Followers

Friday, January 28, 2011

Muhyiddin arah siasat MC Cikgu Maaruf, tapi jangan lupa siasat jugak kempen politik MarKom Giran!

Muhyiddin Yassin nampaknya terlalu berminat dan bersegera mahu menyiasat Sijil Sakit suami calon PAS Dun Tenang Cikgu Mala iaitu saudara Maaruf. Saudara Maaruf bukanlah seorang yang popular atau ternamapun tetapi penyiasatan cuti sakit beliau nampaknya perlu segera disiasat dan mungkin perlu segera di ’Suruhanjayakan’!


Bagi aku penyiasatan cuti sakit saudara Maaruf cukup mudah, seperti yang dikatakan oleh cikgu Mala pergi tanya doktor yang mengeluarkan sijil sakit itu. Apa jawapan doktor itu, maka selesailah masalah. Namun bertanya doktor yang keluarkan sijil sakit itu tidak, tapi heboh sekampung pertikaikan sakit saudara Maaruf.


Soal saudara Maaruf dilihat sentiasa berada bersama isterinya itu bukanlah perkara yang luarbiasa bagi orang sakit. Apakah semua orang sakit mesti duduk di rumah? Bukankah banyak penyakit yang tidak menghalang pesakit bergerak ke mana-mana asalkan pergerakan itu tidak menimbulkan tekanan dan menambah penyakit kepada pesakit? Kalau pergerakannya ke mana-mana boleh mengurangkan sakit yang dialami tidakkah itu satu terapi yang baik?


Katanya beliau mengalami murung ringan. Apakah pengidap murung yang ringan mesti hanya semata-mata tinggal di rumah? Tidak salah berada di sisi isterinya yang sedang berkempen jika sekiranya menemani isterinya itu mampu melegakan penyakit yang dialaminya! Bodoh juga Muhyiddin dalam hal ini! Sakit orangpun hendak dipolitikkan!


Okaylah nak siasat cuti sakit saudara Maaruf, siasatlah! Namun aku juga rasa yang sepatutnya Muhyiddin siasat bukan hanya saudara Maaruf tetapi siasat juga MARKOM GIRAN. Atas kapasiti apa dia selaku penjawat awam berkempen untuk parti politik? Apakah selaku penjawat awam Markom boleh berkempen mengarahkan semua guru mengundi calon UMNO? Walaupun apa sahaja yang Markom sebut, sama ada calon parti pemerintah atau calon kerajaan semuanya itu bermaksud calon UMNO/BN-lah.


Kalau Maaruf, sijil sakitnya memelikkan Muhyiddin dan Hishammudin, bagaimana dengan sikap Markom Giran yang jelas berkempen untuk UMNO semasa sedang bertugas…sedang bertugas selaku Pengarah Pelajaran Johor!


Muhyiddin patut sedar bagaimanakah jadinya, jika sekiranya perangai buruk Markom Giran yang juga Pengarah Pelajaran Johor dicontohi oleh semua orang bawahannya termasuk golongan guru-guru? Guru-guru di Melaka, N9, Perak berkempen agar sokong kerajaan mereka! Guru-guru di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang berkempen sokong kerajaan mereka! Tidakkah terkencing Muhyiddin jika semua kaki tangan Jabatan Pelajaran dan guru-guru ikut salah laku Markom Giran?


Markom Giran sah memberi contoh yang tidak baik. Markom Giran inilah yang dikatakan peribahasa “Ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Sedangkan saudara Maaruf sakitnya diakui oleh doktor. Soal apa sakitnya dan bagaimana dia sewaktu cuti sakit, terpulanglah kepada dia asalkan sakit semakin stabil. Macam ramai orang yang demam, tetapi tetap tak boleh duduk diam. Makin duduk diam makin demam. Biasalah tu!


Jadi Muhyiddin siasat juga Markom bukan hanya Maaruf tau!

No comments: