Followers

Saturday, October 30, 2010

Jawapan kepada Zahid: UMNO punca Melayu dihina

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS mendakwa Melayu dihina dan merempat di bumi sendiri adalah kerana sikap kronisme Umno dan pemimpin mereka sendiri.

Menjawab dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata bukan Melayu yang sering bertolak ansur, tetapi pemimpin Umno yang memegang kuasa yang berbuat demikian sehingga menggadai nasib Melayu.

"Hakikatnya Umno lah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno Putera, menyebabkan Melayu merempat di bumi sendiri.

"Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri," katanya.

Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri.

Zahid juga seperti menyalahkan Melayu yang didakwa sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.

Biarpun tidak menuding jari secara khusus kepada mana-mana pihak, kenyataan Zahid itu dilihat cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya untuk menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia," katanya lagi.

Untuk mencapai maksud itu juga, Umno katanya menggunakan modal lapok dengan memainkan isu Melayu Pulau Pinang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah.

"Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurutnya lagi, selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini.

Ianya boleh dibuktikan apabila banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.

"Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.

"Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?", soalnya.

Sehubungan itu, Umno katanya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ibarat seperti "menyuruh serigala menjaga kambing".

Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula diseru menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.

[ Mana ada pemimpin UMNO tidak memperbodohkan rakyat Melayu? Tetapi hanya rakyat yang asyik hendak menyokong UMNO membabi-buta sahaja yang sentiasa bodoh termakan segala kata-kata para pemimpin UMNO yang tidak pernah ikhlas terhadap bangsa sendiri. Konon bercakap tentang Melayu sentiasa dihina, perbuatan dan pentadbiran mereka yang rasuah, tidak berintegriti, tidak amanah, membazir, mementing hawa nafsu, rakus menguasai sistem kehakiman menyebabkan orang Melayu dihina mereka tidak sedar! Mereka memang SHIT !!]

Thursday, October 28, 2010

Ulama muda UMNO mengigau !

Belit seorang ulama muda UMNO.

Mengikut yang digelar ulama muda itu: ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya. Bagaimana pun menurut Pengerusi Jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) itu, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk sir atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar.

Aku dengar pun menyampah. Untuk mengelak kemudaran yang lebih besar konon! Kemudaratan yang lebih besar itu agaknya takut akan dimurkai oleh pemimpin UMNO maka miss soru !

Macam-macam belit, ulama pun tahu berbelit juga dalam menentang kemungkaran ?

Tegur secara rahsia itu apa faedahnya? Siapa nak dengar cakap ulama yang baru setahun jagung dalam politik macam Fathul tu? Besar mana pengaruh dia? Najib nak dengar nasihat Fathul ke ? Rosmah nak dengar nasihat Fathul ? Salam... !!

Ramai juga ulama dalam UMNO yang lebih handal, berpengaruh dan veteran dari Fathul, yang selama ini memberi nasihat dan teguran secara 'sir' atau rahsia tapi akhirnya ramai yang terpelanting, ada yang menjadi menjadi tunggul kayu malah ada yang menjadi ulardalamsemak! Pemimpin UMNO tetap tidak faham-faham Islam!!!

Fathul nak nasihat Najib dan Rosmah? Nasihat Fathul akan diikuti oleh Najib dan Rosmah? Rosmah hendak ikut nasihat Fathul ? Rosmah ? Apa...mengigau ke Fathul ni ?

Malaysia bakal menghalalkan industri seks ?

UMNO kian busuk dan hodoh kelihatannya. Para pemimpin UMNO kian menjadi tegar dan tersasar dari sebarang sensitiviti agama Islam serta nasihat dari rakyat. Keegoan isteri Perdana Menteri semakin menjangkiti keseluruhan kepimpinan parti yang bernama UMNO. Resah gelisah rakyat dipersetankan malah sensitiviti rakyat marhaen terutama yang beragama Islam terus dilanyak semahunya.

Apakah ini bermakna agenda Yahudi kian dominan dalam kerajaan pimpinan UMNO Najib-Rosmah ini. Bermula dengan penyamaran "first lady', diikuti dengan festival fesyen pakaian wanita yang kononnya fesyen pakaian Islam di Monte Carlo sehingga menghina Nabi Muhamad SAW, yang penaungnya atau pencetus ideanya dipertahankan pula oleh ularmak muda yang aku rasa nak maki-maki muka dia tu (Fathul Bahri...berhikmah konon..!!) , diteruskan dengan pengumuman Bajet Seluar Dalam dan Baju Dalam Wanita ( malu...!!), KINI pemerintahan UMNO pimpinan Najib mahu membuka lebih banyak kelab-kelab malam di negara ini di bawah Progam Transformasi Ekonomi bagi memacu industri pelancongan secara aktif.

Apakah maknanya itu ? Berhibur di waktu malam...sepanjang malam! 24 jam! Apakah yang bakal terjadi berhibur pada setiap malam? Tidakkah ini mengharap ekonomi dipacu, anu yang akan memancut sana, memancut sini ? Apakah ini akan mendorong kewujudan insdustri seks di negara ini? Tidak gilakah ini namanya ?

Kes buang bayi tidak pernah selesai. Penangkapan pelacuran tidak pernah habis. Nampaknya menghalalkan sahaja kegiatan ini menjadi penyelesaian mudah dan menguntungkan kerajaan pimpinan UMNO. Seperti judi, jika tidak beri lesen bagi kerajaan UMNO, itu haram. Jika diberi lesen bagi kerajaan UMNO, itu halal! Maka dalam kepala otak pemerintahan UMNO Najib lebih baik bagi lesen! Menjadi 'halallah' judi...!! Apakah kegiatan pelacuran akan menjadi seperti itu? Tidak mustahil nampaknya !

Ini jugak nampaknya benar-benar Idea Seluar Dalam (ISD) seperti Bajet Seluar Dalam (BSD) juga. Rupa-rupanya PM sebut seluar dalam semasa pembentangan bajet tempoh hari bukan saja-saja tetapi inilah arah tujunya! Idea bangang siapakah ini ? Apakah ini idea 'orang sebelah' ? Siapa PM ini ?

Kepada orang Melayu yang beragama Islam yang masih mahu memangkah dan mengundi UMNO dalam pilihanraya akan datang, muhasabah diri anda. Mahukah sama tangan anda menyumbang kepada tibanya mungkin bala yang lebih dahsyat dari Tsunami yang bakal melanda Semenanjung Malaysia ini? Ambillah renungan dan pengajaran !

Dr Maamor Mansor, Presiden PPIM sendiri yang begitu rapat dengan kerajaan UMNO/BN, sedang menunggu pilihanraya akan datang untuk mengajar kepimpinan pemerintahan UMNO/BN yang tidak peka kepada agama Islam sekarang ini. Manakala Dr Asri Zainul Abidin berpendapat langkah menukar keseluruhan kepimpinan pemerintahan negara yang ada kini boleh difikir untuk mengatasi masalah kebobrokan pemerintahan UMNO/BN ini, sewaktu beliau mengulas dengan kecewa mengenai penyalahgunaan wang zakat seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara.

Anda yang masih menyokong dan mahu mengundi UMNO, apakah sanggup 'membusukkan' dan 'memekongkan' diri anda kerana UMNO yang kian busuk dan pekong itu ? Apalah anda ini teruk sangat ? Tak boleh fikir ke?

Wednesday, October 27, 2010

Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

[Apa yang berlaku ini adalah kerana berjayanya proses memandirkan rakyat yyang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN. Bagi mereka selagi rakyat menjadi pandir dan berada di dalam keadaan yang pandir untuk terus mengundi UMNO/BN secara membabi-buta dalam setiap pilihanraya maka selagi itulah denyut nadi pemerintahan korup UMNO/BN akan berpanjangan. UMNO/BN tidak rugi malah untung besar selagi para mengundi UMNO/BN terus pandir. Rugikah UMNO/BN jika sekiranya walau apapun kepincangan integriti , penuh korupsi pemerintahan UMNO/BN di dedahkan, pengundi yang pandir akan terus memangkah UMNO/BN? Tetapi bayangkan jika UMNO/BN memerintah rakyat yang cerdik dan bijak sudah pasti UMNO/BN akan balik awal! Sah ! BUat masa ini ramai pengundi yang dipandirkan ialah dari kalangan pengundi Melayu yang berada di kawasan luar bandar. Apakah tidak pandir walaupun telah dimaklumkan bahawa hutang yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN sekarang ini begitu besar sehingga jika dibahagi mengikut populasi rakyat Malaysia, setiap orang rakyat menanggung hutang sebanyak RM14000 seorang, mereka masih tidak berganjak mahu memangkah UMNO/BN ? Pandirlah tu namanya atau dalam bahawa kasarnya BODOH !! Banyak lagi kalau nak di sebut contoh yang pandir-pandir ni...]