Followers

Sunday, January 23, 2011

Siapa lagi yang akan memaculkan kata-kata sesat di Tenang? Siapa selepas ini?

Tok Guru UMNO yang memulakan hujah sesat jika amalkan hudud negara ini akan penuh dengan orang bertangan kudung, akan banyak sop tangan, akan kehabisan batu, masih belum mati malah masih bersuara walaupun dalam keadaan lemah, gagap dan terteleng-teleng.

Kini di Tenang anak muridnya meneruskan ulasan-ulasan sesat yang diajar oleh Tok Gurunya itu. Semakin kerap mereka bercakap tentang isu Islam atau isu konsep negara Islam, semakin berterabur kata-kata sesat yang terkeluar dari mulut para pemimpin UMNO yang merupakan anak murid kepada Tok Guru UMNO yang kian tua dan uzur itu. Nauzubillah....bilalah nak bertuabat agaknya?

Demi meraih undi pengundi-pengundi Cina di Tenang, kelmarin Muhyiddin anak Yassin menyokong pemimpin MCA terlampau memutar-belit isu negara Islam atas alasan itu konsep negara Islam PAS. Muhyiddin anak Yassin bukan mengkritik untuk memberi pandangan yang lebih baik dan semakin mendekatkan orang-orang bukan Islam kepada Islam tetapi mengutuk niat dan hasrat PAS terhadap Islam sehingga menampakkan seolah-olah hodohnya agama yang Allah redhai itu. Masya Allah, Muhyiddin anak Yassin kenapalah engkau jadi begitu, menjauhkan orang-orang bukan Islam dari lunak, mendekati dan memahami Islam?

Selepas Muhhyiddin, seorang lagi anak murid Tok Guru UMNO yang kian tua itu, sedar atau tidak, dalam keadaan jahil murakab atau tidak, telah mengeluarkan kata-kata sesat lagi. Mengikut yang dilaporkan, kata-kata Ghani anak Othman ini lagi bisa dan terlampau:

"Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Masya Allah, nampaknya para pemimpin UMNo memang tidak boleh bercakap soal Islam. Semakin banyak mereka bercakap soal Islam semakin orang akan kenal tahap ilmu Islam mereka dan yang lebih dahsyat lagi semakin bersepah kata-kata sesat terpacul dari mulut mereka.

Kempen masih tinggal lebih kurang seminggu. Kita akan terus perhatikan siapa pulak pemimpin UMNO yang akan datang ke Tenang atau di mana-mana muka media, memaculkan lagi kata-kata sesat apabila membicara soal isu negara Islam yang sepatutnya tak perlu diperkatakan lagi sebagai kempen politik itu.

Mahathir anak Muhamad adalah pengasasnya. Di Tenang, Muhyiddin anak Yasin sudah mengutuk perjuangan Islam PAS dan lebih menyokong pandangan jahat pemimpin terlampau MCA Soi Lek. Ghani Othman pun sudah mula menunjukkan kesesatan kata-kata. Siapa lagi selepas ini ?

Kepada pengundi-pengundi DUN Tenang yang membaca media baru, fikirkan! Bagi tahu mak ayah masing-masing bahawa para pemimpin UMNO kian terlampau apabila bercakap, mengupas dan mengulas isu agama kita!

1 comment: