Followers

Tuesday, January 04, 2011

Ttemu tengoh jalang, kak majleh makang - kerajaang perpaduang ....ambooh !!!

Aku tulis pasal isu ini, tak kisah sangat orang kata apa, sebab bukan ramai yang tahu aku tulis ini. Blog aku ini siapalah yang baca, kalau adapun dua tiga orang, itupun tersesat, tak macam blog blogger-blogger raksaksa. Pemimpin? Hoo…lagilah tak baca! So aku bebaslah menulis tentang isu UG yang nampaknya sedang berbangkit kembali kini. Sekadar untuk renungan sendiri!

Aku sayang kedua-dua Tok Guru aku itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Jasa mereka kepada perjuangan Islam melalui parti PAS memang tak mampu dipertikaikan oleh kawan atau lawan. Namun kedua-duanya adalah manusia biasa yang macam orang lain jugak yang tidak terlepas dari tersilap dan tersasul dalam tindakan dan pemikiran politik mereka. Kalau adalah, rasa aku tidak ada! Cumanya mereka itu berbeza dari orang biasa kerana mereka bukan sahaja politikus besar malah adalah ulamak besar dalam perjuangan ini dan hebat pada pandangan aku. Begitulah hakikatnya!


Dulu Tok Guru Haji Hadi melontarkan pandangan Kerajaan Perpaduan yang begitu mudah bagi aku yang berada diceruk yang hinga-bingar ini untuk memahaminya. Kata Tok Guru Haji Hadi dalam penjelasannya yang panjang lebar apabila lontaran ideanya menjadi isu yang menggegarkan ialah maksud kerajaan perpaduan yang dilontarkan itu ialah kerajaan yang tidak ada parti pembangkang. Maknanya semua parti yang ada dalam Malaysia ini UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan lain-lain termasuk yang di Sabah dan Sarawak akan berperanan menjadi kerajaan. Itulah yang aku yakin sangat maksud diucapkan oleh Tok Guru Haji Hadi. Aku tidak tahulah jika ada niat lain disebalik kata-katanya itu kerana aku bukan pandai baca hati orang.


Tapi dari idea yang dilontarkan oleh Tok Guru Haji Hadi, aku pelik alih-alih begitu tegar pandangan dan kritikan yang bertalu-talu menghentak Tok Guru Haji Hadi hingga ada di antaranya pada penilaian aku agak terkeluar dari batasan kritikan yang membina, konon Tok Guru Haji Hadi mencadangkan Kerajaan Perpaduan itu adalah antara PAS dan UMNO.


Puas aku mencari di mana kata-kata Tok Guru Haji Hadi begitu, namun aku tidak menjumpainya kecuali soal isu YB Dr Hassan Ali di Selangor. Tapi bagi aku isu Hassan Ali berbeza dengan apa yang Tok Guru Haji Hadi maksudkan. Dua benda yang berbeza pada penilaian aku. Tetapi ada pihak yang terus mengatakan kerajaan Perpaduan itu adalah antara UMNO dan PAS dan berkait-kait pulak dengan isu Dr Hassan Ali di Selangor. Maka keadaan pada waktu itu menjadi berbelit-belit dan pening !!!


Sehingga aku dapat rasakan kalaulah sekiranya pada hari ini terkeluar sahaja dari mulut Tok Guru Haji Hadi perkataan “ Kerajaan Perpaduan” walaupun maksud berbeza, pasti akan terhentak sekali lagi Tok Guru Haji Hadi ‘dibelasah’. Pendek kata agaknya Tok Guru Haji Hadi tak boleh sebut pun istilah “Kerajaan Perpaduan”, kalau sebut keadaan sekeliling akan meletup-letup! Terfikir aku ‘kenapalah mesti begitu?”.


Aku tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu Kerajaan Perpaduan kerana aku menyokong kedua-dua Tok Guru yang aku kasihi itu.


