Followers

Thursday, January 27, 2011

Anak-anak muda Tenang wajar bangkit sebagai penyelamat dari perangkap 'pemandiran' minda

Dengan pelbagai masalah serta kecelaruan karekter, minda dan amanah, yang melanda para pemimpin UMNO/BN khususnya calon yang ditawarkan UMNO/BN dalam PRK Dun Tenang, anak-anak muda khususya yang bakal mengundi Dun Tenang wajar bangkit sebagai pahlawan, penyelamat bangsa dan budaya dari arus kecelaruan yang dibawa oleh parti tua itu.

Bangkit untuk menyedarkan secara sopan dan terhormat kepada mak ayah dan generasi yang lebih berusia di Dun Tenang bahawa memangkah UMNO bermakna meneruskan kecelaruan dan perkauman yang berbagai dalam kehidupan beragama, berbudaya mahupun kehidupan berbilang kaum yang turut akan melemahkan kaum Melayu itu sendiri.


Akan melemahkan kaum Melayu kerana UMNO/BN banyak membawa isu-isu yang membuang masa dari dibincangkan, didebat dan diusahakan seperti masalah pengangguran anak-anak muda, masalah kemahiran anak-anak muda, masalah ekonomi anak-anak muda, masalah sosial anak-anak muda, masalah generasi kedua peneroka FELDA dan berbagai lagi.


UMNO/BN sebenar terlalu asyik dan banyak bermain politik untuk survival kuasa tanpa memikirkan sangat masalah mereka yang sentiasa mengundi UMNO/BN dalam setiap pilihanraya.


Dalam UMNO/BN, nampaknya rakyat yang sepatutnya membela UMNO/BN bukan sebaliknya. Contoh tidak ikhlas para pemimpin UMNO/BN membela pengundi-pengundi di DUN Tenang, yang terlalu mengharap nasib mereka terbela ialah pemilihan calon mereka di PRK itu. Jika benar calon UMNO/BN ada rekod atau kes mahkamah seperti yang didedahkan dan kes itu masih sedang berjalan, apakah sudah tidak ada calon lain yang lebih dilihat baik atau dilihat beramanah untuk dicalonkan? Tak kan UMNO/BN yang mempunyai SB yang berselirat tidak tahu latar belakang calon yang mereka pilih? Mustahil! Tidakkah ini main-main namanya?


Apakah jika pengundi-pengundi Dun Tenang yang sudah tahu akan rekod calon UMNO/BN ini semasa masih ADO dulu, masih mahu memangkah calon UMNO/BN itu pada 30 haribulan nanti?


Pangkah bukan kerana calon tetapi kerana parti? Wajarkah berpendirian begitu dalam keadaan parti UMNO/BN telah memperlekehkan para pengundi mereka dengan calon yang belum selesai kes di mahkamah?


Semoga anak-anak muda Dun Tenang akan bangkit untuk menyedar dan menyelamatkan generasi tua mereka dari terus terperangkap dalam program pemandiran minda oleh UMNO/BN selama ini. Ubah sekarang walaupun hanya di Tenang!

No comments: