Followers

Sunday, January 30, 2011

Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.

"Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," kata Abdul Hadi.

Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan.

Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan.

"Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini.

"PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil," katanya.

Katanya, dunia khususnya OIC dan PBB didesak supaya memberikan tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak dan kerajaannya yang telah melanggar hak asasi manusia apabila telah menyebabkan kecederaan kepada lebih seribu rakyat Mesir yang berhimpun dan juga lapan daripadanya yang terkorban.

"Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir," katanya.

Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini.

[ Gesaan dan nasihat yang wajar dari Presiden PAS kepada kerajaan UMNO/BN. Soalnya apakah kerajaan UMNO/BN yang penuh dengan najis rasuah, penyelewengan, dan hilang wibawa dan integriti ini akan mudah mendengar nasihat?

Biasanya orang yang selalu sangat makan benda-benda haram akan menjadi gelap hati untuk menyedari dan menginsafi kezaliman, kekotoran, dan ketidakadilan yang dilakukan.

UMNO/BN sentiasa merasakan dia mampu 'merasuah' rakyat Malaysia kerana dia dengan egonya tidak pernah mahu fikir bahawa akan sampai masanya nanti dia tidak mampu lagi berbuat demikian. Waktu itu rakyat yang lapar akan bangun mengerjakan UMNO/BN seperti mana di Tunisia dan Mesir.

UMNO/BN lupa, bahawa kuasa yang dia ada sekarang semuanya pinjaman dari Allah. Apakah tidak akan sampai masanya Allah akan tarik apa yang dipinjamkan kepada UMNO/BN? Sampai bila UMNO/BN mahu kawal SPR dan media? ]

No comments: