Followers

Thursday, January 06, 2011

Yeah..rakyat diutamakan !!

Sudah ramai orang-orang kampung merungut harga barang kian mahal. Kata mereka bawa duit RM50 macam tidak ada apa bawa balik ke rumah. Mereka merungut bayaran tambahan sekolah juga meningkat. Anak bukan seorang yang bersekolah. Yang berada di IPT sentiasa tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan makan. Kalau ke pasar mereka hanya mampu beli ikan selar kuning, selayang dan anak pelaling. Ikan-ikan lain mahal.

Keadaan mereka akan lebih teruk dengan kenaikan harga minyak Ron97. Mereka merungut kekurangan harga minyak masak bukan kerana minyak masak tak cukup tetapi kata mereka, dah tahu taktiknya apabila kekurangan minyak masak dihebuhkan. Kata mereka pengumuman Menteri yang mengatakan harga minyak masak tak akan naik hanya sebelum tahun baru Cina. Tahun Baru Cina sudah hampir, maknanya selepas tahun Baru Cina harga minyak masak pasti akan naik!

Yang susah dan banyak merungut sekarang ialah orang-orang kampung dan FELDA yang sebenarnya mereka inilah selama ini menyokong kerajaan UMNO/BN mati-matian. Mereka inilah yang sering dihiburkan dengan alasan bodoh. Kesian mereka sering diperbodohkan!

Di DUN Tenang nanti sekali orang-orang kampung dan FELDA akan diperbodohkan dengan pelbagai alasan yang lunak tapi pembohongan semata. Mereka akan terus merungut akan kesusahan hidup akibat dari harga barangan yang semakin naik. Namun UMNO/Bn yang mereka sering sokong apa peduli! Janji UMNO/Bn terus berkuasa!

Bagi UMNO rakyat harus terus diratibkan dengan slogan " Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang mana maksud sebenarnya ialah "Rakyat didahulukan untuk susah, pencapaian timbunan harta kroni diutama"!

No comments: