Followers

Saturday, January 22, 2011

Muhyiddin menggelabah di Tenang: Sokong Soi Lek takutkan pengundi Cina isu negara Islam!

Aku tidak pelik jika "bekas pelaku terlampau" Chua Soi Lek membangkitkan isu negara Islam bagi menakut-nakutkan pengundi Cina di DUN Tenang. Aku tak pelik bukan kerana dia pelaku terlampau, tetapi sebagai ahli politik MCA, yang bukan Islam pula, isu negara Islam memang akan dijadikan isu untuk meraih undi walaupun isu itu sebenarnya diungkap secara salah dan terlampau dan adalah isu lama yang sebenarnya kian difahami oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Cina.


Yang aku pelik ialah apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin menyokong Soi Lek membangkitkan isu negara Islam secara salah dan terlampau di DUN Tenang. Peliknya aku ialah, Muhyiddin sebagai orang Islam memburuk-burukkan PAS tentang konsep negara Islam. Memburukkan PAS tentang konsep negara Islam sebenar lebih bersikap menolak keadilan Islam dari diguna-pakai dalam negara. Ini sudah terlampau!


Katakanlah seluruh rakyat berbilang kaum, mahu konsep negara Islam dipraktikkan kepada hanya orang-orang Islam, mengikut apa yang diterangkan oleh PAS yang ada kini, terlaksana atau dilaksanakan, apakah Muhyiddin akan menghalang dan berkata dia tidak mahu? Biar betul?


Memang rakyat keturunan Cina tidak bersetuju dan tidak menerima akan konsep negara Islam kerana mereka memahami seperti apa yang UMNO tanamkan dalam minda mereka iatu negara Islam itu, jagaaa...PAS akan ubah perlembagaan Malaysia, setiap hari potong tangan kalau mencuri, setiap hari orang direjam dengan batu atau disebat sampai mati, orang bukan Islam akan dipaksa anut Islam dan macam-macam lagi yang tidak betul dan berunsur fitnah semuanya.


Apa yang menjadi masalah sekarang ialah Muhyiddin dan UMNO sebenarnya membangkitkan hal-hal yang negatif dan fitnah berkaitan konsep negara Islam apabila dia dan UMNO bercakap soal itu. Sepatutnya Muhyiddin tidak memburukkan konsep negara Islam itu kerana dia beragama Islam. Jika tak mahu melaksanakan konsep Islam, lebih baik jangan mengulas atau memburukkannya kerana Muhyiddin akan lebih memalukan daripada Soi Lek yang bukan Islam itu!


Sebenarnya Muhyiddin sebagai pemimpin beragama Islam, lebih bersikap 'menganjing' dan ’memfitnah’ usaha PAS berkaitan konsep negara Islam daripada berusaha memberi kefahaman kepada pengundi Cina di DUN Tenang dan kepada seluruh rakyat.


Kepimpinan PAS telah menerangkan berkali-kali bahawa PAS akan bersama PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat berjuang dalam kontek dan konsep Perlembagaan negara yang ada kini. Yang penting bagi PAS bukan slogan tetapi pengisian sebuah negara berasas Islam. PAS menjunjung kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan kebebasan mengamalkan agama masing-masing kepada kaum bukan Islam dari pelbagai kaum.


Bagi PAS, pengisian yang paling penting dalam menegakkan konsep negara Islam kini ialah perlaksanaan dalam kontek Perlembagaan yang ada bagi memperkasakan Islam sebagai agama rasmi negara dengan kebebasan beragama di kalangan rakyat berbilang kaum, menegakkan keadilan untuk semua rakyat berbilang kaum, mengembalikan integriti dalam semua bidang, mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan yang paling utama membela dan memelihara Institusi Raja-raja Melayu.


Sikap membangkitkan sering membangkitkan isu negara Islam secara salah ini akan memberi banyak keuntungan kepada PAS dalam jangka panjang, dan sebenar akan terus mempromosi serta mendekatkan orang-orang Cina dan kaum lain untuk membincang dan memahami apa itu konsep negara Islam yang sebenar dari PAS. Contoh kejayaan PAS dalam menerangkan konsep negara Islam ialah dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS.


Orang-orang Cina di Malaysia kini bukannya bodoh kerana mereka mempunyai ramai golongan terpelajar dan bukan penakut seperti orang-orang UMNO untuk mendengar, berbincang dan memahami mengenai konsep negara Islam yang PAS maksudkan. YB Karpal sendiri telah mahu membincangkan segera isu negara Islam dengan PAS yang semua orang tahu apakah sikap Karpal terhadap isu negara Islam selama ini. Dan senario ini akan terus memberi peluang kepada PAS menerangkan apakah konsep negara Islam yang mereka maksudkan bukan seperti yang UMNO kata "hati-hati....itulah konsep negara Islam PAS!"


Semoga Muhyiddin tidak terlalu menggelabah untuk mengekalkan kemenangan di DUN Tenang kerana isu negara Islam bukan lagi isu yang menakutkan pengundi Cina di mana-mana di negara ini.


No comments: