Followers

Thursday, December 02, 2010

Kalau Ketuanan Melayu seperti apa yang UMNO laungkan itu, tak payah lah..PENIPUU!!!

Sebagai orang Melayu, berbangsa Melayu, aku amat gembira jika bangsa aku benar-benar menjadi tuan di negara ini. Inilah tanah tumpah darah aku. Di sinilah aku boleh mengaku akan asal usul aku, negara Melayu! Mana lagi negara dalam dunia ini yang boleh aku katakan negara Melayu? Inilah dia, di sini !

Namun demikian jika bangsa Melayu menjadi tuan di negara ini, jiwa aku lebih kepada Bangsa Melayu yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Bangsa Melayu yang tidak bodoh dan sering diperbodohkan.

Tuan yang mampu memberi keadilan kehidupan, kebebasan budaya, kemantapan ilmu, adat dan agama kepada semua kaum. Tuan yang memberi kesejahteraan kepada semua lapisan sosio-ekonomi rakyat pelbagai kaum tanpa mengira mereka itu miskin hina di bandar mahupun di luar bandar. Bukan tuan yang suka memanipulasi dan menipu! Itulah yang aku mahu realitinya dalam sebuah kerajaan yang bertunjangkan Ketuananan Melayu. Jika begitu, syukur dan bangga aku!

Masalahnya, aku penat memikirkan di mananya kemantapan, kemuliaan Ketuanan Melayu itu ? Pada keris telanjang itu? Piiraah!! Tidak ada orang takut pun pada keris itu apatah lagi bertelanjangan begitu kerana hari ini semua senjata telah begitu moden, hanya petik dari jauh! Pada bahasa Melayu? Terbukti kempimpian UMNO Mahathir telah membakul sampahkan kemuliaan bahasa Melayu dan kini di sambung oleh Najib-Rosmah! Kekekabalan raja-raja Melayu pun telah dirampas. Siapakah yang merampas dan menghina raja-raja Melayu dulu!

Isu ketuanan Melayu ini telah digembar-gemburkan begitu lama semenjak mula merdeka. Sudah 53 tahun merdeka di bawah pemerintahan UMNO/BN nasional, namun yang menjadi sedihnya ramai lagi bangsa Melayu sendiri yang menjadi hamba kepada tuan Melayu mereka. Diperbodoh saban ketika. Ditipu pada setiap detik 12 malam! (Harga minyak selalu dinaikkan di tengah malam dan tidak dihebuh pun agar rakyat yang bodoh dari jenis ayam daging tidak tahu!)

Dalam masa 53 tahun pemerintahan UMNO/BN yang kunun menjaga dan memperjuangkan Ketuanan Melayu:

1. Ramai orang-orang berbangsa Melayu yang syok dengan senandung Ketuanan Melayu, tidak bertanah.

2. Rasanya jutaan orang Melayu yang miskin, yang mungkin tidak ada pun simpanan wang yang mencecah RM 10,000.

3. Saban ketika orang-orang Melayu masih menjual tanah-tanah mereka di kampung-kampung untuk memiliki sekelumit wang bagi menampung kehidupan, perniagaan kecil-kecilan dan perbelanjaan pembelajaran anak-anak.

4. Dalam masa 53 tahun itulah juga, orang-orang Melayu di Pulau Pinang khususnya merempat hina di tanah tumpah darah mereka sendiri akibat dari barua dari kalangan elitis bangsa sendiri yang konon memperjuangkan Ketuanan Melayu!

5. Kekebalan raja-raja Melayu sendiri telah diragut oleh sebuah parti yang kununnya parti orang-orang Melayu yang diharap menjaga ketuanan Melayu namun 'taik kucing' belaka.

6. Bukan orang dan para pemimpin PKR, DAP dan PAS yang mengurangkan simpanan tanah rezab bangsa Melayu tetapi parti yang memerintah Malaysia hari ini . Siapakah parti yang memerintah itu? Tidak lain tidak bukan parti yang pada hari ini sibuk mengutuk orang lain yang tidak ada kena mengena kununnya mahu meruntuhkan ketuanan Melayu !

7. Dalam sibuk mengutuk orang kununnya perosak ketuanan Melayu dan penderhaka kepada bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu dan gesa orang agar pulangkan pelbagai pingat anugerah, Kampung bangsa Melayu Kg Baru, satu-satunya penempatan tradisi bangsa Melayu di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur tidak akan selamat bagaikan telor dihujung tanduk. Percayalah, lepa sedikit sahaja Kampung bangsa Melayu Kg Baru akan ditelan! Siapa yang membuka mulut penelan-penelan itu ? Kerajaan UMNO/BN!

8. Dalam sibuk menjaga Ketuanan Malayu, tak pasal-pasal Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura! Ketuanan Melayu hanya dapat batu..... itu pun sedikit lagi mungkin akan diramas orang!

9. Kalau aku nak tulis banyak lagi kunun perjuangan ketuananan Melayu ala kepala taik busuk UMNO/BN yang semua orang dah tahu. Ada yang tahu dan hari ini memang berusaha UMNO/BN di kalahkan dalam PRU13 nanti. Masalahnya ada yang tahu taik busuk kepimpinan dan parti UMNO tapi masih sayang mahu menghumban taik busuk itu ke laut. Mungkin disangka taik busuk UMNO itu taik minyak yang sedap dimakan !

53 tahun UMNO menjaga Ketuanan Melayu kunun... piiiiraah!!!! Orang Melayu semakin sesat barat dalam banyak hal kini kerana UMNO !!! Ekonomi bangsa Melayu semakin lemah. Penguasaan Ilmu bangsa Melayu ke belakang. Akhlaq anak-anak bangsa Melayu merudum. Penguasaan agama Islam bangsa Melayu semakin hanyut dan lagha. Pemikiran kebanyakan bangsa Melayu semakin lemah kerana diserang sindrom taik hiburan. Penguasaan ekonomi bangsa Melayu di bandar-bandar seperti gigi yang rongak. Bahasa bangsa Melayu yang bertaraf bahasa kebangsaan tidak siapapun peduli....banyaknya hak orang Melayu menjadi lemah....kaji dan fikirkan secara ikhlas!

Sudah-sudahlah kita ditipu oleh golongan kepimpinan UMNO itu. Aku bersetuju dengan kenyataan Dr Wan Azizah, Anwar Ibrahim, dan dua orang Tok Guru itu !

Kalau Ketuanan Melayu seperti apa yang UMNO laungkan, itu sebenarnya PENIPUU....

Wednesday, December 01, 2010

Anak bertemu Bapak! Tapi siapakah Kepala Bapak?

Malaysia telah merdeka 53 tahun. Sejak itu banyak yang telah berlaku. Di zaman 1Malaysia tidak ketinggalan malah banyak berlaku perkara yang pelik-pelik. Pendek kata macam-macam perkara pelik!

Antara perkara pelik di zaman 1Malaysia ialah Anak lahir dulu dari Bapak. Pelikkan ? Tapi apa peliknya di zaman 1Malaysia, semua boleh terjadi.....laki jadi bini, bini jadi laki! Tak percaya?

Kalau tak percaya tanya tuan Tukar Tiub!

Hari kelmarin 29 November 2010 di parlimen Malaysia, Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak).

Penyerahan tersebut dibuat Kepala Anak, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan untuk diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana kesemua kes tersebut sudah lama berlaku.

"20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda. Kita harap mampu dikendalikan oleh Bapak," kata Kepala Anak, Mazlan Aliman.

Turut serta pada penyerahan itu, beberapa wakil dari peneroka Felda Lawin Selatan, Perak.

Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa 7 tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Ahmad Maslan pada sidang media sama memberi jaminan akan meneliti masalah yang dikemukakan oleh Anak itu dan akan memanjangkan perkara itu kepada Bapak.

Persoalan timbul apabila Ahmad Maslan memberitahu akan meneliti masalah dan kemudian memanjangkan kepada Bapak. Memanjangkan kepada Bapak?

Bapak adalah sebuah biro yang ditubuh dibawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.

Kenapa perlu memanjangkan kepada Bapak? Mampukah Bapak selesaikan masalah-masalah peneroka? Dah tu Ahmad Maslan sebagai apa? Sekadar meneliti ?

Siapa sebenarnya yang berkuasa dan mampu menyelesaikan masalah-masalah peneroka yang bertimbun itu? Ahmad Maslan atau Rozali Ismail? Kementerian atau sebuah Biro NGO? Kalau Rozali atau hanya Biro, selesaikah masalah-masalah peneroka itu, sedang masalah air di Selangor, Syabas tidak mampu selesai. Atau Rozali akan selesaikan masalah-masalah peneroka itu cara Syabas mahu selesaikan konflik air ?

Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri yang menjaga urusan Felda tidak berkemampuankah untuk selesaikan masalah yang Kepala Anak, Mazlan Aliman dan peneroka bangkitkan itu? Atau sengaja mahu melepaskan diri?

Nampaknya awal-awal sudah berbelit untuk terus membelit !

Sebenarnya aku nak tanya jugak, Bapak yang lebih muda dari Anak itu, siapakah Kepala Bapak? Ahmad Maslan atau Rozali Ismail? Atau kedua-dua Kepala Bapak? Tak kan....

Tuesday, November 30, 2010

Habislah orang Kampung Baru kena pindah

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal, kata Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pindaan tersebut juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada Residential Area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Menurut pindaan itu, semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ianya juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

[ Apakah petanda semuanya ini? Petanda bahawa selagi UMNO/BN memerintah selagi itulah harta benda orang Melayu akan tergadai. Orang-orang Melayu yang masih mahu menyokong UMNO kerana kononnya UMNO pejuang hak bangsa Melayu perlu memikirkan kembali pemikiran kolot mereka itu, jika tidak bukan sahaja kampung Melayu akan tergadai malah seluruh tanah-tanah orang Melayu akan terus digadai. ]