Followers

Sunday, February 06, 2011

Anwar Ibrahim jangan terlalu bereksperimen

Anwar jelaskan peletakan jawatan Pajudin


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan soal berhubung peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai pengerusi perhubungan Sabah semalam.

"(Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dijadual ke Sabah pagi ini. Ia tiada kena mengena dengan peletakan jawatan Pajudin kerana ia telah dirancang lama dahulu.

"Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan.

"Beliau (Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih pengerusi perhubungan Sabah daripada Pajudin untuk sementara, kemungkinan beberapa bulan sehingga semuanya disusun dengan baik," kata Anwar dalam sidang media yang padat dengan wartawan sehabisnya lawatan dua harinya di Sarawak hari ini.

"Mungkin dia (Pajudin) rasa pembekuan itu tamparan yang hebat, jadi dia tinggalkan (parti)."

Semalam, PKR Sabah yang dilihat sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.

Pajudin, 42, yang belum sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang semalam.

Pajudin dilaporkan berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah.


[Dari apa yang dilakukan oleh Pajudin di Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah serta para pemimpin PKR yang lain, harus mengambil iktibar dan berhati-hati dalam membuat lantikan untuk jawatan penting parti sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Tragedi Pajudi itu terus menambah tragedi PKR dalam arena politik Malaysia, sedikit sebanyak menambah calar kepada tubuh badan PKR sebagai anggota Pakatan Rakyat.


Walaupun boleh difahami mengapa Pajudin seorang ahli PKR meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negeri dan keluar parti, namun pihak musuh seperti UMNO/BN tidak akan membiarkan sebarang bola tanggung yang didiperolehinya. Mereka akan terus menconteng PKR semahunya di hadapan khalayak ramai yang berbagai fikrah dan kiblat.


Hal yang demikian menambah beban kepada Pakatan Rakhat dalam usaha mara ke Putrajaya. Justru itu Anwar Ibrahim tidak perlu terlalu bereksperimen dalam membuat lantikan pegawai-pegawai tertinggi partinya. Trend dan corak pemikiran setempat wajar diambil kira. Semoga apa yang berlaku itu akan terus memperkukuhkan lagi PKR yang sebenarnya parti yang masih baru dalam arena politik Malaysia.]


No comments: