis.. biar org2 DAP yg sibuk kacau org islam punya azan dia tu jd polis semua..

mcm bodoh je polis pun nak dipolitikkan..
kalau ko memerintah nanti polis ni jugaklah yg akan kerja untuk ko..

what a stupid comunity..

Anonymous said...

Tanya peranan PAS di PP? PAS menang pun satu kerusi, yang lain kau orang beri pada BN, tanya apa peranan PAS di PP?

Tapi tanpa peranan besar PAS di sanapun. Pakatan Rakyat PP ada membantu orang Melayu juga, membantu Islam juga. LGE ada bagi kenaikan elaun untuk guru-guru KAFA. Harap BN dapat ciput je lah, guru KAFA di bawah BN adalah golongan yang di bawah kemiskinan... Inilah tanda UMNO sayang pada agama.

Kerajaan PP + badan agama PP jugak adalah kumpulan pertama yang memberikan bantuan kewangan untuk pelajar Mesir balik sambung belajar (pelajar Melayu tu... bukan Cina tau). Harap kerajaan Pusat haram, awal-awal kata pelajar balik tambang sendiri. Yang lawaknya selepas PP beri, barulah Pahang terhegeh-hegeh nak bagi tambang, tu pun sebab ada PRK, kemudian diikuti oleh beberapa jabatan agama negeri-negeri lain, kalau PP tak mula hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui sama ada negeri-negeri BN nak bantu atau tidak.

Kerajaan PP jugaklah yang bagi RM100 pada warga emas, sebelum UMNO rembat duit warga emas (Melayu) yang percaya bahawa duit judi konon nak serah balik 'duit haram' tu. Entah sudah serah semula ke belum.

Kerajaan PP jugalah yang mendahulu pemberian bonus kepada kakitangannya, yang menyebabkan Najib terpaksa memberikan mengeluarkan bayaran yang sama untuk kakitangan awam.

Ini sedikit je, banyak lagi. Tapi UMNO/BN akan berlindung di bawah kes Taman Pelangi. Gerai-gerai Taman Pelangi tu SeMalaysia dah tahu bahawa pemilik gerai haram tu menyewakan kepada pendatang asing untuk berniaga, bukan mereka mengusahakan sendiri. Kita taulah sistem AliBaba Pulau Pinang.