Followers

Monday, February 14, 2011

Antara pilihanraya dan jalanraya !

Pilihanraya adalah merupakan kaedah demokrasi untuk rakyat memilih mana-mana parti politik yang perlu diamanahkan untuk menguruskan kerajaan rakyat. Maka sudah pasti pilihanraya perlu dilaksanakan secara adil atau perlu dilihat dilaksana secara adil untuk memberi keadilan kepada rakyat. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat.

Namun jika pilihanraya bukan lagi medan pertandingan yang adil kepada beberapa pihak yang mewakili suara ramai rakyat kerana pengendali pilihanraya yang sering dilihat bersekongkol dengan parti-parti yang berkuasa maka rakyat akan berasa tidak puashati dan sangat kecewa kerana rakyat seolah-olah dilayan sebagai makhluk yang bodoh dan begitu mudah dan seronok diperkotak-katikkan.


Ketidak-puasan hari rakyat ini akan bertambah mencengkam dan membengkak apabila kebebasan bersuara dikongkong atau dipermain-mainkan melalui pelbagai akta, undang-undang yang menyekat dan cara atau banyak isu-isu rakyat diperlekehkan seolah-olah rakyat tidak mampu berfikir sendiri.


Apabila ini berlaku dalam keadaan rakyat dibelit dengan pelbagai masalah dan isu kehidupan seperti kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, PTPTN yang diganti dengan biasiswa yang lambat pula dapat, sehingga pelajar terpaksa berpiket atau meminjam wang belanja dari pihak universiti, para belia terus terperangkap dengan pengangguran atau kerja-kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka, isu-isu ketidak-adilan terhadap rakyat, skandal rasuah dan pengumpulan harta para pemimpin tanpa menghiraukan perasaan rakyat bawahan yang susah, maka rakyat negara ini pasti akan memilih jalanraya bukan lagi pilihanraya!


Bila? Bila masanya kerajaan UMNO/BN tidak boleh ditegur dan terus berlagak sombong dan angkuh serta berperangai seolah-olah mereka sahaja yang suci bersih dan betul. Orang lain semua tak betul, salah sedikit dicop pengganas, pengkhianat kecuali menjadi pak turut membuta tuli dan membabi buta mereka! Ciri-ciri ini sudah banyak terlihat sekarang di bawah pemerintahan angkuh dan ego UMNO/BN.


No comments: