Followers

Saturday, January 01, 2011

Isu Nie Ching tidak besar, isu hab hiburan malam dan menteri didakwa merogol lagi besar!

Sekali lagi diingatkan kepada media dan pencacai UMNO, daripada kamu semua 'geramkan' pakaian sendat senamrobik Teo Nie Ching lebih baik kamu semua riuh dan dedahkan masalah yang lebih besar dari itu. Dakwaan ada menteri senior kerajaan Najib Rosmah merogol amah Indonesia lebih perlu didedahkan.

Dakwaan ini perlu digesa oleh media untuk disiasat secara telus bukan didiamkan. Dakwaan menteri merogol ini adalah terlalu serius kerana ia melibatkan masalah hubungan antara dua negara dan maruah Malaysia yang telah banyak tercalar di sana-sini kerana ketidak-cekapan dan tidak berintegritinya kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib-Rosmah.

Jika Anwar Ibrahim dituduh meliwat, maka terus disiasat dan Anwar didakwa di mahkamah, bagaimana pula dengan menteri yang di tuduh merogol itu? Tidak adakah cadangan untuk menyiasat dan jika benar, dakwa menteri itu segera!

Janganlah pasukan penyiasatan dan pendakwaan di Malaysia lebih teruk daripada di Israel. Sekurang-kurangnya rejim zionis Israel menyiasat menterinya yang merogol kemudian mendakwa dan akhirnya didapati bersalah dan memenjara. Apakah pendakwaan di Malaysia lebih teruk daripada di Israel? Inilah sepatutnya yang media dan pencacai UMNO perlu bisingkan bukan soal Teo Nie Ching yang bukan isu langsung itu.

Perkara lain yang perlu media dan pencacai UMNO bisingkan kepada PM kamu ialah pelaksanaan program Transfomasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia hab hiburan malam. Kesan program ini lebih besar buruknya dari apa yang Nie Ching lakukan dalam keadaan dia tidak ada ilmu tentang etika pakaian Islam.

PM Najib dan regunya Rosmah begitu ghairah kejarkan RM1.8 bilion dari industri hab hiburan demi ekonomi (ekonomi untuk siapa?) tanpa memikirkan kesan moral idea mereka itu kepada kesejahteraan rakyat.

Dijangkakan idea Najib-Rosmah itu akan mewujudkan beberapa zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Kelang, Genting Hinglands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Tidakkah pencacai UMNO fikirkan kesan buruk dari perancangan gila ini akan menyuburkan penyeludupan warga asing terutama kaum wanita sebagai pekerja sosial (pelacur) mahu pun dalam kalangan anak-anak remaja tempatan terutama anak-anak Melayu bagi memenuhi keperluan industri tersebut? Apakah kesannya kepada pegangan agama Islam anak-anak Melayu jika mereka saba hari hanyut mencari makan dalam industri hiburan malam itu? Ini lebih bahaya dari pada pakaian Nie Ching !

Kajian menunjukkan gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain adalah berpunca daripada hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Oleh yang demikian kewujudan hab hiburan malam dan kes menteri didakwa merogol (merogol!), sebenarnya lebih isu dari pada isu pakaian Nie Ching!


Friday, December 31, 2010

Tak perlu perbesarkan masalah pakaian Nie Ching di perkarangan masjid.

Sekali lagi Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menjadi isu hangat yang begitu heboh di media perdana. Pakaian senamrobik Nie Ching menjadi teguran kerana ia berlaku katanya di perkarangan masjid. Berahi sungguh puak-puak UMNO/BN meng-isu-kan Nie Ching. Nakhaie Ahmad bising, Pak Lah pun turut sama bising di samping begitu ramai puak-puak gerombolang memberi ulasan, komentar yang 'warak-warak' belaka dan di suarakan riuh rendah di muka dan corong media.

Aku bukan mahu menyokong pakaian Nie Ching sewaktu bersenamrobik di pekarangan masjid itu, tapi aku tidak pelik Nie Ching berpakaian ketat begitu kerana Nie Ching bukan Islam. Mungkin dia tidak tahu bagaimana pakaian yang dikatakan menutup aurat menurut Islam. Mungkin NIe Ching menyangkakan menutup aurat hanyalah tidak menampakkan kulit anggota badan yang tertentu, pakai ketat tidak!

Tidak marah aku kalau Nie Ching berfahaman begitu kerana itulah kefahaman yang diperolehi oleh Nie Ching dari kebanyakan fenomena pakaian gadis-gadis yang dikatakan Islam di Malaysia ini. Kalau tak percaya, duduklah sekerat hari di pusat-pusat membelih-belah, maka akan terlihat pakaian ketat-ketat malah kalau 'bernasib baik' banyaklah kelihatan tersembul pusat-pusat dalam kalangan pakaian gadis-gadis Melayu Islam !

Tidak terkejut juga aku kerana mungkin inilah padanya Nie Ching belajar mengenai pakaian Islam dari Festival Fesyen Islam dari idea 'canggih lagi islamik' dan dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia ! Mungkin !

Mungkin ada orang berkata, "ah...apalah gadis-gadis Melayu dan Festival Fesyen Islam itu bukan berpakaian begitu di di perkarangan Masjid! Jangan alih isu!"

Woi...ini bukan alih isu!

Inilah masalahnya dengan pemahaman Islam para pemimpin UMNO. Bagi mereka Islam hanya di tempat-tempat tertentu sahaja, Islam bukan satu cara hidup. Dalam pemahaman Islam para pemimpin UMNO, Islam hanya di masjid, Islam hanya di waktu majlis tahlil dan baca yasin. Islam hanya di malam nisfu. Islam hanya di waktu berarak maulid. Islam hanya di bulan puasa. Islam hanya waktu hari asyura. Dan Islam hanya di waktu hendak mati dan dah waktu mati!

Hanya itukah Islam?

Pada aku, kalau di masjid tidak boleh berpakaian tidak syarie, begitu juga di tempat lain, malah lebih penting lagi di kyalayak ramai yang kita tidak tahu berbagai jenis orang, baik atau orang jahat seperti di pusat-pusat membeli-belah, panggung wayang, kaki lima bandar, perhentian bas dan lain-lain. Sepatutnya jika para pemimpin UMNO begitu sensitif dengan pakaian menutup aurat (tidak terdedah dan tidak ketat), arahkan dulu isteri-isteri Menteri Melayu terutama isteri Perdana menteri dan isteri Rais Yatim serta para pemimpin UMNO yang lain menutup aurat terutama bertudung dan jangan berpakaian sendat. Hapuskan pakaian sendat dan tudung bahu di kalangan kamu juga! Para ustaz UMNO bisingkan hal ini dahulu.

Kembali kepada isu Nie Ching. Nie Ching bukan orang Islam. Maka sudah pasti banyak ilmu Islam yang Nie Ching tidak tahu. Sepatutnya isu pakaian Nie Ching ini perlu dijadikan satu kesempatan untuk kerja-kerja dakwah yang berhikmah kepada Nie Ching bukan menghebuhkannya dengan menjadikan isu besar (isu politik murahan!) seolah-olah buruk benar Islam terhadap bukan Islam terutama Nie Ching yang pastinya banyak tidak tahu tentang Islam.

Bagi aku sikap Nie Ching yang mahu mendekati masjid adalah satu rahmat. Kenapa sekali lagi mesti dijauhkan Nie Ching dari rumah Allah? Bagaimana nanti kalau Nie Ching dan orang-orang bukan Islam bersikap tidak mahu lagi mendekati masjid kerana menganggap Islam tidak sukakan dia dan mereka ke masjid? Alangkah ruginya Islam kerana Nie Ching semakin jauh dari mengenali Islam sebagai agama Allah.

Apa yang sepatutnya berlaku dalam isu Nie Ching ini ialah mendekati Nie Ching dengan memberitahu ilmu pakaian Islam kepadanya dengan baik. Uslub dakwah dengan berhikmah adalah jalan terbaik buat orang seperti Nie Ching yang begitu berminat mendekati masjid. Bukan menghukum nazir masjid malah sebaliknya mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendekatkan Nie Ching dengan rumah Allah. Jauh sekali dari menjadikan isu Nie Ching ini sebagai isu politik murahan.

