Followers

Sunday, January 30, 2011

PRK Dun Tenang: Sebentar lagi akan tahu jumlah yang terus terjerat dalam perangkap 'pemandiran' minda UMNO/BN.

PRK Dun Tenang telahpun selesai. Kini hanya keputusan PRK itu yang dinanti sama ada Cikgu Mala (PAS) atau ADO tukang lelong tanah(BN). Apapun keputusan, jentera PAS dan Pakatan Rakyat akan bergerak berjuang dan menggempur DUN Merlimau Melaka pula.

Sebaik keputusan PRK Dun Tenang diumumkan, kita akan maklum berapa ramaikah yang masih terjerat dalam jerangkap pemandiran (pak pandir) minda UMNO/BN. Akan terus berkurangan atau semakin bertambah.

Kalau kurang, maknanya UMNO/BN kian terancam di Johor. Kalau bertambah, maknanya puak-puak FELDA dan kampung-kampung Melayu terus menggadai maruah untuk dipandirkan entah sampai bila. Namun PAS dan PR Johor wajar terus mengatur perancangan untuk menyelamatkan puak-puak yang terperangkap itu agar tidak terperangkap lagi dalam PRU 13 nanti.

Dalam sibuk orang berkempen di DUN Tenang, Ali Rustam telah mula berkempen di Merlimau. Memang puak-puak UMNO/BN begitu. Kalau tidak mengelat bukan mereka. Kalau tidak membuli bukan mereka dan kalau tidak menipu bukan mereka. Begitu juga dengan kuncu-kuncu mereka yang semua orang tahu siapa.

Walau apapun Pakatan Rakyat akan terus lawan mereka demi masa depan rakyat.

Kepada mangsa banjir di Tenang, semoga anda semua bersabar dengan dugaan Ilahi yang sedang melanda. Jaga keselamatan dan kesihatan diri terutama anak-anak di musim banjir ini. Yang masih terjerat dengan ideologi UMNO/BN adalah segala-galanya, ambil kesempatan musibah banjir itu sebagai pengajaran yang terbaik bahawa Allah-lah segala-galanya.

1 comment:

Zaki Al-Yahya said...

Salam.. bukannya mudah mengubah mentaliti orang kampung di kawasan tenang. Kebanyakannya orang tua yang begitu fanatik dengan ideologi UMNO. Mungkin mereka ingat UMNO dulu sama dengan UMNO sekarang. Segalanya UMNO tiada yang lain. Tapi anak-anak muda berpecah kepada 2 bahagian. Yg ada menyokong UMNO dan yang ada menyokong PAS. Di negeri Johor amnya, penyokong UMNO berkurangan dengan adanya internet yang boleh di access dimana-mana. Di kawasan bandar di Johor seperti Bandar Muar, Bandar Tangkak dan Bandar Baru Bukit Gambir (dulu dikenali sebagai pekan bukit gambir) yang mempunyai penyokong Pakatan Rakyat. Dan kawasan kampung di dikuasi oleh UMNO. Sekian. Ini hanya sekadar maklumat.