Followers

Monday, January 31, 2011

6699 orang masih terperangkap di Tenang!

Keputusan PRK Dun Tenang telahpun diketahui umum. Dalam keadaan tanah yang becak dan penuh berair, gelanggang pula senget sebelah, maka kita telah pun dapat mengetahui bahawa seramai 6699 orang masih terperangkap di Tenang!

Kesian mereka kerana masih terangkap dalam jerat pemandiran minda UMNO/BN yang ditiupkan oleh pemimpin UMNO/BN ke minda mereka hingga mereka gagal memilih antara tunggul kayu dan orang, antaranya:


1. UMNO adalah parti yang memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu (sedangkan terbukti di sana-sini, banyak hak-hak orang melayu tergadai semenjak UMNO berkuasa.)


2. Harga barang naik kerana masalah inflasi dunia bukan kerana kerajaan UMNO/BN membiarkannya naik (sedangkan kerajaan UMNO/BN lemah, tidak ikhlas dan tidak kreatif dalam mengawal kenaikan harga barang-tiada pelan/mekanisma kawalan harga barang)


3. Subsidi untuk rakyat ditarik balik untuk menanam sikap patriotic di kalangan rakyat dan untuk menyelamatkan negara dari bankrap. (Sedangkan subsidi berbillion untuk cukong dan kroni terus ditanggung kerajaan UMNO, tidak akan membangkrapkan negara kerana itu semua untuk mengisi tembolok para pemimpin UMNO yang berkuasa dan ke sana kemari konon menarik pelabur)


4. Harga minyak naik, rakyat mesti bersyukur dan terima hakikat kerana harga minyak di Singapura dan Thailand lagi mahal dari harga di Malaysia!(Sedangkan Singapura dan Thailand bukan pengeluar minyak seperti Malaysia).


5. Harga sayur naik maka semua rakyat hendaklah tanam sayur. Kalau harga kangkung naik, rakyat tanam kangkung. Kalau harga sawi naik, semua rakyat kena tanam sawi…rakyat jangan jangan terpengaruh dengan hasutan PAS (Rakyat sering disuap alasan dan kenyataan yang bodoh oleh menteri yang main-main lagi bodoh )


6. Barang-barang makan mahal, semua rakyat mesti kurangkan makan. Lagipun kurang makan bagus untuk kesihatan. Biarlah lapar sedikit! (Sedangkan para pemimpin UMNO/BN terutama isteri Perdana Menteri dan menteri sahaja yang makan sedap-sedap di hotel-hotel dan berjalan ke sana ke mari…ke luar negara lagi?. Itu pun PM dan isteri bukan guna duit sendiri, tujuan untuk berjimat duit sendiri! Hanya guna peruntukan kerajaan yang termaktub sahaja...tak apa dibolehkan!)


7. Harga gula naik, kurangkan makan gula untuk mengelak kena kencing manis!(Sedangkan bukan gula sahaja penyebab kencing manis-6699 orang di Tenang angguk- ooo...takut kena kencing manis! Macam rakyat bodoh sangat jaga kesihatan sendiri, sedangkan yang ramai mati Wakil Rakyat!)


8. PTPTN untuk para pelajar adalah sama dengan biasiswa. Cuma dulu dipanggil biasiswa, sekarang PTPTN. (Alahai anak muda Melayu jangan jadi manja...berhutang sikit merungut...! Para pemimpin UMNO dulu dapat biasiswa kerana mak ayah memang benar-benar susah, tak ada sawit!!! Anak-anak muda sekarang mak ayah semua kaya-kaya belaka sebab harga getah dan sawit naik!)


9. Bangsa Melayu semakin maju dalam segala bidang kerana UMNO ( termasuk bidang melahirkan anak-anak tidak berbapa, merempit dan menghisap dadah)


10.Ramai orang-orang Melayu semakin kaya kerana jasa-jasa UMNO. Rakyat harus bangga dengan pencapaian ini.(Sedangkan yang sebenarnya kaya raya hanya golongan cukong dan UMNOPUTRA yang sombong dengan rakyat sambil memandu motor besar dan kereta mewah cermin gelap!)


Program pemandiran rakyat (menjadikan rakyat pak pandir) ini akan terus didendangkan. Maka selagi ada rakyat yang berkata "walaupun botol menjadi calon UMNO, aku akan tetap pangkah UMNO!" selagi itulah Melayu akan terus mundur dalam penguasaan ekonomi negara sebaliknya akan menjadi 'ayam daging'!

1 comment:

Anonymous said...

sudah kalah banyak bunyi plak.. cuba menang. wahh rakyat Tenang merupakan rakyat yg terbijak di malasysia. semua isu yang dikeluarkan ikut sedap mulut. hangpa ekonomi belajar takat mane? ada check harga minyak hari2, mungkin parti itu salah tapi masih releven. daripada mahu memilih parti yg ikut ckp ROKET buat apa, Banyak sangat ke duit UMNO/BN sampai nk bayarkan semua yg keluar2 parti tu. dua dua pihak pun sama je. cuma yang masih releven hendak di undi sekarang BN. Kalau PAS bergerak sendiri macam dulu mungkin boleh menang, tapi dengan bergabung, tempias2 2 parti lagi tu pun turut dirasa PAs.. Penulis Blog ni tulis mcm xguna otak.. Belajar takat maner tu xthu lagi.. Menulis macam tahu semua.. Fakta atau awta bukan kita tahu.. lain kali nk tulis biar letak dgn fakta sekali..