MAIS, Pak Lah dan para pemimpin UMNO sepatutnya tidak perlu bimbang dengan isu pakaian Nie Ching di perkarangan masjid hanya bagitahu Nie Ching secara baik, sebaliknya bimbanglah dengan pakaian isteri-isteri para pemimpin UMNO, ilmu sesat dari penganjuran festival fesyen Islam, anak-anak gadis Islam yang berpakaian begitu berleluasa menjolok mata di desa dan kota sehingga meningkatkan kes zina dan rogol serta bimbanglah akan ketidak-adilan , pengkhianatan dan kejahatan yang berlaku dalam isu perlantikan SUK Selangor.


Thursday, December 30, 2010

Najib campak 'ular raksaksa'di Selangor.

Perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor semakin menjadi isu hangat di Selangor. Khusrin seorang yang berperangai khaddam kepada parti pemerintah pusat di Putrajaya iaitu UMNO telah dilantik dalam keadaan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat tidak diberitahu langsung akan perlantikan itu.

Walaupun MB Selangor pilihan rakyat, yang menang dalam pilihanraya umum yang lalu yang dikendalikan oleh SPR, mempunyai pilihan lain, tetapi siapa pedulikan MB pilihan rakyat Selangor itu. MB Selangor itu 'berkelana' sekarang dalam usaha menyelesaikan konflik perlantikan Kushrin yang tidak layak itu.

Mahu mengadu kepada Kerajaan Persekutuan yang dinasihat PMnya oleh APCO, kalau itulah Kerajaan Persekutuan rasanya menangis airmata darah sekalipun MB Selangor tidak akan dilayan.

Mahu mengadu kepada KSN, nampaknya KSN juga telah menjadi balaci yang berkelapa dua. KSN sering menyeru kakitangan awam agar berintegriti dan beramanah tapi kali ini KSN itu tiba-tiba menjadi KSN taik kucing! Nampaknya KSN perkhidmatan awam Malaysia telah dijangkiti pennyakit yang dihidapi oleh Speaker pandir Dewan Rakyat.

Menteri Besar Selangor mahu mengadu kepada siapa lagi? Siapa yang pedulikan MB pilihan rakyat yang menang dalam pilihanyara demokrasi yang UMNO sendiri akui yang terbaik dikendalikan oleh SPR. Rakyat Selangor dihina macam paria. Pilihan majoriti rakyat Selangor hanya layak menjadi alas punggung mereka yang berkuasa di Putrajaya dan dikayangan, agaknya?

Dengan terjongolnya Kusrin di pejabat SUK Selangor nanti jelas menunjukkan, Najib Rosmah kian 'mengganas' di Selangor. Najib telah mencampakkan 'ular raksasa' untuk membelit dan seterusnya menjatuhkan dan 'membunuh' kerajaan pilihan rakyat Selangor.

Mahu mengadu kepada siapa lagi MB dan rakyat Selangor ? Nampaknya semakin hampir 1 Januari, tiada siapa lagi yang boleh diharap untuk membatalkan perlantikan Khusrin. Sedih...kini bukan pilihan rakyat yang dibela tetapi pilihan pengkhianat rakyat!

Ya...mengadulah kepada Allah SWT, serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi Pertolongan. Marilah kita bersolat hajat di seluruh Selangor, sambil terus memberi sokongan padu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yang dikasihi.

Wednesday, December 29, 2010

Sesungguhnya UMNO memang jahat !

PAS gesa Umno hentikan 'perdaya' Raja Melayu

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Umno hendaklah menghentikan serta-merta tindakannya memperdayakan Raja-Raja Melayu bagi kepentingan kuasanya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Umno kini dilaporkan begitu bernafsu menghasut Raja-Raja Melayu kononnya kuasa Raja-Raja terancam setelah mereka merasa berjaya menipu rakyat termasuk sebahagian ahli politik kononnya kuasa dan kepentingan Melayu akan terancam tanpa parti perasuah itu.

"Kita sentiasa mendapat laporan dari sumber dalaman yang tidak senang dengan tindak-tanduk Umno cuba memperdayakan Raja-Raja Melayu itu. Tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan oleh Umno itu," katanya.

Malah, katanya lagi, semakin ramai orang-orang Melayu yang berfikiran waras yang sedar bahawa yang sebenarnya terancam ialah Umno dan bukan orang-orang Melayu.

"Orang-orang Melayu tidak akan terancam selagi mereka memperjuangkan perintah Allah dan tidak membiarkan diri mereka diperdayakan oleh Umno yang terang-terangan menghina hukum Allah," tegas beliau.

Mahfuz menggesa orang-orang Melayu menyedari tabiat jahat Umno dan segera menghukum parti itu.

"Ketika mereka kuat dan mendapat kemenangan besar dalamn pilihan raya, mereka menelanjangkan Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku ketika Perlembagaan dipinda untuk mengurangkan imuniti Raja-Raja dahulu.

"Hari ini, apabila kuasa mereka terancam, parti yang busuk hingga ke usus itu menghasut dan memperdayakan Raja-Raja Melayu supaya mempertahankan kuasa mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berharap Raja-Raja Melayu tidak lupa bahawa perlembagaan negara sudah mencukupi untuk menjamin sistem raja berperlembagaan.

"Sistem yang terpakai dalam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan tidak memerlukan Umno sama sekali untuk mempertahankannya.

"Malah, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri menyatakan dalam perhimpunan Umno yang lalu bahawa hak Melayu terkunci kemas dalam perlembagaan tanpa dapat digugat lagi.

"Oleh sebab itulah, Umno yang menggelupur kerana takut kehilangan kuasa sebenarnya tidak relevan dan tidak diperlukan sama sekali," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan, pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Menurut beliau, pihaknya akan mendedahkan kepada seluruh rakyat bahawa Umno sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingannya.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk Najib malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya.

Mahfuz berkata, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut.

"Bohong sama sekali dakwaan kononnya Umno membela kepentingan Melayu. Umnolah yang memusnahkan kepentingan Melayu," katanya.

Antara kemuncak pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu, kata beliau lagi, ialah apabila kerajaan Najib kini mengambil firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide, sebagai penasihat dan pemberi petunjuk kepadanya.


[Sesungguhnya spesis kepimpinan UMNO di bawah pimpinan yang ada ini memang dari baka kejahatan. Selamanya membuat kejahatan masih tidak puas melakukan kejahatan. Menipu, memutarbelit, bermanis mulut, bermuka-muka, memperdaya, memperbodohkan orang terutama orang-orang melayu yang kurang maklumat itulah ciri-ciri peribadi pimpinan UMNO ini. Tetapi malang masih ada dari kalangan Melayu yang memandang leceh perangai jahat UMNO dan ada yang tidak menyedari hal ini malah menyokong pula kejahatan dan ketidak-adilan kepimpinan UMNO yang bermuka-muka itu. Apakah orang Melayu yang membenarkan kepimpinan UMNO melakukan kejahatan dan ketidak-adilan itu bukan orang Islam atau yang tidak yakin akan adanya dosa dan neraka sebagai balasan kejahatan? Masya Allah, tak kan kewujudan balasan Tuhan kepada perkara kejahatan tidak diyakini? Bilalah Melayu nak maju dunia dan akhirat jika kepimpinan yang konon menjaga ketuanan Melayu Islam begini berterusan. ]

Tuesday, December 28, 2010

Renungan buat chegu Bard dan Gobala dari aku di ceruk ini.

Chegu Bard dan Gobala. Dua orang pendekar Pakatan Rakyat yang sangat bernilai untuk perjuangan rakyat.

Betul mereka kata mereka menegakkan prinsip dan menuntut apa yang mereka panggil keadilan tetapi nampaknya dalam tuntutan mereka itu lebih banyak masalah berbangkit daripada menyelesaikan masalah. Mereka telah mendedah diri mereka untuk dijadikan 'tuba' oleh musuh bagi meracun Parti Keadilan Rakyat mereka sendiri, yang mana sedikit sebanyak akan mengganggu fokus yang lebih besar Pakatan Rakyat.

Jika mereka terlalu berprinsip dan menganggap PKR boleh menggoyah prinsip kudus mereka, apakah mereka akan keluar dari PKR jika desakan mereka itu jawapannya tidak memuaskan hati mereka nanti?

Jika mereka keluar PKR, ke manakah hala tuju mereka ? Masuk UMNO ? Heh!

Tubuh parti baru macam Zaid ? Lebih baik tak usah buat kerja mengarut begitu, buang masa! Di Malaysia tak ada orang pandang parti kecil begitu.

Masuk parti Zaid? Ini mungkin lebih munasabah. Sekurang-kurang boleh membantu Zaid. Tetapi seperti yang dikatakan tadi, setakat mana parti kecil begini boleh pergi untuk mereka yang berjiwa besar seperti chegu Bard dan Gobala? Parti kecil seperti parti Zaid jika tidak bersama dengan Barisan Nasional hanya akan mengulang sejarah PSRM atau PRM dulu sahaja. Jika pun bersama BN mungkin akan hanya menjadi setaraf PPP! Ada layanlah, tak ada lagi bagus!

Jadi lebih eloklah chegu Bard yang begitu dedikasi dan berbakat besar dan Gobala, berjiwa besar. Sama ada terus berjuang isu-isu besar untuk rakyat dan chegu Bard menerima perlantikan sebagai Penolong SUA PKR yang banyak boleh dilakukannya untuk PKR dalam pemilihan akan datang atau tanpa banyak celoteh dan senyap-senyap ambil keputusan keluar parti memohon masuk DAP atau PAS! Itu lebih baik kalau masih tidak puas hati dengan PKR. Lantaklah PKR itu ! Setiausaha Agung PKR sendiri pun senyap-senyap tinggalkan PAS untuk PKR!!

Chegu Bard adalah seorang pemimpin muda yang baik dan berguna untuk Pakatan Rakyat. Begitu juga Gobala. Rugi jika PR kehilangan tenaga dan semangat perjuangan mereka. Jika tidak berpuashati dengan PKR bersegeralah memohon untuk bersama DAP atau PAS. Rasanya tidak ada masalah.

Tapi chegu Bard dan Gobala perlu juga menerima hakikat bahawa DAP dan PAS malah mana-mana parti politikpun ada ragam dan kaedah penyelesaian masalahnya sendiri agar apabila menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Mungkin inilah agaknya yang cuba dilakukan oleh PKR, sebab itulah SUA PKR kata sabar jangan buat bukan-bukan!

Namun keputusan terakhir sama ada ke kiri atau ke kanan tetap pada chegu Bard dan Gobala. Tapi janganlah menjadi duri dalam daging walaupun apa alasan dan prinsip anda. Sesungguhnya Pakatan Rakyat yang anda berdua antara orang kuatnya mempunyai visi dan misi politik untuk membela generasi muda dan rakyat keseluruhannya dalam PRU ke 13 nanti.

Kus Semangat...Kushrin dilantik jadi SUK Selangor?

Kerja pelik tapi tidak mustahil di negara 'bolehland' ini, telah nampaknya macam hendak berlaku di negeri Selangor. Kushrin dengar ceritanya dilantik menjadi SUK Selangor?

Bukan masalah perlantikan yang bernama Kushrin sebagai SUK itu yang pelik. Tapi Kushrin yang itu tu, yang dilantik, itulah yang pelik! Tanpa memaklumkan kepada MB Selangor pulak tu. Kus semangat.....!

Macam-macam dan memang macam-macam. Walaupun sudah hampir sangat dengan pilihanraya, namun semacam ada usaha terus-terusan mahu merobohkan kerajaan PR Selangor diteruskan sebagaimana berlaku kepada kerajaan PR di Perak.

Logiknya nak lantik SUK mintalah dulu pandangan MB negeri tersebut yang mentadbir negeri tapi oleh kerana MB negeri tersebut MB PR maka tak payahlah tanya MB. Boleh begitu pulak ?

Inilah undang-undang cara mak bapak dia ia itu wujudkan pertembungan demi pertembungan dalam organisasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Biarlah kusrin yang kusam itu kucar-lanakan pentadbiran negeri itu dan kerja 'khianat' kepada matlamat kerajaan PR membela rakyat marhaen dapat disemarakkan di negeri itu demi nafsu dan kuasa gerombolan.

Kalau begitu seluruh rakyat di seluruh negara wajib 'ubah sekarang' kepada Pakatan Rakyat demi tertegaknya ihsan, kesaksamaan, keadilan, integriti, maruah dan amanah dalam pentadbiran negara.

Monday, December 27, 2010

Peneroka wajib bertanya layahkah Tan Sri Isa menjadi Pengerusi FELDA ?