Pada hari ini aku sekali lagi terasa pelik kerana apabila Tok Guru Nik Aziz bersama pemimpin-pemimpin PAS yang lain berjumpa PM Najib dan siapa-siapa lagilah di Istana Trengganu atas jemputan DYMM Yang Dipertuan Agong, isu Kerajaan Perpaduan bangkit kembali. Namun demikian nampaknya sekali lagi Tok Guru Haji Hadi hampir terfitnah kerana pada awalnya kelihatan macam ada sebiji dua peluru cuba dilontar kepada Tok Guru Haji Hadi. Tetapi kali ini apabila membabitkan Tok Guru Nik Aziz rupanya berlainan cara penerimaannya walaupun Tok Guru Nik Aziz tidak mendedahkan kandungan perjumpaan itu. Nasib Tok Guru Nik Aziz lebih baik Tok Guru Haji Hadi dahulu. Alhamdulillah.


Aku tidak dapat bayangkan kalau sekiranya Tok Guru Haji Hadi terpaksa pergi ke majlis seumpama itu atas jemputan yang seumpama itu, dan tidak mendedahkan kandungan perjumpaan seperti yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz atas sebab kerahsian dan untuk menjaga maruah Agong, pasti…pasti sekali lagi Tok Guru Haji Hadi akan dihujani peluru dan maki hamun dari beberapa pihak seperti dahulu. Apapun alasan yang Tok Guru Haji Hadi berikan aku dapat rasakan akan dibakulsampahkan. Masya Allah! Sedangkan dahulu Tok Guru Haji Hadi menyebut dengan jelas apakah maksud Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan idea olehnya. Aku cukup mudah memahaminya.


Kenapalah mesti mengkritik begitu. Bagi aku kedua-dua Tok Guru aku itu orang yang terlalu alim dan terlalu tahu dosa pahala untuk menipu khalayak ramai. Aku bersikap mudah tanpa prasangka menerima apa-apa sahaja penjelasan kedua-dua Tok Guru aku itu kerana bagi aku, tidak munasabah sekali kedua-dua mahu mengorbankan perjuang menegakkan Islam di tanah air ini. Harakah ini mereka yang bina dan membentuknya. Mereka terlaku banyak jasa dalam pejuangan ini berbanding mereka yang mengkritik terlalu emosi.


Contohnya aku masih ingat dan terlalu sedih apabila dahulu ada seorang blogger yang pernah ditahan polis kerana kes Sultan Johor mangkat, memaki hamun Tok Guru Haji Hadi begitu mudah dan lancang seolah-olah maki hamun itu adalah lontaran kecerdikan fikrah islaminya! Ada ketahankah blogger ini dalam ‘perjuangannya’ seperti ketahanan kedua-dua Tok Guru ini mengharungi kegetiran perjuangan mereka dalam membawa PAS hingga ke tahap ini hari ini?


Kritiklah pimpinan kerana teguran itu diperlukan namun tidak perlu beremosi keterlaluan sebab bagi aku sebagai blogger PR apatah blogger PAS, berikhlaslah dalam mengkritik pimpinan. Tidak suka pemimpin semasa mereka boleh ditukar tetapi bersabar, gunakan pemilihan parti yang sedia ada. Bukan menghentam tanpa memikir hujah dan alasan yang diberikan.


Bagi aku sepatutnya tidak ada apa-apapun isu Kerajaan Perpaduan yang perlu dibangkitkan lagi dari pertemuan yang diperjelaskan itu, baik kepada Tok Guru Nik Aziz mahupun Tok Guru Haji Hadi. Tak kanlah sampai mereka tidak boleh bertemu muka dengan pemimpin UMNO maka terus tuduh konon bincang Kerajaan Perpaduan! Malaysia bukannya besar mana untuk mereka tidak bersua muka! Amboi sampai tak boleh bersua muka – kerajaang perpaduang terus!


No comments: