Followers

Saturday, January 08, 2011

UMNO yang jahat banyak buat jahat kepada Istana

Dulu berlaku di Perak, SUK memainkan peranan yang tidak bertanggungjawab dan keji dalam rampasan kuasa tehadap kerajaan pilihan rakyat. Kerana peranan SUK itulah maka kerja-kerja jahat dan keji UMNO/BN nasional mudah terlaksana. Maka runtuh kerajaan Pakatan Rakyat yang menang pilihanraya di Perak.

Kini, seorang pegawai Jusa C diangkat melangit ke JUSA A, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit bekas Menteri Besar Selangor Muhamad Mohd Taib masuk ke pejabat SUK Selangor sebagai SUK ditambah dengan restu Istana!

Bolehkah seorang pegawai Kerajaan yang dulu pegawai kepada seorang Menteri besar UMNO, yang cara-cara bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor bagaikan cara berkerja seorang Setiausaha UMNO, direstui oleh MB Pakatan rakyat sebagai SUK negeri? Walau apapun alasannya apakah perlantikan ini adil dan sangat bertanggungjawab kepada seorang MB Pakatan Rakyat? Sudah pasti tidak malah tidak keterlaluan perlantikan ini mempunyai udang di sebalik batu. Dalam erti kata lain, bolehlah dijangka bahawa ada konspirasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam perlantikan SUK tersebut.

Apakah tujuan perlantikan ini mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat diperlakukan seperti apa yang diperlakukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak ? Hal ini begitu mudah diduga kerana SUK yang dilantik itu adalah Khusrin Munawi.

Oleh yang demikian, hasrat kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim wajar meneruskan Sidang DUN Tergempar untuk meminda undang-undang yang memberi kuasa kepada Menteri Besar menasihati Sultan dalam perlantikan pegawai-pegawai penting kerajaan negeri.

Atau kerajaan Pakatan Rakyat wajar mengambil tindakan mahkamah di atas pelantikan Khusrin supaya mahkamah sendiri membuat keputusan bagi mentafsir undang-undang sama ada perlantikan itu sah atau pun tidak.

Sesungguhnya perlantikan Khusrin dan cara perlantikan Khusrin itu tidak langsung membawa kesan positif kepada mana-mana pihak, sebaliknya dari segi jangka panjang ia lebih banyak membawa kerugian berterusan kepada kerajaan UMNO/BN dan mencalar-balar imej Institusi Raja itu sendiri dalam pandangan rakyat. Rakyat menyayangi istana kerana istana selama ini menjadi tempat rakyat berpayung tetapi bagaimana jika telah ada rakyat yang merasakan diri mereka tidak dipayungi lagi kerana angkara UMNO yang jahat itu?

Di sinilah bangsat dan jahatnya UMNO yang boleh merosakkan imej istana! Jelas UMNO bukan lah penjaga istana yang boleh diharap!


No comments: