Followers

Thursday, October 21, 2010

Sudah sudahlah sokong UMNO...Isteri Presiden UMNO hina Islam !

Menghina Nabi Muhammad!
Menghina Islam !!

Kurang ajar !!
Orang yang menganjurkan program ini pun kurang ajar !!
Orang yang namakan ini pertunjukan Fesyen Islam pun kurang ajar !!

Mana PERKASA ?
Mana PPIM ?
Mana Pemuda UMNO ?
Mana Sekretariat Ularmak muda UMNO ?
Mana Harussani ?
Mana Jamil Khir ?
Mana Mashitah Darurat ?
Mana yang marah sangat 'duit judi' diberi kepada orang Pulau Pinang ?

Penyokong UMNO dan pengundi UMNO yang beragama Islam , yang sembahyang tak tinggal, terus 'dipandirkan' tentang Islam !!

Berhentilah sokong UMNO !!
Sudahlah isteri Presiden UMNO hina Permaisuri Agung First Lady Malaysia,
Kini isteri Presiden UMNO yang muka tak malu itu hina Islam pula!

Tak menghina ke tu?

Tuesday, October 19, 2010

FDI: Filipina pun boleh atasi Malaysia !

Ini satu lagi. Kepada yang masih menyokong UMNO dan masih mahu mengundi UMNO dalam Pilihanraya ke 13 nanti, cukuplah menjadi bodoh kerana UMNO. Realitinya selagi anda menyokong dan mengundi UMNO selagi itulah setiap hari anda ditipu hidup-hidup oleh UMNO.

Dari mulut pemimpin UMNO semua okay tentang Malaysia terutama bab ekonomi, tak ada yang tak okay. Kata ekonomi memberansangkan dan berdaya maju tapi bila nak bagi bonus kepada kakitangan awam, beban kewangan terlalu tinggi. Bagi pemimpin UMNO projek Bakun tidak membebankan, membina sebuah lagi bangunan 100 tingkat tak membebankan, melayan nafsu berbelanja Rusmah di dalam dan luar negara tidak membebankan. Itulah UMNO yang anda para penyokong UMNO sokong sangat dan nank undi lagi dalam pilihanraya akan datang. Aku kata bodoh lagi sekali, marah.

Tengok pula pelaburan langsung asing ke Malaysia merosot 81 % peratus kalah kepada Filipina! Nampak sangat selagi UMNO diberi perintah selagi itulah pelabur tidak akan masuk. Selagi kes Anwar diadili mengikut nafsu serakah UMNO, selagi itulah Malaysia akan hiloang integriti dan kehurmatan di mata dunia. Siapa nak melabur jika begitu ?

Oleh yang demikian para penyokong UMNO dan para pengundi UMNo sudah sampai masa menjadi orang yang berfikiran terbuka dan bukan menjadi macam katak di bawah tempurung. Celikkan minda anda kuatkan jiwa anda, nyahkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang jika mahu melihat kuasa orang Melayu Islam lebih dominan dalam negara. Jika tidak penyokong UMNO dan orang Melayu hanya dapat kepala taik. Apa tidaknya, pakaian fesyen Islam yang syari'e pun sudah tidak kenal atau sesat barat dek kerana Rosmah seorang !!

Baca di bawah ini. Cukuplah digula-gulakan oleh UMNO/BN...cukup!!! Inilah realiti kita di bawah pemerintahan Najib...:


KUALA LUMPUR 18 Okt - Penurunan pelaburan langsung asing ke Malaysia sebanyak 81 peratus pada 2009 menyebabkan Filipina mengatasi negara dari segi FDI buat pertama kali dalam sejarah.

Mendedahkan situasi yang memalukan negara ini, Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asean yang mengalami aliran FDI negatif malah kepada Thailand yang mengalami kekacauan politik sepanjang tahun lalu namun masuh mampu menunjukkan peningkatan FDI antara 6.0 hingga 7.5 peratus.

Tambah Anwar, dikalangan negara Asean, prestasi kemasukan FDI Malaysia hanya lebih baik negara dunia ketiga seperti Kemboja, Burma, Laos, dan Timur Leste.
Singapura pula dijangka menikmati perkembangan daripada 13 hingga 15 peratus iaitu dua kali ganda melebihi Malaysia, dan China pula mencatat pertumbuhan 9.9 peratus.

"Indonesia yang tidak mengalami pengucupan pada 2009 mendapat pertumbuhan sebanyak 6 peratus, lebih dari pertumbuhan yang dijangka dicapai oleh Malaysia kerana pertumbuhan Malaysia yang relatif kepada pengucupan pada tahun lalu lebih lemah dan lembab daripada
Indonesia," kata Anwar semasa berucap di Dewan Rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2011.

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional menangani keperluan pengolahan pengurusan ekonomi negara dijangka hanya mencatatkan pertumbuhan FDI sebanyak 7 peratus bagi tahun 2010 dalam keadaan di mana perdagangan dunia meningkat sebanyak 11.4 peratus berbanding pengucupan sebanyak 11 peratus tahun lalu.

Anwar menjelaskan laporan terbaru World Investment Report 2010 menunjukkan ketidak yakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"FDI Malaysia merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada 2009, berbanding Thailand yang mendapat RM19.01 bilion dan Indonesia pada RM19.08 bilion.

"Ini menunjukkan kemasukan FDI yang paling rendah sejak 20 tahun lalu, selain pada tahun 2001 di mana negara mencatat FDI RM1.54 bilion," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, laporan Bank Of Amerika Meryll Lynch yang terbaru juga menunjukkan Malaysia gagal muncul dalam 10 destinasi terbaik kemasukan FDI bagi 2008 dan 2009 tetapi dikategorikan sebagai pasaran paling kurang diminati pelabur.

Sehubungan itu, Anwar menekankan peri pentingnyapengurusan dan urus tadbir yang baik dan cekap, bersih daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kronisme, meningkatkan keupayaan dan daya saing, serta menekankan isu ketidak pedulian terhadap nasib rakyat
Sumber


Monday, October 18, 2010

Orang kata bodoh marah tapi memang bodoh pun !

Aku dah cakap orang yang totok sokong UMNO sampai tak reti hendak berfikir rasional memang bodoh. B.O.D.O.H = BODOH !

Isteri pemimpin utama UMNO yang jugak ahli UMNO menyamar sebagai First Lady, disokong !

Pemimpin bengap UMNO Melaka membuat sekolah hamil, sokong juga !

Pemimpin UMNO nak bina bangunan 100 tingkat dalam keadaan majoriti rakyat tertekan dengan harga barang mahal dan hidup susah, sokong juga !

Ahli wanita UMNO yang menyamar sebagai First Lady anjur pertunjukan fesyen kononnya Fesyen Islam, eh sokong !

Orang itu jahil, habis semua penyokong UMNO jadi jahil termasuk dengan ulama muda sekali. Senyap tak berbunyi untuk sekurang-kurang jelaskan apakah itu fesyen Islam. Pakaian Islam begitu gaya? Kata jahil murakab, marah !

Alahai.... bilalah penyokong-penyokong UMNO ini nak cerdik dan tidak jumud ?

Memang kakitangan awam dasar muka RM500 !

Kawan aku merungut "Heh 500 !!". Katanya kalaulah untuk belanja persekolahan anak RM500 memang tidak cukup. Dalam keadaan barang keperluan sekolah semakin mahal dan bilangan anak yang ramai bersekolah, bagi kepada kakitangan awam RM500 macam tak ikhlas sahaja, kata kawan itu. Sakit hati aku katanya !

Dia mula menyenarai keperluan sekolah untuk seorang anaknya:

1. Beg sekolah RM 40.00
2. Baju sekolah sepasang RM 30, dua pasang RM60.00
3. Kasut sekolah sepasang RM30.00
4. Stokin 2 pasang RM10.00
5. Bayaran Yuran sekolah RM40.00
6. Bayaran PIBG RM50.00
7. Buku tulis, latihan dan alat tulis RM50.00
8. Yuran Asrama RM30.00 ( Kalau baru hendak tinggal di asrama lagi besar belanjanya-macam-macam keperluan kena dibeli)

Jumlah RM300.00 untuk seorang anak. Seorang anak sahajakah ? Dan anak-anak yang sekolah rendah sahajakah ? Bagaimana dengan yang berada di sekolah menengah?

Katanya kalau hendak bagi duit naik sekolah bukan RM500, patutnya paling kurang RM1000.00 kerana realitinya banyak lagi yang perlu dibayar untuk seorang anak termasuk duit minyak untuk hantar pendaftaran anak-anak di hari pertama. Bagaimana pulak dengan tambang bas anak-anak di hari pertama itu ? Itupun urusan naik sekolah juga, katanya!

Nampaknya begitulah kerajaan UMNO/BN yang kononnya rakyat didahulukan prestasi diutamakan. Sudahnya PERMATA Rusmah yang entah ya entah tidak itu yang didahulukan. Pangkah lagi UMNO !!!! Pangkah ! Tahun depan dapat lagi RM 500. Memang kakitangan awam zaman Najib, kakitangan awam dasar muka 500.00 !