Tan Sri Isa Samad Adun Bagan Pinang yang juga bekas MB Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Pengerusi FELDA mengganti Tan Sri Yusof Nor. Aku tertanya-tanya kenapa Isa Samad yang dilantik? Tidak ada orang lainkah yang lebih layak dari Isa Samad untuk menjadi Pengerusi FELDA?

Bagi aku Isa Samad lebih dari 100% tidak layak untuk menduduki kerusi Pengerusi FELDA. Beliau telah hilang integriti untuk memegang jawatan sepenting itu disaat-saat FELDA sedang menghadapi masalah dengan peneroka.

Seluruh peneroka FELDA yang ada maruah, harga diri dan nilai-nilai integriti yang tinggi harus bertanya selantangnya, apakah layak orang yang pernah dihukum bersalah walaupun hanya oleh partinya sendiri atas kes rasuah politik, boleh menjadi begitu amanah untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi FELDA?

Walaupun Isa Samad hanya dihukum partinya kerana rasuah politik wang , perkara yang dilakukan itu tetap rasuah. Rasuah tetap rasuah!

Dalam senario begini, apakah melampau jika seluruh rakyat dan peneroka bertanya, apakah kucing yang memang suka makan ikan boleh diharap untuk menjaga ikan-ikan dengan selamat. Tentu tidak salah dan tentu tidak melampau!

Oleh yang demikian, Tan Sri Isa Samad memang tidak layak dari segi akauntabiliti dan integriti untuk menjadi Pengerusi FELDA melainkan perlantikannya itu adalah untuk kepentingan kuasa UMNO/BN semata-mata. Sudah dapat dijangka perlantikan Isa Samad adalah lanjutan kepada program untuk mellebong terus-terusan para peneroka FELDA. Isa Samad seorang yang petah bercakap dan berpidato untuk masyarakat luar bandar, akan menggunakan segala kemahiran itu untuk mellebong peneroka hidup-hidup! Tak percaya, tengok !!

Dalam keadaan sekarang FELDA memerlukan seorang Pengerusi yang pandai mellebong tidak seperti Yusuf Nor yang hanya pandai bergaya namun kelu dan kaku !! Isunya layakkah Isa Samad ?

Ahh...UMNO bukan kira itu semua.....!!!

Sunday, December 26, 2010

APA ?? ADA MENTERI MEROGOL ?

LAAA.....heboh pulak dah ada menteri merogol. Merogol amah? Amah Indon, Bangla? Yang pasti ini bukan amoi sebab amah! Biar betol !!

Menteri mana agaknya ? Chu ? Heh...mana ada Chu....Tak ada Chuu. Dah, sapa?

Dulu aku ada dengar tapi bukan rogol cuma jamah......hehe.... Itu bukan menterilah yang jamah tu.....yang tak dapat jadi menteri semula! Ini rogol ni, jangan main-main !!

Macam-macam hal dalam kabinet UMNO/BN ni . Puas menuduh orang, akhirnya tertuduh diri sendiri!

Kalau tak betol...okaylah. Tapi kalau betol, tak ada ke Ketua Polis Negara nak angkat tilam lagi? Apakah akan timbul kembali hakim gula hacks yang tak relevan itu? Atau khabar ini akan ditiup angin lalu oleh media-media balaci !

"Aaah...khabar angin itu adalah perkara kecil yang tak perlu difikirkan oleh rakyat, kita ada kerja yang lebih penting !".

Macam biasa dengar je ayat tu !!

Walau apapun aku ingin tegaskan bahawa, kalau kesnya hanya melarang penggunaan logo 1Malaysia di Selangor dikatakan melanggar peruntukan perlembagaan Malaysia (itupun entah ya entah tidak melanggar undang-undang), ini merogol , rogol amah pulak tu, lebih dahsyat tarafnya dalam melanggar undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Amacam ?

Cukuplah kepada yang bengong dan sasau itu...cukup!

UMNO/BN yang memerintah sekarang memang bengong dan mungkin jugak sasau! Kalau boleh diibarat guru, UMNO/BN ini bagaikan "buat apa yang cikgu suruh tapi jangan buat apa yang cikgu buat" atau bagai "ketam mengajar anaknya berjalan betul" tapi dia sendiri berjalan herot!

