Followers

Saturday, January 29, 2011

Interlok: UMNO-lah yang mengajar segala-galanya

Dalam susah payah PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat mengajar rakyat berbilang kaum konsep 1Malaysia yang sebenar-benarnya, UMNO sebuah parti elit Melayu bertindak sebaliknya.


Apa yang berlaku ke atas novel Interlok adalah akibat daripada UMNO (United Malay National Organisation) yang mengajar segala-galanya. Tidak ada apa yang UMNO tidak ajar daripada ilmu yang baik kepada ilmu yang tidak baik.

Bertambah kroniknya UMNO, bermula sejak dari zaman rejim Mahathir, UMNO telah mula banyak mengajar ilmu yang tidak baik demi kesinambungan hayat politik mereka. UMNO kian berpegang kepada prinsip Micheavili iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’ demim kuasa. Itulah wajah UMNO sejak dari zaman Mahathir hingga ke zaman Najib-Rosmah ini.


Jika orang menggunakan asas perkauman untuk menyentuh karya sastera seperti Interlok, UMNO tidak perlu salahkan orang lain kerana UMNO mengajar mereka begitu. Itulah amalan UMNO sebenarnya, selama ini! Dan itulah yang UMNO mahu rakan-rakan mereka MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya lakukan demi mengekalkan kuasa Barisan Nasional yang kian usang. Pendek kata UMNOlah yang mengajar pemikiran pekauman dalam minda rakyat pelbagai kaum dalam negara ini.


Jika selama ini UMNO mengajar yang baik kepada rakyat, hasil pengkisahan dalam Interlok itu tidak akan terganggu kerana itu adalah hasil karya kreatif sastera yang boleh digarap dalam pelbagai kata dan sudat pandang, serta latar dalam membicarakan kisah masyarakat dalam negara ini.


Memang betul, kalau ramai yang mengatakan apa yang berlaku kepada Interlok itu adalah satu sudut gelap (blackout) dalam karya sastera kerana apa yang berlaku itu tidak langsung bergerak sejajar dengan kemajuan pemikiran manusia maju, sebaliknya telah mundur jauh kebelakang.


Semua itu adalah kerana UMNO. Bercakap soal bangsa, demi kuasa UMNO/BN, UMNO perkaumankan. Bercakap soal Islam, demi kuasa UMNO/BN, UMNO celarukan malah ada kalanya UMNO sesatkan!


Memang UMNO mengajar segala-galanya begitu dan kini UMNO terima musibah daripada pengajaran yang diberikan! Mangsanya ialah Interlok, karya sastera Melayu bangsa UMNO sendiri!


Bila lagi UMNO mahu pinda perkataan ‘paria’ dan ‘keling’ dalam Kamus Dewan yang mana kebanyakan pelajar memiliki kamus itu ? Dan bila lagi UMNO mahu pindakan nama Tanjung Keling yang mana dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran Geografi atau Sejarah atau di mana-mana?


Aku tak mahulah kata UMNO tak ada batu, tapi ada orang kata begitu!

1 comment:

Abdullah kidnA said...

Melontar batu sembunyi tangan.