Followers

Monday, November 01, 2010

Simantan mufti tersasar...

Begitulah Dr Asri mantan mufti itu. Kali ini dia saran Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Malaysia bersara politik! Dalam begitu ramai tokoh- tokoh yang patut diseru bersara politik, Anwar Ibrahim pilihannya untuk diseru bersara. Katanya 'saranannya' itu untuk perubahan dan memberi 'nafas baru' kepada Pakatan Rakyat maka Anwar perlu bersara dari politik.

Tak tahulah analisis politik gaya mana yang dibuat oleh simantan mufti ini. Tapi aku nampak analisis politiknya agak pelik dan lain. Anwar diseru bersara dari politik!

Kalau sebab umur Anwar perlu bersara, sedikit masa lagi agaknya si mantan mufti ini akan menyarankan pula Tok Guru Haji Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz bersara politik juga. Dan peliknya tidak pula mahu dia sarankan kawan baiknya Mahathir bersara politik agar lebih banyak membaca al-Quran dan memahami agama? Walaupun Mahathir tidak memegang apa-apa jawatan politik tetapi Mahathir mantan PM sama juga dengan simantan mufti, setiap hari berpolitik! Kadang-kadang kenyataan politik Mahathir lebih mengarut bunyinya. Apa tak mengarut, pemerintahan Najib-Rosmah lebih baik dari pemerintahan Pak Lah! Namun Anwar Ibrahim juga yang disaran bersara politik!

Kalau disaran Anwar Ibrahim bersara politik kerana alasan moral, bolehkah pegang alasan itu dalam keadaan perbicaraan masih berjalan dengan sebegitu rupa, untuk menuduh Anwar Ibrahim bukan-bukan? Mantan mufti patut lebih tahu hukum sebelum berprasangka kepada seseorang! Mungkin bukan alasan ini agaknya. Lain benar pemikiran Dr Asri berbanding pemikiran Tok Guru Nik Aziz kerana Tok Guru kata Anwar Ibrahimlah paling layak jadi PM jika Pakatan Rakyat menang kerana Anwar Ibrahim dalah seorang pemimpin yang berpengalaman dan tahan uji!

Jadi atas alasan apa simantan mufti menyarankan Anwar Ibrahim bersara politik ? Tiada siapa dapat menafikan akan peranan Anwar Ibrahim di dalam membawa dan menggerakan suasana politik baru dalam Malaysia kini. Dan tiada siapa dapat menafikan akan pengaruh dan perancangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan para pemimpin utama PAS serta DAP yang berjaya menggerakkan gelombang menafikan 2/3 UMNO/BN di parlimen dalam pilihanraya lalu.

Dan tiada siapa juga dapat menafikan bahawa UMNO/BN benar-benar cemas dan takut akan peranan dan pengaruh Anwar Ibrahim, mampu mengkambuskan UMNO berkubur dari politik! Kecemasan UMNO/BN boleh dilihat dengan serangan demi serangan sejak dari zaman Mahathir yang diterima oleh Anwar Ibrahim pada setiap hari baik dalam berpolitik mahupun dalam mahkamah.

Dalam keadaan Anwar Ibrahim bersama rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat semakin membawa perubahan kepada suasana politik negara dan semakin bergerak menuju Putrajaya untuk menghancurkan kuasa 'kuku besi' UMNO/BN, Dr Asri sarankan Anwar Ibrahim bersara politik! Tepatkah analisis politik simantan mufti ini ?

Apa, adakah jika Anwar Ibrahim mantan TPM itu bersara politik, Dr Asri mantan mufti berharap akan mengambil ruang yang ditinggal Anwar Ibrahim? Jika benar ada hasrat begitu, heh....tolong cermin diri! Tak sanggup dilambung ombak bagaimana nak berumah di pinggir pantai! Bagaimana mufti ini mampu untuk itu, sedangkan pada hari ini pun, dia masih tidak mahu turun-turun dari atas pagar sambil menembak sana dan menembak sini, malah kadang-kadang tersasar jauh! Harapkan pandai menembak dari atas pagar tetapi turun ke gelanggang penakut! Sekurang-kurang Fathul Razi lebih berani dari simantan mufti ini!