Followers

Monday, January 24, 2011

Ahli-ahli UMNO perlu 'diselamat' daripada pemimpinnya kini

Melihat kepada keadaan parti UMNO hari ini, sudah sampai masanya untuk seluruh umat Melayu wajib bangkit memberi pengajaran kepada UMNO agar kembali ke atas landasan perjuangan Melayu yang betul (jika UMNO katakan dia parti Melayu) dan kembali ke atas landasan aqidah Islam (jika umno mengaku dia parti Islam) yang sebenar-benarnya.


Adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk mengajar dan mendidik UMNO supaya benar-benar menjadi parti bangsa Melayu yang celik tamadun, rasional, beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT. Pengajaran yang sangat wajar dan paling berkesan buat mengajar UMNO ialah tak usah sama sekali memangkah UMNO/BN dalam pilihanraya ke 13 nanti.


Hanya dengan kekalahan, parti UMNO akan menghumban pemimpin-pemimpin UMNO kini, yang terlalu banyak menipu Melayu, bangsa mereka sendiri, terlalu berpoya-poya dalam kehidupan peribadi serta terlalu jauh dari amalan agama Islam yang disepatutnya.


Bolehkah lagi diharap pemimpin-pemimpin UMNO kini akan membawa kembali UMNO kepada Melayu dan Islam dalam keadaan, bilamana pemimpin MCA menghina Islam, UMNO (Muhyiddin anak Yassin) memberi restu? Bilamana pemimpin UMNO semata-mata mahukan kemenangan politik dalam pilihanraya, UMNO (Ghani anak Othman) menghina hukum hudud? Bila mana muslimat tidak bersalam dengan lelaki muhrim dihina oleh MCA, UMNO membisu tak terkata? Bila mana diajak berdebat isu ekonomi, pemimpin UMNO ( Najib anak Razak) menghina soal peribadi orang lain? Dan banyaklah lagi bila mananya kalau aku nak tuliskan di sini.


Akan sedar dan insafkah UMNO jika UMNO terus menang pilihanraya? Tidak semakin sesatkah ahli-ahli UMNO jika UMNO terus dimenangkan oleh umat Melayu sendiri? Tidak tergadaikah tamadun Melayu jika UMNO yang boleh dibeli dengan wang ringgit terus menang pilihanraya?


Zaman merdeka dalam tangan UMNO, Singapura tergadai! Zaman merdeka dalam tangan UMNO, Pulau Batu Putih tergadai? Zaman merdeka dalam tangan UMNO, tanah KTM di Tanjung Pagar tergadai!


Mahukah lagi umat Melayu melihat UMNO terus menggadai? Kalau tak mahu, seluruh umat Melayu perlu kalahkan UMNO dalam pilihanraya, barulah UMNO akan benar-benar muhasabah diri! Jika tidak muhasabah, UMNO akan terus pupus untuk hanya menjadi bahan simpanan sejarah di Arkib Negara!


Sesungguhnya ahli-ahli UMNO perlu 'diselamatkan' daripada para pemimpinnya kini! Jika tidak....

No comments: