Followers

Friday, September 24, 2010

Ya, seluruh rakyat harus menentang 'kegilaan' ini dan program 'perasan' dan tidak sopan yang hendak dianjurkan.

First Ladies : Rosmah tidak sopan pada Permaisuri Agong

Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.

"Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia.

Sumber: harakahdaily

Thursday, September 23, 2010

Pembunuh Susilawati dapat ilham dari kes Altantuya?

Oleh: Mohamed Hanifa Maidin

Jika kita perhatikan ada ciri-ciri persamaan antara kes pembunuhan Altantuya dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Apa yang jelas persamaan pertama bagi kedua-dua kes tersebut adalah kedua-dua mangsa adalah wanita. Kedua-duanya dari negara 2M- Mongolia dan Malaysia. Kekejaman penjenayah ke atas golongan wanita di negara ini boleh dilihat dari kes pembunuhan kanak-kanak dan remaja perempuan sehingglah ke wanita dewasa sama ada wanita Malaysia atau wanita Monggolia.

Persamaan kedua adalah melibatkan isu motif pembunuhan. Berdasarkan laporan media massa nampaknya pembunuhan Sosilawati , sepertimana kes Altantuya, juga melibatkan unsur kewangan. Dalam kes Altantuya , kita dikhabarkan wanita dari Negara Genghis Khan itu sanggup datang ke Malaysia bagi mendapatkan duit komisyen penjualan kapal selam. Di dalam kes Sosilawati pula dikhabarkan ianya melibatkan urusan penjualan dan pembelian hartanah yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Pokoknya kedua-dua kes pembunuhan itu melibatkan soal wang. Wang adalah simbol kuasa. Kerana kuasa orang sanggup membunuh .

Persamaan ketiga adalah modes operandi pembunuhan tersebut. Kita tertanya-tanya adakah mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain tersebut mendapat ilham dari kes pembunuhan Altantuya ?Mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan mereka yang membunuh Sosilawati mendapat ilham dari kes pembunuhan Altantayu Sharibu

Bagi mendakwa seorang pembunuh, pendakwa perlu buktikan wujudnya mangsa yang dibunuh. Bagi membuktikan mangsa dibunuh, perlu dibuktikan kewujudan mayat yang yang dikatakan menjadi mangsa pembunuhan tersebut.

Modes operandi pembunuhan Altantuya adalah pertamanya melenyapkan segala bukti yang membolehkan mayat mangsa ditemui atau dikenalpasti. Oleh itu sekadar menembak Altantuya tidak mencukupi. Mayatnya perlu di”ghaib”kan dengan meletupkan tubuh badannya dan membakarnya sehingga menjadi abu. Dengan itu harapan untuk mengenalpasti mangsa akan menjadi terlalu sukar jika pun tidak mustahil.

Bukankah modes operandi yang sama juga kini diaplikasikan di dalam kes Sosilawati. Apa yang jelas sepertimana pembunuh Altantuya, pembunuh Sosilawati, siapa pun dia, memang berniat mahukan segala bukti yang membolehkan mayat Sosialawati dikenalpasti dilenyapkan . Maka atas dasar itu dikatakan oleh pihak polis, mayat Sosilawati telah dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai. Dengan membuang abu ke dalam sungai nampaknya pembunuh Sosilawati menambahbaik teknik pembunuhan yang dilakukan ke atas Altantuya. Jika nak kenalpasti Altantuya agak sukar kerana mayatnya sudah menjadi abu, maka usaha mengenalpasti mangsa dalam kes Sosilawati kini bertambah-tambah sukar kerana bukan sahaja mayat telah menjadi abu, abu mayat pun turut dibuang ke sungai.

Persamaan berikutnya adalah suspek yang dilibatkan dengan pembunuhan Altantuya dan Sosilawati juga melibatkan mereka yang mempunyai sumber kewangan yang agak lumayan. Dengan kata lain mereka adalah orang kaya. Dilaporkan di dalam akhbar antara suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati adalah mereka yang bergelar Datuk dan mempunyai harta yang agak banyak. Harta dan kewangan adalah simbul kekuasaan. Kuasa boleh membeli pengaruh. Pengaruh pula, jika tidak dikawal, boleh membunuh.

Persamaan berikut mungkin ramai yang tidak perasan. Di dalam kes Altantuya, semasa Razak Baginda membuat permohonan bagi mendapatkan jaminan, beliau menyatakan di dalam afidavitnya bahawa beliau telah mendapatkan bantuan dari salah seorang anggota pasukan keselamatan yang dituduh bersama-sama beliau iaitu C/Inspektor Azilah Hadri yang diperkenalkan kepada Razak oleh DSP Musa Safri. Di dalam afidavitnya Razak menyatakan C/Inspektor memberitahunya bahawa beliau bertanggungjawab ke atas pembunuhan enam orang atau lebih dan beliau boleh menolong Razak.

Kini di dalam kes Sosilawati kita juga dikhabarkan suspek yang terlibat juga dikatakan pernah terlibat dengan kematian beberapa orang lain sebelum ini.

Persoalannya kenapa hanya selepas kes Altantuya timbul, barulah timbul berita kes pembunuhan enam orang yang dikatakan di bawah tanggungjawab Azilah .Siapakah enam orang tersebut yang dikatakan dibunuh oleh Azilah sehingga kini menjadi misteri.

Misteri yang sama juga timbul di dalam kes Sosilawati. Jika Sosilawati tidak dibunuh apakah terbongkar kisah kematian jutawan India dan beberapa individu yang lain yang dikaitkan juga dengan suspek di dalam kes Sosilawati. Jika kes Sosilawati tidak menjadi berita hangat di media massa adakah kes-kes lain itu akan juga disiasat atau disiasat secara terperinci dan didedahkan hasil penyiasatan kepada orang ramai ?

Persamaan yang terakhir antara kes Altantuya dan kes Sosilawati adalah kedua-dua kes tersebut berjaya merosakkan imej negara Malaysia. Dalam hal ini kita perlu ucapkan tahniah kepada Kerjaaan BN ! Ia menunjukkan betapa tidak selamatnya negara ini di pandangan negara dan orang luar. Jika Lee Kuan Yew pernah mengatakan suatu ketika dahulu negara ini tidak selamat kerana kadar jenayah yang tinggi bolehkah kita salahkan beliau ?

http://peguampas.blogspot.com/

Wednesday, September 22, 2010

Betulkah telatah Tok Guru Nik Aziz mengundang bencana kepada bangsa Melayu atau telatah mu tu Bereheng ?

Dalam serangannya terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai 'tidak bangga berbangsa Melayu', Si Raja Katak yang kini hampir disepak oleh UMNO itu telah berkata seperti orang yang tidak sedar. Katanya kepada Tok Guru Nik Aziz:

"Dia rasa sudah berjaya memperdayakan DAP dengan menarik perhatian orang Cina sedangkan dia tidak sedar DAP sedang mentertawakannya kerana banyak telatahnya mengundang bencana kepada bangsa Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini."

Yang menarik dari kenyataan si Rajah Katak itu ialah "...kerana banyak telatahnya yang mengundang bencana kepada bangsa Melayu....".

Bila asalnya katak memang yang ditahunya buat riuh sahaja. Ong sana...ong sini tapi tetap tak tahu apa yang di-ong-kan-nya! Janji orang tahu dia katak!

Bodohnya manusia yang tinggal di bumi Malaysia ini jika percaya dakwaan si Raja Katak bahawa telatah Tok Guru Nik Aziz-lah yang mengundang bencana kepada bangsa Melayu. Maksudnya siapalah yang mahu menjadi bodoh seperti si Raja Katak Bereheng, untuk percaya bahawa telatah Tok Guru Nik Aziz-lah yang menyebabkan bencana-bencana ini menimpa bangsa Melayu.

Apakah antara di bawah semua ini merupakan akibat telatah Tok Guru Nik Aziz:

1. Biasiswa kepada pelajar-pelajar berbangsa Melayu telah menjadi pinjaman yang membebankan hidup dan masa depan generasi belia Melayu.

2. Hampir separuh tanah rezab bangsa Melayu tergadai dan terlepas dari orang berbangsa Melayu.

3. Banyak pasir-pasir di Johor sewaktu seorang menteri besar yang menghapuskan cuti am hari Jumaat (hari orang Melayu bersolat Jumaat) menjadi hari Ahad di johor yang Raja Katak sendiri tahu dijual ke Singapura telah menguntungkan individu-individu yang pasti bukan bangsa Melayu.

4. Berjuta saham orang berbangsa Melayu hilang entah ke mana seperti yang diumumkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini.

5. Duit tunai FELDA hampir kering yang mana peneroka FELDA majoritinya berbangsa Melayu.

6. Hilang Bahasa Melayu, bahasa bangsa Melayu sebagai bahasa ilmu juga bencana yang menimpa orang berbangsa Melayu.

7. Bencana ekonomi iaitu ekuiti bangsa Melayu yang disasarkan 30 % tidak pernah tercapai sejak 53 tahun merdeka

8. Bencana seperti banyaknya kejadian jenayah kejam dan banyaknya lahir anak-anak haram dari kalangan bangsa Melayu .

9. 2 buah pelantar minyak di bumi Sarawak tergadai kepada negara luar.

10. Tanah KTM di Singapura sedang sedang tidak selamat di Singapura.

11. Dulu ada dakwaan dari Mufti Perak bahawa ramai orang Melayu murtad dari agama Islam

Dan macam-macam lagi bencana yang menimpa orang Melayu kini...adakah dalam kalangan spesis omanusia di Malaysia ini yang percaya bahawa itu semua berlaku kerana telatah Tok Guru Nik Aziz ? Hoo...sewel !!


Monday, September 20, 2010

Membunuh diri: Trend baru zaman Najib untuk selesai masalah?

Ulasan ini adalah berdasarkan dari apa yang dilaporkan oleh media dan media baru setakat hari ini. Seorang lagi pengasas kosmetik kecantikan jenama eveer, Puan Sarina telah meninggal dunia. Meninggal dunia kerana membunuh diri!

Berita mati membunuh diri seumpama tidak langsung membuat aku terkejut dalam zaman kebendaan ini. Cumanya aku terasa sayu hati mengenangkan nasib umat Islam di negara yang dipimpin oleh PM Najib dari UMNO/BN ini. Nampaknya macam-macam boleh berlaku di zaman ini. Mati ditembak, mati dipukul, mati didera, mati disamun dan sudahlah mati ada lagi perbuatan zalim yang dibuat kepada yang telah mati itu- diletup, dibakar, dirogol dan macam-macam.

Apakah sekarang ini menjadi trend baru orang Islam yang umumnya orang melayu sanggup mati membunuh diri ? Membunuh diri bersama kekasih di dalam kereta, membunuh diri dengan mengelar tangan dan menggantung diri dalam bilik. Apakah makna semuanya ini?

Apakah boleh aku katakan alangkah jahilnya sebahagian umat Islam di negara ini tentang hukum membunuh diri sehingga sanggup melakukannya? Walau frust menonggeng macam mana sekalipun apakah Melayu baru 1Malaysia jahil sangat cara-cara menghadapinya atau mengatasinya mengikut kaedah Islam yang sebenar selain membunuh diri? Agaknya begitu ramai umat Melayu Islam di zaman PM Najib ini yang tidak yakin (tidak beriman) akan adanya hidup sesudah mati untuk menghadapi hari perbicaraan agung di Padang Mahsyar dan adanya siksaan neraka?

Malangnya dengan keimanan umat Islam yang begitu tipis malah ada yang tidak beriman langsung, kerajaan UMNO/BN tidak berbunyi mulut untuk membuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini. UMNO terus-terusan sibuk dengan isu perkauman, PERKASA yang tidak berguna sesen itu, perpaduan ala 1Malaysia yang tidak ada aura langsung dan macam-macam lagi program yang tidak mambantu membentuk manusia yang beragama dan beriman. Nampaknya UMNO dan para pemimpinnya telah 'buta' dari nampak akan masalah iman dan taqwa rakyat yang diperintahnya!

Alangkah bangangnya pemerintahan UMNO yang hanya menyediakan Sekolah Hamil tetapi tidak buat apa-apapun untuk menghalang remaja dari hamil. Program-program yang mendorong remaja hamil semakin bersepah di merata tempat terutama di Melaka.

Bila aku menyalahkan UMNO yang memerintah Malaysia hari ini, ada pengagum yang taik UMNO yang memaki hamun aku dalam komennya di blog ini. Memang begitu pengagum UMNO yang bertaraf taik tidak tahu berfikir secara cerdik dan berwawasan Islami malahnya mampu menjilat taik UMNO secara membuta tuli secara gelojohnya.

Buka minda anda, ikhlaskan diri anda, selamatkah umat Melayu jika tanpa Islam yang di sana ada iman dan taqwa? Orang melayu tanpa iman dan taqwa seperti anda yang berkenaan, segelintir kecil penyokong UMNO yang jahil hanya akan menjadi lembu kepada UMNO. Hati anda terus tidak terusik atau tersentuh rasa gundah apabila mendengar saudara seagama anda menyelesaikan kekecewaan dunia yang hampas ini hanya dengan membunuh diri. Jangan cakap ini masalah individu kerana pemerintah mempunyai tanggungjawab dunia dan akhirat untuk mendidik dan mengajak rakyat jelata ke syurga bukan ke neraka.