Followers

Sunday, January 02, 2011

Program 'UMNO juara rakyat' 2011, program mendungukan rakyat!

Pada tahun 2011 UMNO mahu memperkasakan apa yang dikatakan UMNO dahulukan rakyat. Program ini katanya Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan akan mempunyai tema berbeza pada setiap bulan. Program ini akan di adakan pada setiap bahagian UMNO.

Kata Ahmad Maslan program ini adalah mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial. "Kita akan jelaskan misi kita untuk menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada mereka," katanya.

Begitulah UMNO yang semakin panik dan resah. Sekali lagi UMNO akan menghabiskan wang pembayar cukai atau duit rakyat yang menganut pelbagai kefahaman politik untuk menjayakan program Juara Rakyat parti UMNO. Sejak bilakah UMNO menggunakan wang dari dana sendiri untuk menjayakan progarm mereka? Soalnya UMNO ada dana ke ? Bayangkanlah bagaimana UMNO kalau tidak menggunakan wang rakyat untuk menjayakan program mereka ?

UMNO memang ego dan perasan. Slogan 'UMNO dahulukan rakyat' menggambarkan hakikat itu. MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen yang lain harus sedar diri masing-masing. Kamu sering dipinggirkan oleh UMNO. Buktinya, slogan yang sepatutnya 'BN dahulukan rakyat ' tetapi yang dipaparkan 'UMNO dahulukan rakyat'. Sedarlah bahawa kamu parti-parti komponen BN hanya menjadi mangsa buli UMNO setiap masa. Sampai bila mesti begitu.

Oleh yang demikian usaha memberhentikan keangkohan UMNO perlu datang dari seluruh lapisan rakyat. Cukuplah menerima pembohongan UMNO itu. Konon misi UMNO menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada rakyat. Betulkah sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan rakyat?

1. Memberi RM500- RM1000 kepada peneroka pemberian terbaik ?

2. Campur tangan dalam perlantikan SUK Selangor, hadiah terbaik untuk majoriti rakyat Selangor?

3. Menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barang-barang keperluan turut melambung naik, pemberian terbaik untuk rakyat?

4. Memberi jumlah PTPTN kepada pelajar untuk yuran hanya pengajian sekadar cukup, para bagaimana para pelajar miskin makan di tempat belajar dan sewa rumah tak usah ambil peduli, pemberian terbaik kepada rakyat?

5. Memberi bonus RM500 konon untuk belanja anak-anak sekolah kepada kakitangan kerajaan pemberian terbaik untuk rakyat?

6. Tambang pengangkutan awam yang mahal kerana minyak mahal, pemberian terbaik kepada rakyat ?

7. Yuran asrama, penjaga berpendapatan kasar RM5000 ke atas, RM3 sehari pemberian terbaik kepada rakyat ?

8. Rakyat Selangor berjuang mempertahankan hak air dari pencekik darah bernama SYABAS , disembur air gatal oleh FRU, pemberian terbaik kepada rakyat?

9. Memberi kain pelikat dan kain batik atau wang RM 100/200 untuk undi UMNO pemberian terbaik kepada rakyat ?

Banyak lagi kalau aku nak senaraikan di sini yang kononnya pemberian terbaik kepada rakyat dari UMNO. Sudahlah...kita sudah muak dengan program menipu UMNO.

Awas rakyat terutama yang berbangsa Melayu di kampung-kampung, UMNO akan datang lagi untuk menipu dan mellebong anda !!!

Sekarang terserah kepada anda sama ada anda mahu merupakan rakyat yang bijak atau dungu ! Fikir-fikirkan !

No comments: