Followers

Sunday, January 23, 2011

Mak oi...RM888 billion mengalir keluar ? Hantu mana punya kerja ni?

Mak oi…..RM888 billion (betul ke ni?) wang mengalir keluar negara secara haram sepanjang tahun 2000 dan 2008! Mak oi…banyaknye!! Haramjadah mana punya kerja ni?

Menurut laporan Global Financial Integrity (GFI), aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Mak oi….Guan Eng kira, jika jumlah RM 888 Billion diberikan kepada 27 juta rakyat Malaysia, setiap orang akan mendapat RM33 ribu!!! Ruginya aku! Ruginya kita! Haramjadah mana jadi toyol ni?

Macam mana begitu banyak dan begitu mudah Ringgit Malaysia itu mengalir keluar, secara haram pulak tu? Gabenor Bank Negara yang di katakan antara yang terbaik di dunia dan sering menerima anugerah kepujian itu dan ini, boleh terlepas pandang aliran keluar wang haram yang bukan seribu dua, woi RM888 billion kata Lim Guan Eng!? Bukan ayam serama yang terlepas keluar tapi GAJAH ! Tak kan tak nampak...GAJAH!! RM888 billion woi!

Semua pakar dan cendiakiawan yang dulu bersetuju dengan Najib, konon pelan 100 hari Pakatan Rakyat boleh bankrapkan negara, ini RM 888 BILLION ni macam mana? Mana prof dan para cerdikpandai mengampu, tolong ulas sedikit?

Aku yakin, RM888 billion yang mengalir keluar itu tak akan hanya bangkrapkan negara tetapi boleh MEMAMPOSKAN terus negara, jika tidak ditukar pemerintahan UMNO/BN sekarang! Betullah kata Idris Jala, negara ini akan bankrap tak lama lagi. Tapi nampaknya bankrap bukan kerana subsidi untuk rakyat tapi kerana bocor, banyak bocor! Bocor sana bocor sini kekantung hantu-hantu jerangkung!

1 comment:

Anonymous said...

Dris Jala pun dah jadi hantu sama2 dgn R.Mansor .Apakah generasi baru nak selamat negara kita akhir.Bangunlah wahai yang berumur 21 - 39 tahun ke atas bantulah 40 - 50 tahun kerana mereka kebanyakanya pengundi PR masa ini.Tolong sebarkan perkara diatas.Selamatkan negara dlm kesusahan akan datang.