Kalau UMNO/BN ajar banyak "ilmu" kepada 'anak muridnya,' rupa-rupanya ilmu yang dia ajar itu, anak muridnya tak boleh amal, dia sahaja yang boleh. Kalau 'anak murid' amal maka terjadilah 'anak murid' itu "tidak patriotik", "melanggar peruntukan perlembagaan, "menderhaka", "menghina" dan bagai-bagai istilah lagi yang UMNO/BN cipta.

Dalam kes kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak iktiraf logo 1Malaysia di Selangor, (arahan tak iktiraf logo 1Malaysia di Selangor telah ditangguh sementara) riuh satu dunia sampailah ke APCO. Macam-macam kecaman kepada kerajaan PR Selangor, paling hebat dan grand, apabila ada seorang anak Yatim kata melanggar peruntukan perembagaan negara! Fuh!!!

Amboi....amboi...bilalah kerajaan UMNO/BN agaknya, tak langgar peruntukan perlembagaan? Di Pejabat Ghani Pak Tail - langgar, terutama dalam kes liwat 2! Di persidangan Parlimen - langgar! Royalti minyak Trengganu dan Kelantan, langgar, dijadikan wang ihsan! Biasiswa jadi PTPTN, langgar jugak. Kalau nak di senarai bersepah-hawah. Bilanya UMNO/BN tak langgar?

Itulah cara Tok Guru UMNO/BN ini ajar. Dia boleh buat, anak murid tak boleh ! Ini kaedah ajaran sesat! Tok guru boleh, kamu tak boleh!!!

Di Kedah apabila Kerajaan Pakatan Rakyat menang, adakah munasabah Kerajaan pusat UMNO/BN tak benarkan gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan, digantung di sekolah-sekolah KPM? Sepatutnya tak kiralah dari parti mana pun gambar Menteri Besar, ketua pentadbiran negeri mestilah boleh dikenali oleh para pelajar. Tapi bagi UMNO tidak, orang boleh kenal pemimpin UMNO sahaja, pemimpin lain kalau memerintah tak boleh. Habis Malaysia ini hak mak bapak hang seorang kah? Ha...kasaq dah tu!! Tapi kerajaan PR Kedah begitu gentleman senyap sahaja, tidak pula menjadi sasau sebagaimana UMNO di Selangor.

UMNO ni memang mudah sasau apabila terkena kepada dia. Sebab itu yang asyik dok ikut UMNO, dah..dah lah, nanti hangpa sama jadi sasau macam UMNO.

Masa UMNO/BN perintah Selangor, Trengganu dan Pulau Pinang, dia bukan main lagi guna bangunan kerajaan seperti balairaya sebagai tempat mesyuarat UMNO. Orang bising atau orang tak bising UMNO steady saja guna. Itulah UMNO. Apabila mereka kalah di Selangor, Pulau Pinang dan Trengganu (dulu sekejap), kerajaan Pakatan Rakyat tidak benar gunakan balairaya sebagai markas dan tempat mesyuarat UMNO, waduh UMNO melaung konon kerajaan PR menghalang kebebasan rakyat dari menggunakan kemudahan yang disediakan untuk rakyat..maka kerajaan PR zalim! Amboi...kena kat hang...zalim!!!!

Dulu ada lagi satu kes...tersalah sahaja, tak sengajapun, orang tak perasanpun kecuali UMNO yang sasau, lambang Petronas berwarna putih disebelah dalam, hijau disebelah luar, UMNO sasau macam orang gila! Sanggup membazirkan wang rakyat untuk hanya menukar warna putih letak sebelah luar, warna hijau sebelah dalam. Apa punya kelapa hotak tak tahulah UMNO ni!! Pun begitu sampai sekarang akibat dari itu, rakyat nampak lambang Petronas itu macam lambang PAS juga. Jangan, nanti UMNO akan sasau lagi!

Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu di luar bandar dan Felda cukuplah kita memberi sokongan kepada UMNO/BN dalam PRU ke13 nanti yang akan 'bermula' dengan DUN Tenang, kita sudah banyak diperalatkan dalam manis mereka. Kita sudah banyak diperbodohkan dalam sopannya kita kepada mereka. Kita bakal menjadi sasau selagi kita terus berguru dengan UMNO/BN yang semakin sasau dan bengong itu! Cukuplah untuk UMNO/BN...Cukup!