Followers

Saturday, December 25, 2010

Program insentif 'mellebong' peneroka diteruskan ?

Program 'mellebong' dan 'meng-ayamdaging-kan' peneroka felda diteruskan konon bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda. Waduh...waduh !!

Baru sehari dua ini lah nak hargai, kalau tidak peneroka kena tipu memanjang! Kes-kes mahkamah terhadap felda membuktikannya. Dan banyak lagi kes-kes saman kepada felda yang akan membuktikannya.

Pakatan Rakyat nak hargai jasa guru-guru jika memerintah, riuh senegara hingga ulasan-ulasan bodohpun timbul! Bangkraplah...takut penjawat awam lain marahlah..macam-macam. Yang jelas rakyat marah kerana membazir dan boleh membangkrapkan iaitu pembinaan Menara Warisan dan subsidi kepada IPP kepunyaan tokeh-tokeh kaya, dan perlindungan kepada Razali Ismail di SYABAS, tidak pula mahu dibatalkan

Bonus insentif RM100.9 juta pasti diberikan untuk mententeramkan 'kekecuhan' para peneroka yang kian nampak penipuan, penindasan dan manipulasi felda terhadap mereka. Dengan program ini diharap kesilapan menipu gred sawit atau apa-apa yang peneroka terasa hati agak dapat dilupakan oleh peneroka menjelang PRK di Tenang. Sekurang-kurangnya bonus insentif RM100.9 juta dapat diterima oleh peneroka sebagai alat pemujuk untuk ganti rugi dari keterlanjuran felda yang lampau. Maka akan sejuklah hati peneroka, hasratnya mungkin itu dan begitulah !!!

Soalnya dengan insentif itu, mampukah peneroka felda dillebong dalam saat-saat semakin ramai peneroka tahu, faham dan sedar bahawa mereka sering ditindas felda?

Peneroka dapat RM100.9 juta berbahagi sesama sendiri seramai 94,281 orang, tapi ada orang yang 'bertuah' mungkin dapat untuk seorang diri atau paling-paling untuk sekeluarga atau berbahagi dengan beberapa orang kawan, RM111 juta atau RM500 juta. Agaknyalah !

Semoga peneroka felda tidak tertipu dengan insentif itu tapi apa yang diberi itu..SAPU!!!

Friday, December 24, 2010

Nazri Aziz 'meyakinkan' rakyat tuduhan Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah betul !

Apabila Nazri Aziz berkata, surat APCO menafikan keterlibatannya dengan 1 Israel sudah cukup membuktikan Anwar penipu, maka itulah antara perkara yang paling malang mengenai sikap para pemimpin Malaysia terutama dari puak-puak yang konon menjaga 'Ketuanan Melayu" ini. Saksi dari kuncu regim haram Zionis Israel lebih SAH dari saksi dalam kalangan rakyat sendiri yang berada di bawah apa yang didakwa kerajaan 'Ketuanan Melayu' .

Nazri Aziz terus merosakkan reputasi kerajaan pimpinan UMNO/BN dan merosakkan reputasi dirinya sendiri sebagai seorang Menteri yang menjaga undang-undang dan parlimen yang beragama Islam. Baru-baru ini dengan celuparnya, mulut busuk beliau 'memaki' ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bodoh dan gila apabila berhasrat membawa Speaker pendek ke mahkamah. Kini demi menyelamatkan 'nyawa politik' bos maka tidak menjadi masalah bagi beliau menerima saksi sebagai sah dari musuh Islam dengan hanya sekeping surat dari APCO yahudi itu.

Itulah gambaran sebenar wajah UMNO dan kepimpinannya. UMNO akan melakukan apa sahaja dan menerima siapa sahaja yang boleh membantunya menyelamatkan sisa 'nyawanya' di arena politik tanah air. Betullah kalau UMNO dikatakan semakin nazak!

Begitu mudah bagi pemimpin UMNO/BN dalam kes APCO berbanding dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Dengan sekeping surat penafian orang yang dituduh (APCO), maka UMNO tanpa membuang masa menghukum orang yang mendakwa (Anwar) APCO itu agen 1 Israel sebagai penipu maka justru itu orang yang mendakwa itu BERSALAH! Begitu mudah keputusan penghakiman bagi para VVIP UMNO/BN, semudah mereka serahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura dan dua Pelantar minyak kepada negara lain!!

Betullah kalau dikatakan Malaysia di bawah kepimpinan UMNO/BN bermula dari zaman Mahathir lagi mempunyai dua tafsiran undang-undang yang berbeza. Satu tafsiran untuk apa yang UMNO/BN suka, dan satu lagi tafsiran ialah untuk apa yang UMNO/BN tak suka !!

Isunya benarkah prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan membolehkan perlembagaan Malaysia ditafsirkan mengikut selera dan nafsu serakah UMNO/BN begitu ?

Apakah UMNO/BN sedar atau masih lagi bermimpi di siang hari bahawa program memandirkan rakyat tidak lagi bekesan untuk kesemua rakyat kecuali kepada segelintir golongan rakyat 'katak di bawah tempurung' dan 'pemuja' yang bertaraf 'ayam daging'!

Jelas di kalangan rakyat yang suka berfikir, Nazri Aziz tidak menyelesaikan masalah APCO perancang 1Malaysia adalah juga perancang 1Israel, sebaliknya menyemarakkan lagi untuk mengesahkan tuduhan Anwar Ibrahim itu sebagai benar.

Wednesday, December 22, 2010

Alah....Rosmah berbelanja bukan banyak...juta je ...juta je !!

Alahhh...asyik salahkan Rosmah Mansurrrr je ! Membazirlah ! Boroslah ! Bermewah-mewahlah ! Serba tak kena !

Rosmah bukan belanja banyak mana pun!

1. Sidang Wanita Pertama HANYA RM 4.5 juta bukan RM 4.7 juta !
2. Ubahsuai Seri Perdana Putrajaya BARU RM65 juta bukan RM66 juta !
3. Peruntukan untuk Permata, RM111 juta JE lah. Kalau RM112 juta sungguhlah banyak!
4. Perjalanan PM Najib ke luar negara bawa Rosmah BARU RM9juta....
5. Belanja buat Festival Fesyen Islam bukan mahal sebab itu pilih Monte Carlo...kat situ paling murah ! JUTA saje !!

Apalah..... Rosmah berbelanja secermat macam tu pun bising. Kesian kat Rosmah, dahlah teruk memerah idea untuk Najib, kena marah pulak ! Kalau campur-campur semua tu bukannya banyak lah bodoh wahai pengundi-pengundi totok UMNO ! Sikit je...juta je ! Juta je tau tak !!!!!

Tu yang pengundi-pengundi UMNO totok, makan beras AAA Sukahati..., tu mahal tu! Membazirkan duit...jimat sedikitlah. Kenapa beli beras mahal? Beli beras hancur...buat bubur, berjimat! Nak berjimat pun bodoh ! Ikut contoh Rosmah Najib, kan pandai berjimat ! Dia berbelanja ke sana ke mari, beli itu ini, bukan duit oranglah, duit mak bapak dia! Harta Pesaka tok nyang dia! Itu pun dia berjimat !

Tu pengundi-pengundi UMNO, demam sikit nak ubat mahal, beli Panadol je! Bersepah Panadol kat kedai runcit. Telan je Panadol banyak-banyak. Demam sikit-sikit jangan mengada-ada. Orang kampung kena lasak...survival...survival lah !!!

Tu pengundi UMNO jangan merungut tak mampu beli ikan mahal. Beli je ikan selar kuning atau ikan tamban...boleh makan jugak apa? Jangan membazir. Ayam, beli ayam pencen je. Berjimat !

Minyak mahal, barang keperluan dapur mahal, belanja sekolah anak memeningkan, jangan merungut. UMNO dah tolong banyak pengundi-pengundi totok UMNO. Bagi kain pasang rm10 sepasang. Kain pelekat setiap tahun sehelai. Peruntukan buat bubur asyura pun dah diberi. Nak pergi haji pun bagi duit rm100. Anak nak masuk U pun dah dapat RM200 sekali seumur hidup! Duduk atas tanah tol sudah 25 tahun tak berterima kasih lagi pada UMNO? Buat sekolah batu, jalan tar, balai raya batu, padang bola, masih nak salahkan Rosmah lagi? Rosmah berbelanja bukan banyak..juta je bodoh ! Dasar pengundi-pengundi UMNO tak tahu bersyukur !! Lapar sikit bersabar....makan ala kadar je tau! Rosman Najib makan kat hotel tu, bukan dia keluar duit dia, dia berjimat! Itu orang belanja ! Orang belanja pun salah jugak ?

So pengundi-pengundi totok UMNO kena bersyukur, walaupun papa kedana, berselepat hutang tak apa, alahhh kena tolong Rosmah ! Dia perlu wang yang banyak kerana dia banyak projek. Pengundi-pengundi totok UMNO susah sikit tak apa, sebab kamu rakyat, kamu mana ada idea canggih macam Rosmah ! Kamu bodoh ! Ikut Rosmah maju ! Ikut kamu...heh ?

So aku menyeru kamu pengundi-pengundi UMNO, pangkah lagi UMNO, pangkah betul-betul, agar Rosmah Mansur boleh berbelanja ratusan juta je....juta je, selepas PRU ke 13 nanti. Itupun duit mak bapak dia, bukan duit mak bapak kamu!!! Mak bapak kamu bukannya ada duit !

So kepada pengundi-pengundi totok UMNO, kalau UMNO kalah tak ada pembangunan, kalau UMNO kalah tak ada pelabur, kalau UMNO kalah sekolah semua akan runtuh dengan sendirinya, kalau UMNO kalah jalanraya akan berlubang dan pecah-pecah, kalau UMNO kalau jambatan akan putus, kalau UMNO kalah kena makan ubi kayu, kalau UMNO kalah Jepun akan masuk semula (bodohnya lah!!), kalau UMNO kalah tiada lagi Rosmah Mansur, so pangkah lah UMNO...pangkah...pangkah !!

Tak ada hal punye selepas PRU ke 13 nanti kalau UMNO menang, Rosmah boleh berbelanja juta lagi...juta lagi...juta lagi !!! Kerana rakyat kena jaga Rosmah maka Rosmah boleh terus berbelanja demi Rakyat untuk Rosmah !!!

A'ah semenjak 53 tahun Anwar Ibrahim jadi Perdana Menterilah banyak kedaulatan negara tergadai !

Kalau tahun-tahun 60an dan 70an dahulu zaman kerajaan UMNO/Perikatan, anasir komunis adalah musuh utama kerajaan UMNO/Perikatan tetapi sekarang Anwar Ibrahim secara peribadi duduk di rangking pertama sebagai musuh utama UMNO/BN pula.

Ketua Pemuda UMNO yang hingga kini masih tidak layak menjadi menteri itu telah tampil sekali lagi sebagai broker kerajaan 'Ketuanan Melayu' UMNO/BN dengan mengatakan bahawa kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Ketuat Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya....

A'ah dalam bodoh-bodoh dan bangang-bangang, KJ betul juga...... sejak 53 tahun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia lah maka Malaysia hilang kedaulatan:

1. ke atas Singapura kepada Lee Kuan Yew.
2. ke atas Pulau Batu Putih
3. Ke atas Tanjung Pagar (Tanah pusaka KTM )
4. Bukit takungan air Singapura di Johor.
5. Air sendiri jual murah kepada Singapura dan beli semula air sendiri itu dengan harga yang mahal dari Singapura...bodohnyaaa... ini semua kerana selama 53 tahun ini Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysialah ini.
6. Dan baru-baru melalui pendedahan WikiLeaks, Lee Kuan Yew katanya kata kepada Anwar Ibrahim seorang Perdana Menteri 'opportunist" dan sedang terancam dengan satu kes pembunuhan !! Hai...Anwar....Anwar...teruknya engkau jadi Perdana Menteri Malaysia selama ini !!!!!!!

Tuesday, December 21, 2010

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

"Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

"Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

"Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

"Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya.

Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat.

"Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

"Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

"Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

"Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.

"Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.

Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

"Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya.

Sumber: Harakahdaily

Pandangan aku:

( Seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat mahu tidak mahu harus membuat roadshow ke seluruh kawasan Parlimen terpilih di luar bandar dan Felda untuk membentangkan 10 perkara asas ini kepada rakyat yang sedang terkepung oleh media talibarut UMNO/BN yang menyesatkan minda rasional mereka khususnya kepada kaum ibu dan ibu tunggal. Mereka ini sering ditipu dengan kain pasang yang murah-murah, makan-makan di majlis-majlis yasin dan marhaban dan lawatan 'menghirup' angin ke Langkawi - sambil membeli pinggan mangkuk dengan menggunakan duit sendiri - sampai ke rumah garu kepala !

Hari ini Najib telah 'tembak' 10 perkara asas 100 hari PR ini dengan melaungkan kepada rakyat bahawa 'TIDAK BERPAKSI KEMAMPUAN SEBENAR'. Ada kemungkinan besar agak ramai pengundi di luar bandar dan di Felda terutama kamu ibu dan ibu tunggal yang masih percaya cakap-cakap Najib ini. Golongan ini kebanyakannya tidak membaca media baru / blog dan media PR tetapi saban hari asyik mengadap Utusan dan Berita serta mengadap TV 3 suku dan yang lain-lain )

Alahai....ada orang PAS yang syok sendiri mengatakan Karpal Singh terima konsep Negara Islam !!

Matlamat utama Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) ialah mengalahkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti dan seterusnya mengambil alih pusat pentadbiran negara, Putrajaya untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Oleh yang demikian Pakatan Rakyat harus fokus kepada matlamat tersebut. Justru itu sebelum menghadapi PRU 13, Pakatan Rakyat wajar sekali mengurangkan atau menghapuskan sama sekali isu-isu yang mengakibatkan mereka terpaksa berbalah sesama sendiri.

Sehubungan dengan itu aku yang berada di ceruk ini dan dicelah-celah kehidupan yang hingar-bingar ini berharap para pemimpin Pakatan Rakyat, ahli-ahli parti Pakatan Rakyat dan media-media utama parti-parti Pakatan Rakyat berhati-hati dan cermat dalam mengulas pandangan dan komen-komen para pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat.

Dalam isu negara Islam. Aku ada terbaca tulisan-tulisan yang melaporkan pendapat-pendapat bahawa Karpal Singh telah menerima konsep negara Islam. Aku tidak mendengar ucapan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat hari itu, cuma aku ada terbaca apa yang dilaporkan dikatakan oleh Karpal Singh. Dari apa yang aku baca, rasanya cukup mudah untuk memahami apa yang dikatakan oleh Karpal.

Soalnya ada ulasan mengatakan Karpal telah menerima konsep negara Islam. Betulkah begitu ? Dan betulkan apa yang Karpal kata maksudnya begitu ?

Aku bimbang jika ada para pemimpin pusat PAS (setakat ini belum ada rasanya) yang membuat andaian konon Karpal telah menerima konsep negara Islam maka andaian seumpama itu pasti akan menimbul perbalahan yang cukup tegar di saat-saat PRU semakin hampir.

Mengapa aku kata begitu ? Dari apa yang dilaporkan, cukup mudah untuk memahami apa yang Karpal kata. Kalau tak silap pemahaman aku Karpal kata, dia "terima Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain bebas dengan agama masing-masing" dan Karpal juga ada berkata "isu negara Islam perlu diselesaikan segera dan dia mahu berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk berbincang agar pihak UMNO/BN tidak menimbulkan salah faham yang mengelirukan lagi" dan dia berkata lagi " PAS juga perlu jaga muka kami (mungkin maksudnya air muka)". Dari apa yang Karpal kata, kalau betul itu yang dilaporkan, rasanya tidak sukar untuk difahami.

Pada pandangan aku, Karpal tidak kata dia telah terima konsep negara Islam, dia cuma kata dia terima Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Janganlah ada orang-orang PAS membuat andaian yang berlebihan jika tidak mahu berbalah sesama sendiri disaat-saat PRU ke 13 semakin hampir ini. Sikap mengundang perbalahan ini adalah sikap tidak bijak.

Jangan anggap Karpal Singh orang yang tidak membaca media baru dan media PAS. Nanti Karpal Singh mungkin akan berkata dalam hatinya " tak reti bahasa sungguh puak-puak ni, aku cakap lain, dia kata aku kata lain - basa bingung sungguhlah...ni yang aku geramm nni !".

Kita bukan takut Karpal Singh, tapi apa yang akan berlaku kepada visi dan misi PAS menyertai Pakatan Rakyat, jika Karpal Singh menjawab balik ? Tidakkah itu namanya mencari 'bala' ? Siapa yang akan bertepuk kaki dan tangan nanti ?

Tapi kalau ada orang-orang PAS kata, tak apa kalau Karpal jawab balik., bimbang apa kat Karpal tu..... Hah, silakanlah buat andaian yang Karpal Singh telah terima konsep negara Islam. Teruskan buat andaian dan hebuh-hebuhkan !!! Kita tengok siapa yang kena ....

Ingat kita Parti Islam, jangan 'twist' apa yang orang kata...tak baik.....imej kita tu !

Karpal mahu berbincang segera dengan 2 orang Tok Guru PAS merupakan isu baik yang perlu disegerakan oleh PAS sendiri bukan mengheboh-hebohkan bahawa Karpal kononnya telah terima konsep negara Islam.

Sunday, December 19, 2010

Tindakan pembangkang gugat kehadiran pelabur asing ....kah...kah...kah !!

Di dalam negara ini adalah menjadi kesalahan jika orang-orang Melayu menjadi cerdik, bijak, dan berprinsip. Maka itu usaha untuk mengekalkan orang-orang Melayu menjadi bodoh dan pandir harus terus diprogramkan ! Hanya dengan bodoh dan pandir sahaja orang-orang Melayu akan mengekalkan 'Ketuanan Melayu' ini ! Jika tidak mampuslah 'Ketuanan Melayu' kita. Maka miss soru lah kita !!

Semalam seorang lagi menteri dari 'Ketuanan Melayu' berusaha gigih membodohkan orang-orang Melayu terutama yang berada di kampung-kampung. Sama ada orang-orang Melayu menjadi bodoh dan pandir sungguh kerana menteri Melayu itu, tidak dapat dipastikan.

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang (mungkin maksudnya pemimpin Pakatan Rakyat) yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara.

KOTA BAHRU 18 Dis. - Rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, tindakan mana-mana pemimpin yang sengaja memburukkan negara dengan cuba mencetus keadaan huru-hara di samping menabur pelbagai fitnah, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar, Pameran dan Klinik Usahawan anjuran Gabungan Muda Berjaya di sini, hari ini beliau berkata, seluruh rakyat tidak mahu negara luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, hasil pelbagai pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini rakyat Malaysia sudah mula menunjukkan semangat untuk bekerjasama berganding bahu bagi memajukan negara.

"Perdana Menteri sudah bawa banyak transformasi bagi memajukan negara dan kita perlu bersama membantu beliau agar iklim pelaburan negara tidak terjejas, seterusnya negara dapat melahirkan rakyat berpendapatan tinggi di masa depan," katanya. - Bernama

sumber berita : utusan M

Betulkah Mustapa Muhamed ni ?

Beginilah usaha memandirkan rakyat dari seorang Menteri 'Ketuanan Melayu'. Gagal menarik pelabur asing dan menjaga ekonomi negara, maka kesalahan segalanya diletak kepada pembangkang:

1. Anwar Ibrahim berhempas-pulas membela dirinya di mahkamah hanya sekadar menuntut dibicarakan secara adil- kerana Anwar bersungguh-sungguh membela dirinya maka menggugat kehadiran pelabur asing ? Habis Anwar tak perlu mendapat keadilan untuk dirinya ? Ikutlah orang nak buat macam mana pun kepada dia ?

2. Anwar Ibrahim mendedahkan apa dan siapa APCO kepada kerajaan 'Ketuanan Melayu' di parlimen - pendedahan Anwar itu menggugat kehadiran pelabur asing atau menggugat kerajaan 'ketuanan'? Habis sebagai Ketua Pembangkang kalau Anwar tahu apa itu APCO yang dia rasa boleh merosakkan negara, Anwar perlu mendiamkan diri sahaja ? Apa kejadahnya menjadi Ketua Pembangkang kalau begitu? Ketua pembangkang untuk hanya bersetuju dengan kerajaan yang dia bangkang ?

3. Di parlimen, Anwar Ibrahim memohon prosedur biasa untuk membela diri sebelum digantung 6 bulan kerana kes APCOUMNO-yahudi - memohon membela dirinya dari digantung parlimen menggugat kehadiran pelabur asing? Habis, salah bagi Anwar membela dan menuntut pembelaan terhadap hukuman yang hendak dikenakan ke atasnya di Parlimen ? Tamadun apa 'Ketuanan Melayu ' ini ?

4. Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat protes Speaker 'pendek' Pandikar di atas kediktatorannya di parlimen, pun tidak boleh ? Biarlah apa pun speaker hendak lakukan ke atas ahli-ahli parlimen pembangkang - tindakan menuntut keadilan gugat pelabur asing? Sepatutnya keadilan bukan mengikut kepala hotak speaker berat sebelah, tetapi mengikut perlembagaan dan semangat perlembagaan itu sendiri !

5. Rakyat berhimpun secara aman menyokong memorandum air kepada Agong menentang SYABAS si pencekik darah - disembur air gatal, dimaki, dipukul dan dibelasah, - yang mana gugat kehadiran pelabur asing, rakyat yang berhimpun aman atau yang membelasah rakyat yang behimpun aman itu ? Siapa sebenarnya yang menggerunkan pelabur ni?

Kalau tindakan pembangkang itu menggugat kehadiran pelabur asing memang sepatutnya kerajaan 'Ketuanan Melayu taik kucing' UMNO/BN, merasa malu, kerana itu membuktikan kelemahan kepimpinan kerajaan UMNO/BN yang tidak mampu menarik pelabur asing dengan keupayaan dan kualiti diri sendiri. Apakah kerajaan UMNO mahu memberitahu dunia bahawa Anwar Ibrahim dan PR jangan menentang 'kerajaan UMNO/BN kami' kerana 'pengaruh kamu' terlalu hebat dalam kalangan pelabur asing?

Malu, selama ini hanya cakap berdegar-degar 'kepimpinan kami' terdiri dari ahli-ahli politik yang bijak, berwasasan dan cerdik! Kalau bijak, berwawasan dan cerdik kenapa pelabur asing tak mahu masuk? Kenapa FDI kalah kepada Filipina ?

Hakikat yang sebenarnya yang menggugat kemasukan pelabur asing ke Malaysia ialah sikap kamu sendiri (kerajaan UMNO/BN) :

1. Terdapat penghakiman mahkamah yang berbelit dan dilihat sangat tidak adil.

2. Telatah yang merobekkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan Malaysia.

3. Rasuah ikan jerung dahsyat dalam kalangan para kroni pemerintah UMNO/BN dan pembaziran serta ketirisan dalam pengurusan kewangan negara keterlaluan.

4. Pengurusan pilihanraya oleh SPR yang jahat dan tidak adil.

5. Cara pengadilan kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

6. Cara penghakiman kes Althantuya Sharibu.

7. Cara pengadilan kes Teoh Beng Hock.

8. Telatah pendakwaan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara.

9. Kes rampasan kuasa terhadap kerajaan PR Perak dan DUN Perak.

10.Dan yang terkini perangai berat sebelah Speaker Pandikar yang merosakkan kemuliaan institusi parlimen.

Para pelabur asing tidak buta, tidak bodoh dan tidak jumud. Semua ini dilihat oleh mereka dan mereka menilainya sebagai 'teruknya Malaysia". Nak melaburkah di Malaysia kalau macam itu ?