Followers

Saturday, January 29, 2011

Nota panjang untuk pengundi-pengundi DUN Tenang

Memang pada waktu ini harga kelapa sawit dan getah agak tinggi. Peneroka memang gembira dengan keadaan itu. Kita pun gembira malah semuanya gembira. Tetapi peneroka juga jangan terlalu gembira dengan kenaikan harga kedua-duanya lantas terus berterima kasih kepada UMNO/BN. Konon itu semua adalah kerana jasa UMNO/BN.

Hakikatnya siapa jua yang menjadi kerajaan pada waktu ini, harga kelapa sawit dan getah akan begitu juga, ada naik dan ada turun. Kebetulan waktu ini UMNO/BN lah yang diamanahkan menjaga kerajaan!


Peneroka dan masyarakat Melayu juga perlu memikirkan wang yang dibelanjakan. Berbaloikah dalam keadaan harga sawit dan getah meningkat yang memberi harapan untuk menyimpan, barang-barang keperluan makan, kos rawatan, kos tambang pengangkutan awam, kos pendidikan anak-anak dan harga minyak pula yang meningkat. Wang peruntukan untuk simpanan terhakis teruk!


Begitu juga dengan bil yang sentiasa meningkat. Adakalanya juga cara membaca meter elektrik TEN dan air pun main bubuh sahaja. Kadang-kadang terkejut juga apabila menerima bil elektrik dan air. Dua bulan tak sampai bil, tiba-tiba bila sampai, bil melambung tinggi! Ini juga berlaku di kawasan FELDA dan di kampung-kampung tradisional termasuklah di Tenang. Yang menjadi mangsa, peneroka dan orang-orang kampung yang tidak pandai memprotes. Terima sahaja sambil merungut.


Mengapa semua itu terjadi? Tiada lagi keihklasan berkhidmat dan integriti dari kerajaan UMNO/BN kepada kita orang kampung! Itulah jawaannya.


Lihatlah betapa mudah tanah orang kampung di Segamat dilelong tanpa pengetahuan tuan tanah. Memang leceh kalau berurusan dengan penjabat tanah. Orang kampung dilayan dengan tidak, sama banyak! Kenapa jadi begitu? Kerana kerajaan UMNO/BN mengajar dan membiarkan begitu!


Dengan sebab itu wajar sekali apabila datang pilihanraya kecil dan PRU, orang-orang kampung dan peneroka membuka minda memberi sedikit pengajaran kepada kealpaan dan keagoan kerajaan UMNO/BN dengan cara memangkah pembangkang agar mereka (kerajaan UMNO/BN) memperbaiki sistem perkhidmatan mereka dan lebih cakna rakyat bukan cakna koperat dan keparat!


Antara kegagalan kerajaan UMNO/BN yang juga membabitkan kawasan kampung dan FELDA serta di mana-mana ialah jumlah 257,000 sijil kelahiran dari 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2007 kepada 16,541 dalam 2008 dan 17,303 pada 2009.


Tiada usaha yang menepati kehendak ajaran Islam yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN untuk mengatasi semua gejala sosial itu melainkan penyelesaian mudah cara sekular, membuka sekolah hamil di Melaka. Mahukah lagi kita mengundi memenangkan sebuah kerajaan yang mengabaikan akhlak anak bangsa kita?


Di samping isu-isi tempatan yang membelit kehidupan seharian, isu-isu peringkat nasional juga perlu difikirkan oleh para pengundi sebelum mahu memangkah parti UMNO/BN yang hanya pandai berjanji tetapi sering mungkir janji sebaik mendapat kuasa:


1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman. Menjadikan pemuda-pemuda Melayu sebagai penghutang yang teramai dalam negara?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?


Demikian antara kegagalan UMNO/BN dalam menjaga hak rakyat khususnya orang-orang Melayu. Itu belum termasuk memberi kemudahan pejabat kepada RM di Jabatan Perdana Menteri, Kes Kugan, Ben Hock, Amninurashid, agen APCO, kes kapal selam, kes Anwar, kes Altantuya dan kes RM888 billion wang mengalir keluar dan macam-macam lagi yang sepatutnya cukup menserabutkan kita jika kita terus mengundi UMNO/BN.


Kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang, cukuplah kita banyak kerugian hari ini jangan akan datang kita terus rugi. Tidak memangkah atau mengundi UMNO/BN tidak akan menyebabkan kita kebulur dan lapar. SELAMAT MENGUNDI CIKGU MALA, ”UBAH SEKARANG!”

No comments: