Followers

Saturday, December 11, 2010

INI BERITA YANG MENGGEMPARKAN....

Tiada berita yang menggemparkan seminggu dua ini melainkan berita ini. Sesungguhnya tiada yang lebih menggemparkan daripada yang menggemparkan melainkan berita ini. Berita seumpama ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh orang ramai terutama orang ramai yang seperti ayam daging ( dah tahu dan tak kisah, hidupnya hanya menunggu untuk disembelihkan ). Mereka yang seperti ayam daging atau memang yang telahpun menjadi ayam daging sungguh, akan urut dada mendengar berita yang menggemparkan ini !

Apa beritanya ?

Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Pembangkang - Najib

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.

Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kitamenyesal di hari muka," katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

(KAAAH...KAH...KAH...KAH...KAH !

KAAAH...KAH...KAH...KAH...KAH.... !

HOI....engko orang tak tahu..ke ?

Singapura tergadai tergadai kepada Lee Kuan.... kerana PAS ! Tanah orang Melayu di Pulau Pinang tergadai kepada Lim Chong..... kerana PAS! Pulau Batu Putih tergadai kepada Singapura kerana PAS! Tanah Rezab Melayu banyak yang tergadai kerana PAS !

BUKAN KERANA UMNOLAH BOOODD........!!!!!! SEMUANYA KERANA PEMBANGKANGLAH.....PAS, PKR & DAP !!! TAK TAHU SEJARAH KE ? 53 TAHUN DAH PAS, PKR & DAP MEMERINTAH NEGARA INI !! ITU PUN TAK TAHU, MEMANG BOOOO......haaa kan !!)


Benteras rasuah pemerintahan UMNO/BN: Gimik atau bukan gimik ?

Laporan akhbar Utusan menyiarkan berita bahawa seramai 719 orang awam telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah rasuah sejak Januari sehingga Oktober ini yang menunjukkan peningkatan secara mendadak hampir sekali ganda sejak 2006.

Ini baru penangkapan yang diusahakan dalam kalangan orang awam. Aku tidak dapat gambarkan bagaimana kalau benar-benar dibuat penyiasatan dan tangkapan berkaitan rasuah dalam kalangan para pemimpin dan ikan-ikan jerung.

Katanya laporan yang dikeluarkan oleh Barometer Rasuah Global (GCB) 2010 oleh Transparency International Malaysia (TI-M) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan menentang rasuah meningkat dengan mendadak tahun ini berbanding 2009.

Presiden TI-M, Paul Low berkata, hasil tinjauan pendapat orang ramai antara Jun dan Julai lalu menunjukkan 48 peratus responden merasakan tindakan yang diambil kerajaan kini berkesan dalam menentang rasuah berbanding hanya 28 peratus berfikir sedemikian pada 2009.

Aku tidak pasti orang yang macam mana yang ditinjau oleh laporan ini sehingga mendapati orang ramai katanya begitu yakin dengan usaha kerajaan di bawah pemerintahan UMNO/BN membenteras rasuah.

Bagi aku, sehingga ke tahap sekarang, aku tidak yakin langsung usaha kerajaan UMNO/BN dalam membenteras rasuah sebagai usaha yang ikhlas dan berintegriti selagi aku tidak melihat bagaimana kes Ling Liong Sek dan kes Khir Toyo diadili di mahkamah. Apakah benar-benar tindakan-tindakan tersebut gimik atau bukan gimik akan menentukan keihklasan dan integriti usaha membenteras rasuah kerajaan UMNO/BN.

Piawai keyakinan terhadap usaha kerajaan UMNO/BN ini akan lebih meyakinkan jika penyiasatan terhadap kes Scopian, pembelian kapal selam TLDM, kes 2 enjin kapal terbang yang hilang dilakukan secara terbuka dan telus.

Begitu juga kita mahu melihat usaha pemberian tender projek secara runding terus dihapuskan diganti dengan tawaran tender terbuka benar-benar dilaksanakan secara telus dan berintegriti bukan hanya cakap kosong yang penuh retorik. Syak rakyat ramai bahawa setiap projek besar dan kecil ada komesyen untuk UMNO perlu dihentikan secara meyakinkan.

Keyakinan akan lebih mantap jika sekiranya dalam setiap kempen pilihanraya UMNO/BN tidak menggunakan peruntukan-peruntukan kerajaan sebagai umpan menarik undi rakyat kepadanya kerana aktiviti itu adalah rasuah politik. Projek pembangunan segera perlu dihentikan sewaktu kempen pilhanraya. Sumbangan wang kilat kepada rakyat atas nama prorgam apa sekalipun perlu juga ditamatkan sewaktu kempen pilihanraya. Jika tidak, usah cakap bahawa usaha memebenteras rasuah pemerintahan UMNO /BN semakin meyakinkan.

Sebenarnya, sukar bagi rakyat yang bermaklumat untuk meyakini bahawa usaha kerajaan UMNO/BN dalam membenteras rasuah sebagai usaha yang ikhlas dan bukan gimik politik menjelang PRU ke 13. Rakyat terbanyak tidak bodoh untuk diperbodohkan.

Pokoknya, perlakuan rasuah di bawah pemerintahan UMNO/BN semakin meningkat setiap tahun.

Friday, December 10, 2010

Roboh surau orang Islam: Marilah kita bencikan UMNO kerana kerja meroboh rumah ibadah orang Islam seumpama ini adalah kerja Yahudi LaknatulAllah

Jangan marah kalau aku semakin benci kepada parti yang mendakwa parti Melayu itu. Dan aku juga mengajak mereka yang berfikiran rasional turut membenci parti yang hodoh dan busuk itu. Rupanya yang semakin hodoh berselindung disebalik pekung yang busuk.

Parti Melayu yang kononnya Melayu itu Islam, Islam itu Melayu sanggup menjadi dalang mahu merobohkan surau. Apa hal ni? Nampaknya dengan penuh kianat berlindung disebalik agensi tertentu menyekat rakyat yang berfikirkan kritis, bijak dan terbuka membuat amal ibadah di surau. Jika dikatakan orang PAS ramai memakmurkan sesuatu surau apakah salah untuk orang PAS membuat demikian? Apakah orang PAS tidak ada hak di bumi Malaysia ini untuk membuat amal ibadah dan amal kebajikan di surau? Melampau!

UMNO usahlah berlindung di sebalik pekung yang busuk. Walaupun bayangan UMNO cuba disembunyikan dalam setiap usaha jahat meroboh surau tapi orang tahu bau busuk itu adalah bau parti busuk itu. Berselindung di sebalik agensi tertentu membuat tindakan yang tidak mempedulikan hak, rayuan, dan pandangan rakyat.

Berita yang disiarkan di bawah itu menjadi bukti akan betapa busuk dan kianat parti ini. Seluruh rakyat yang beragama Islam yang sensitif, berfikiran terbuka, kritis dan rasional harus menghukum parti busuk ini dalam PRU ke 13 nanti supaya bau busuk ini tidak terus mengganggu iklim kehidupan rakyat. Kerja meroboh rumah ibadah apatah lagi rumah ibadah orang Islam seumpama ini hanya kerja Yahudi laknatulAllah !

Gagal kuasai, UMNO mahu surau roboh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

“Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” jelasnya.

Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya.

Berhentilah undi UMNO/BN!

Thursday, December 09, 2010

Ketuanan UMNO yang sebenarnya...

Nampaknya isu "Ketuanan Melayu' kian menyesakkan. Di sana sini ramai yang menyebut, mengulas malah ada yang menjerit-jerit, menghantar memorandum dan berbagai-bagai. Hebat dan bersemangat!

Ada yang mencadang pertahankan "Ketuanan Melayu". Entah diambil dari mana istilah ini, tak tahu.

Ada yang kata Ketuanan Melayu tidak tepat, yang lebih tepat Kedaulatan Melayu. Pulak dah!

Manakala Prof Khoo pakar sejarah mengatakan tidak ada istilah Ketuanan Melayu dalam perlembagaan yang ada Ketuanan Raja Melayu. Oleh kerana Prof Khoo pakar sejarah aku lebih percaya pandangan Prof Khoo. Soal betul salah tak kisah dulu.

Ada juga yang sebut Ketuanan Islam. Maknanya Ketuanan Allah lah tu. Yang ini aku suka mendengarnya. Inilah hakikat kehiduan kita sebenarnya. Baru terasa tidak gedebe dan sentiasa rasa diri ini kerdil hidup di alam fana ini. Kalau menggenggam ketuanan yang lain-lain tu rasanya macam gedebe benar.

Soalnya dari segi akidah bolehkah kita gedebe dengan ketuanan Melayu?

Aku lebih suka kalau hendak bercakap soal Ketuanan Melayu masalah orang-orang Melayu banyak sudah di selesaikan. Jika orang melayu sendiri masih lemah dalam serba-serbi semenjak 53 tahun merdeka, apalah yang boleh diharap kepada Ketuanan Melayu itu? Tak ada faedahnya!

1. Dalam menjujung Ketuanan Melayu harga barangan gas dan petrol semakin naik. Kehidupan rakyat khususnya bangsa Melayu sendiri semakin terhimpit tambah-tambah lagi di saat-saat nak buka sekolah tahun depan. Banyaknya wang diperlukan untuk masa depan anak-anak tapi wang tak cukup dan ada yang tak ada wang. Yang bagi RM500 hari itu dah pun menjadi taik kata seorang kawan kakitangan rendah kerajaan. Dan ada yang makan hari-hari pun sekadar alas perut. Barang keperluan anak-anak sekolah dan keperluan tinggal di asrama tidak ada yang murah. Mahal!! Ketuanan Melayu boleh tolong ? Kalau tak boleh, sakit sebenar menjunjung Ketuanan Melayu yang dilaungkan ini.

2. Dalam menjunjung Ketuanan Melayu masalah buang bayi dan anak luar nikah kalangan anak-anak bangsa Melayu semakin merisaukan. Setakat hari ini tidak ada lagi tindakan dari kerajaan UMNO untuk atasi masalah ini. Yang ada hanya sekolah hamil Ali Rustam dan Pendidikan Seks. Tentang pendidikan seks ini aku konfius sama ada pendidikan seks untuk memberi kefahaman yang betul cara-cara mengadakan hubungan seks tanpa hamil atau untuk memberhentikan hubungan seks haram. Yang aku faham, logiknya dalam zaman ini semakin tahu cara nak buat hubungan seks semakin ramai yang teragak nak cuba dan adakan perhubungan seks apatah lagi seks haram . Apa risau ...dah tahu cara, tidak hamil punyee!!! Ketuanan Melayu boleh selesaikah masalah ini atau beginilah caranya Ketuanan Melayu menyelesaikan masalah buang bayi?

3. Dalam menjunjung Ketuanan Melayu ramai anak-anak Melayu yang mengharapkan kerajaan Ketuanan Melayu ini menyediakan pekerjaan untuk mereka selepas keluar universiti, menganggur dan kecewa, lantas hanya mampu menjadi juru-jurujual dan jaga di pasar raya yang bertuankan bangsa bukan Melayu. Oh.... Ketuanan Melayu anak Melayu ramai menganggur! Dalam hal ini kalau mendengar ulasan pak-pak menteri kerajaan Ketuanan Melayu ulasannya pasti agaknya berbunyi, "anak-anak Melayu menganggur bukan kerana kegagalan kerajaan menyediakan peluang-peluang pekerjaan tetapi kerana anak-anak Melayu tidak ada kemahiran dan malas". Ulasan basi yang membosankan!

4. Dalam menjunjung Ketuanan Melayu, di bandar-bandar terus terbina bangunan-bangunan yang berharga RM300,000 ke atas yang tidak mampu dibeli oleh ramai orang berbangsa Melayu. Yang mampu orang-orang Melayu berpakat dua atau tiga orang untuk menyewa satu tingkat rumah-rumah kedai tersebut yang harga sewaan makin lama makin meningkat mengikut kadar semasa. Katanya pemerintahan Ketuanan Melayu, orang Melayu terus tak mampu! Hanya mampu tengok bangunan-bangunan yang tersergam tapi bukan hak Melayu!

5. Dalam menjunjung Ketuanan Melayu, aku terus mencari dimana hak sekurang-kurang 30 % ekuiti Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi yang masih jauh dari kesampaian. 53 tahun sudah merdeka kerajaan Ketuanan Melayu ini akan menggesa orang-orang Melayu agar tunggu lagi 53 tahun agaknya.

6. Dalam menjunjung Ketuanan Melayu, aku tidak nampak usaha pemerintahan UMNO untuk meningkat dan mengkualiti pemikiran bangsa dan anak-anak Melayu dalam pemikiran ilmiah dan ilmu pengetahuan. Yang aku nampak bangsa Melayu dan anak-anak Melayu terus dibuai dn dilalai dengan mimpi indah kehidupan artis, pembangunan-pembangunan mega seperti Menara Warisan, hub hiburan ala Las Vegas(?) , feista-fiesta dan hiburan berlebihan terutama di media-media hari ini.

Begitulah antaranya, dalam kita dibuai dan ditempikkan isu Ketuanan Melayu, tidak ada program yang benar-benar mampu memartabatkan kualiti pemikiran, ilmu dan hak-hak bangsa Melayu itu sendiri. Yang ada sebenarnya, 'lagu' Ketuanan Melayu adalah untuk menyambung hayat "Ketuanan UMNO". Itulah sebenar-benarnya!

Wednesday, December 08, 2010

Harga petrol naik, rakyat gelisah: Pemimpin UMNO/BN peduli apa !

Hah...minggu lepas harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90 sen, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen dan gula pasir juga dinaikkan 20 sen....20 sen menjadi RM2.20 sen.

Orang-orang Melayu yang masih menyokong 'Ketuanan UMNO' tidak perlu terus menjadi tidak cerdik untuk mengatakan bahawa barangan keperluan lain tidak akan naik harga. Apabila harga petrol naik jangan harap harga ikan, sardin, gandum, ayam basah, ikan kering, telur ayam, biskut, roti, susu dan sebagainya tidak akan naik. Semua barang keperluan makanan dan barangan dapur datang ke sesuatu kawasan dengan di bawa oleh lori-lori dan van-van pengedar. Kos pengangkutan akan menjadi alasan yang kukuh harga barangan akan melambung naik setiap kali dinaikkan harga minyak.

Soal ada agensi yang akan mengawal dan memantau harga barangan dan peniaga yang menaikkan harga barangan akan didenda hanyalah cerita basi yang menyampah aku mendengarnya. Ya kah? Nak tanya berapa keratlah petugas-petugas yang mampu mengawal kenaikkan harga barangan khususnya di kedai-kedai runcit di luar bandar?

Pergilah perhati-perhatikan harganya dalam seminggu dua ini. Senyap-senyap harga barangan tersebut pastikan akan dinaikkan atau akan TERNAIK!

Sepatutnya orang-orang Melayu sudah mampu berfikir cerdik untuk menilai keikhlasan pemerintahan UMNO/BN ini. Mana ada sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita mendengar harga barangan yang rendah dan menyenangkan rakyat.

Pagi tadi aku baru diadu oleh seorang ahli pergerakan wanita UMNO cawangan yang mengeluh kerana kenaikan harga barang dan petrol sejak akhir-akhir ini. Mana aku tidak kata wanita UMNO ini bodoh kerana apabila aku meminta dia menilai kembali undinya kepada UMNO, dia yang hidup dalam serba kepayahan itu terus berkata", Eh...tak boleh, kita kena tolong pemimpin UMNO yang bertungkus lumus memajukan negara kita. Orang lain apa tahu, mengacau saja!".

Tidak bodohkah itu? Dia yang hidup serba tak cukup dan payah, mengeluh saban hari untuk membela dan mendidik anak-anak, masih sayang kepada para pemimpin UMNO yang kaya-raya dan isteri yang belanja mewah di luar negara. Bodoh !!

Sikap tidak cerdik wanita-wanita UMNO di cawangan-cawangan ini membongkakkan Ketuanan UMNO dan sebaliknya melemahkan Ketuanan Melayu setiap hari! Inilah realiti sebenarnya. Mereka hanya berpuas hati dengan ke hulu kehilir bermarhaban yang tidak pernah difahami maknanya dan ber-yasin dengan sekali sekala dapat mengumpul dan memakain baju dari kain pasang yang bernilai RM10 sepasang. Isteri para pemimpin UMNO yang hanya menayang badan, pakai kain pasang yang seperti itu jugak ?

Sepatutnya sekali sekala apabila sudah terfikir bahawa sejak UMNO memerintah harga barangan sering melambung menyebakan kehidupan anak muda dan orang dewasa serta orang tua semakin susah, tukarlah pula pemerintahan kepada Pakatan Rakyat.

Apa perlu dibimbanginya tukar kerajaan melalui pilihanraya? UMNO kata dia berpegang teguh kepada keluhuran perlembagaan, Pakatan Rakyat pun begitu dan semua rakyat Malaysia pun begitu. Walau parti mana yang memerintah, tetap raja-raja Melayu itu juga yang menduduki tahta dan Perlembagaan Malaysia yang itu juga yang dipakai. Jadi agama Islam tetap agama rasmi negara dan hak orang-orang Melayu dan bumiputra tetap dijamin oleh Perlembagaan itu. Yang disebut "Kontrak Sosial' yang itu juga yang dipatuhi.

Tetapi apabila kita membenarkan pemikiran kita begitu mudah diracuni oleh propaganda UMNO/BN yang tidak bertanggung-jawab maka menjadi beku, jumud dan lemahlah otak kita berfikir ertinya menjadi bodohlah kita.

Sudah-sudahlah kita menjadi bodoh dengan dodoian lagu lama yang membosankan dari pemerintahan UMNO, konon kenaikan harga adalah untuk penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia!.

Alahai... bodoh sangatkah kita untuk setiap kali naik harga petrol dan barangan dipaksa terima alasan itu?

Harga petrol naik, rakyat gelisah, para pemimpin UMNO apa peduli!

Tuesday, December 07, 2010

Jangan berpolemik, tukar kerajaan lebih penting

Hafiz Baqi

KAJANG, 7 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa untuk mentadbir negara ini berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau yang meminta rakyat bersatu padu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang mengesa semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak tenggelam dengan polemik yang cuba ditimbulkan sehingga menyebabkan perpecah belah.

Kata Abdul Hadi, keutamaan adalah menukar kerajaan BN dahulu yang beliau sifatkan tidak melaksanakan amanah dengan baik.

Presiden PAS itu berkata demikian ekoran tercetusnya polemik 'siapa timbalan perdana menteri' sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang.

“Kita jangan jadi seperti dua orang sahabat, seorang mahu merancang untuk memelihara kambing dan seorang lagi mahu menanam sireh...kemudian bergaduh mengenai siapa yang perlu membuat pagar sedangkan kambing dan pakok sireh belum ada lagi," kata beliau membuat perumpamaan.

Dalam pada itu, beliau juga mengkritik konsep ketuanan yang sering digunakan oleh pemimpin Umno sebaliknya berkata konsep yang betul adalah kepimpinan.

"Kalau ada tuan mesti ada hamba," katanya menolak konsep itu.

Bagaimanapun beliau melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin Umno tidak berjaya menunjukkan kepimpinan yang baik walaupun mereka memilikinya sejak dari negara merdeka lagi.

"Pada asasnya pelbagai kaum dalam negara ini menerima kepimpinan mestilah dari kalangan orang Melayu berdasarkan jumlah orang Melayu yang Islam itu paling ramai (majoriti).

"Tapi malangnya kepimpinan Melayu itu tidak menjalankan amanahnya, tidak bertangungjawab dan tidak menunjukkan wajah kepimpinan yang baik,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen anjuran Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat serta pelancaran Alumni Bekas Pegawai-Pegawai Felda di Stadium Kajang malam tadi.

Mengulas tentang perubahan dijanjikan Pakatan Rakyat ketika menyampaikan ucapan tersebut, Abdul Hadi berkata ia memerlukan kemenangan menyeluruh kerana kemenangan hanya di beberapa buah negeri sahaja amat menyukarkan untuk melakukan perubahan tersebut.

Sedangkan kata beliau, perubahan di negara ini amat perlu kerana kezaliman pemerintahan kerajaan hari ini terhadap rakyat.

Katanya, terlalu banyak penganianyaan dilakukan terhadap rakyat tetapi ramai tidak mengetahuinya ekoran sistem demokrasi tidak sihat di mana media menutup keburukan-keburukan kerajaan atau melaporkan keburukan itu sebagai kebaikan.

Sebaliknya beliau mendakwa terdapat rakyat yang rumah kediaman dan tanaman mereka dimusnahkan, malah ada berjuta-juta rakyat yang masih tiada tanah untuk rumah kediaman.

Sebahagian yang lain pula katanya, terpaksa bercucuk tanam secara haram kerana terlalu sukar untuk mendapatkan tanah daripada kerajaaan.

“Lihat diri kita dan tanah air kita, terlalu banyak penganiayaan dan kezaliman yang berlaku tetapi kita dilekakan dengan hiburan dan sedikit kemudahan. Sedangkan harta kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja," ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak supaya sedar dan memperbetulkan semula kepincangan-kepincangan yang berlaku dengan menggunakan hak demokrasi.

Turut berucap dalam majlis tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasation Ismail; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman; Naib Presiden SNAP, Dr John Bampar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah.

Sunday, December 05, 2010

Isu usah cuit hak orang Melayu !

Aku rasa keadaan yang ada sekarang ini bukan cuit lagi dah....tapi pulun habis-habisan !

1. Biasiswa untuk orang Melayu dan bumiputera ditukar menjadi pinjaman. Siapa cuit?. Rasanya itu bukan cuit....! Nak kata apa ya? Tamat belajar ramai anak-anak Melayu dijajah selama bertahun-tahun selagi tak langsai hutang pinjam!

2. Sekali lagi aku nak sebutkan banyak tanah rezab Melayu telah pun hilang tidak berganti. Siapa yang hilangkan? Cuit ke ni? Ini mentekedarah namanya bukan cuit!

3. Banyak tanah-tanah orang Melayu terjual kepada bangsa lain di kampung-kampung tradisional kerana kemiskinan. Siapa yang biarkan (atau cuit) orang-orang melayu di kampung-kampung tradisional masih miskin?

4. Banyak tanah-tanah orang Melayu hilang kerana bertukar milik kepada bangsa lain di Pulau Pinang. Siapa yang memerintah dan berkuasa masa kehilangan itu berlaku ? Siapa cuit tanah Melayu di Pulau Pinang ni?

5. Banyak rumah-rumah kedai di bandar-bandar berharga rm300 ribu ke atas hingga rm 500 ribu, orang Melayu mana di kawasan setempat itu yang mampu beli? Berapa kerat? Ini proses menghalau orang melayu dari bandar secara halus! Siapa yang buat dan lulus projek tanpa memikirkan kemampuan membeli orang Melayu ini? Kalau orang kata ini cuit memang tak cerdik! Ini ranggos namanya bukan cuit lagi.

6. Anak-anak Melayu selepas keluar universiti semakin ramai yang menganggur. Masuk U untuk akhirnya menganggur. Kerajaan mana yang menyebabkan keadaan hari ini semakin tidak ada kerja ?

7. Kekebalan raja-raja Melayu telah dilucut. Ini siapa punya angkara ?

8. Bank Bumiputera, ke mana pergi? Siapa yang menghilangkan bank bumi itu?

9. Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia. Ini bukan cuit hak orang melayu lagi ni. Nak kata apa tak tahu...kianat kot! Siapa punya angkara kalau tidak mamak tua itu dan UMNO ?

10. Korea Utara dan Korea Selatan sebangsa, berperang mempertahankan tanah kedaulatan masing-masing. Kerajaan negara mana bagi Pulau Batu Putih begitu mudah kepada negara asing? Ada?

11. Siapa yang banyak menipu peneroka Melayu di FELDA? Along ?

12. Siapa yang jahat tukar royalti minyak kepada wang ehsan kepada dua negeri majoriti bangsa Melayu Kelantan dan Trengganu?

13. Siapa yang bunuh parti Melayu, UMNO asal kalau tidak pemimpin-pemimpin UMNOPUTRA UMNO baru yang ada sekarang?

14. Siapa yang buat serahan bodoh tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura? Nik Aziz ? Ke Haji Hadi? Oh A Kadir Jasin?

15. Siapa yang suruh hapuskan tulisan bangsa Melayu tulisan Jawi? Surat khabar Jawi pun ghuyup! Angkara siapa ? Karpal Singh ?

So usah cuit hak orang Melayu! Tapi antara yang dipaparkan itu, cuit ke tu? Rasanya hak orang Melayu lebih daripada kena cuit!! Kena belasah, kena rampas (Kg Berembang, sikit lagi Kg Baru pula?), kena pulun, kena ranggos, kena rompak, kena tipu hidup-hidup!

Hari-hari ekonomi didakwa 'kunun' memberansangkan dan naik tapi harga minyak juga naik, harga barang juga naik, harga ikan tak usah cakap, harga ayam melambung naik. Pendek kata zaman BN semua Barang Naik (BN)! Orang Melayu....pilihlah UMNOBN lagi.....pilih...pilih!!