Followers

Saturday, October 16, 2010

Rosmah dapat RM111 juta, kakitangan kerajaan hanya dapat RM500.

Aku tetap berpendirian jika masih ada orang Melayu yang mengundi UMNO dalam Pilihanraya akan datang tetap aku anggap sebagai "BODO!!". Oleh yang demikian cukuplah kita menjadi bodoh kerana diperbodohkan oleh kerajaan yang berketuakan UMNO ini. Kerajaan yang diperintahkan UMNO ini kelihatannya hanya mementingkan rakyat apabila mereka berhasrat kepada sokongan rakyat. Ramai yang mengatakan pilhanraya kian hampir. Sebab itulah kerajaan UMNO /BN ini kelihatan sepintas lalu begitu lunak dalam Bajet 11nya.

Namun demikian jika diamati Bajet 11 ini adalah Bajet untuk kroni dan untuk isteri yang suka membazir. Elaun JKKK dinaikkan sedangkan apa yang JKKK buat untuk orang Melayu di kampung-kampung? Bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya JKKK kerana ada kalangan JKKK yang menjadi broker tanah untuk dijual tanah orang Melayu kepada bangsa bukan Melayu yang kaya raya. Sekadar duduk 'bermesyuarat' yang tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat tempatan. Siapakah JKKK ini kalau tidak orang UMNO totok yang sering menganaktirikan kalangan penduduk yang berlainan fahaman politik. Dan banyak jugak projek-projek kecil luar bandar yang disapu oleh JKKK dan kroni. Inilah antara yang diiktiraf oleh kerajaan UMNO/BN kerana kerja-kerja mereka untuk UMNO bukan untuk rakyat.

Siapa pula kontrator kelas F? Walaupun ada yang tidak menyokong kerajaan namun majoritinya adalah dari kalangan pemuda UMNO/BN dan UMNO/BN bahagian yang mendapat 5 hingga 6 projek seorang! Inilah antara orang yang ditolong dalam Bajet 11 ini yang akhirnya akan menyumbang kepada UMNO. Orang UMNO juga yang diberi ganjaran! Rakyat yang tidak menyokong UMNO....padan muka! Apa yang Kelantan dapat dari Bajet 11 ini? Itulah UMNO sebenarnya.

Semua orang sayang isteri tetapi adalah melampau sayang isteri sehingga menidakkan peranan Kementerian yang berkenaan dan hak rakyat awam. Isteri dengan projek PERMATA yang di atas kerja sahaja untuk anak-anak genius miskin, namun realitinya, menjadi untuk anak-anak orang kaya juga, telah mendapat RM111 juta sedangkan Sekolah Agama Rakyat yang dipenuhi oleh ribuan rakyat miskin di seluruh negara hanya mendapat RM95 juta.

Paling hiba dan menyedihkan kakitangan awam yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah hanya mendapat ihsan anak sekolah tahun depan sebanyak RM500 ringgit seorang. Cukupkah RM500 tu? Kata seorang sahabat yang juga seorang kakitangan awam, " Muka aku ni dah dua tahun Najib jadikan muka RM500."

Aku hanya menjawab sinis, " Padan muka engkau..pangkah lagi... !".

Bajet 11 bajet untuk rakyat ?

Friday, October 15, 2010

Isteri Perdana Menteri yang penyebuk dan tak tahu malu...menyampahnya aku !

Rosmah tiada jawatan rasmi tapi berlagak menteri

Kongsi 89

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.

Ini kerana menurut Zuraida (kanan), tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?


"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.

"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," kata Zuraida.

Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri.


"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi.

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .

Pusat itu ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

Lawatan Rosmah ke CIG itu telah dibidas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad (atas, kanan) yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala berkenaan.

Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini.


Wednesday, October 13, 2010

Di Kelantan, Encik Beraheng ?

Antara berita dan cerita hari ini ialah Datuk Ibrahim Ali, Presiden apa yang dipanggil PERKASA yang mempunyai ramai pahlawan-pahlawan menyamar bangsa Melayu dari keturunan Mandaliar, dilucut gelaran Datuk oleh Sultan Kelantan.

Maka lihatlah wajah 'PERKASA', Encik Beraheng Ali itu setelah dilucutkan gelaran Datuk. Konon kata memperjuangkan institusi raja, namun ada jugak raja yang 'menawok mu' kan Encik Beraheng.

Kini di Kelantan mulai hari ini (?) wajah PERKASA di sebelah itu akan 'bergelar' Encik Beraheng Ali.

Namun begitu katanya dia masih bergelar Datuk kerana mempunyai anugerah Datuk dari Melaka dan Selangor. Anugerah Selangor bolehlah dikatakan mantap tapi anugerah dari Melaka sama taraf sahajalah dengan Shah Rukh Khan! Ek eleh !

Demikianlah sebelum Encik Beraheng 'menengejutkan' 1Malaysia seperti yang pernah dijanjikan, hari ini muka Encik Beraheng sendiri nampaknya macam orang terkejut ............... !

Monday, October 11, 2010

1Malaysia dan sang-sang penyamar ....

Zaman pemerintahan PM Najib macam-macam ada! Ada 1 Malaysia yang sama bunyinya macam 1Israel. Dah manalah orang tak kata tiru Israel !

Ada juga NKRA. Lain yang dimaksudkan lain dibunyikan orang; Najib Kerja Rosmah Arah. Macam-macam ! Ya lah tak ada angin masa kan pokok bergoyang !

Hehe...orang yang suka menyamar pun ramai. Ada yang menyamar jadi anak raja pada hal remaja biasa.... ada yang menyamar jadi polis pada hal pembunuh....ada yang menyamar jadi bomoh pada hal perogol....ada yang menyamar jadi jiran padahal pembunuh....

Ada juga yang menyamar jadi penumpang bas ekspress pada hal polis trafik. Ini baguslah, penyamaran demi menyelamatkan nyawa penumpang.

Antara yang paling menggemparkan ada yang menyamar menjadi pahlawan Melayu. Yang dilawannya hanya seorang budak rap Cina ! Buat malu orang Melayu je! Askar-askar Melayu rasanya lagi munasabah bergelar pahlawan Melayu dari penyamar ini. Penyamar sungguh rupanya ! Itulah kalau dah bertuankan sang katak maka hilanglah ke-malu-an !

Yang paling terkini ada penyamar First Lady sedang kan dia big lady....huhuhu... Perasan-perasan !Tak malu sungguh ! Lagi tak malu apabila dengar ceritanya tidak ada pun First Lady yang ori , yang ingin nak layan sidang kemuncak Fisrt Lady sang penyamar itu! First Lady pun ada sidang kemuncak ka? Kemuncak apa ? Kemuncak mana ?

1Malaysia..... macam-macam ada !