Followers

Wednesday, September 01, 2010

1Malaysia telah dirusakkan oleh UMNO/BN sendiri .

Antara projek besar Najib sebaik 'bertahta' di Putrajaya ialah projek gagasan1Malaysia. Kalau di Israel dulu ada one Israel dan Malaysia juga tidak kalah dengan idea 1Malaysia. Sama ada ia nya serupa atau dari idea yang sama aku tak mahu komen.

Apa yang aku tahu, gagasan 1Malaysia ialah gagasan untuk memantapkan perpaduan antara kaum dan bangsa yang berada di Malaysia dalam era pemerintahan Najib. Bagus gagasan itu! Dari segi bunyi 1Malaysia tidak menimbulkan masalah aqidah berbanding Islam Hadhari dahulu.

Namun begitu gagasan 1Malaysia tetap kontraversi dan juga mampu menyentuh aqidah umat Islam Malaysia apabila ianya dikatakan meniru dari gagasan one Israel rejim ganas dan buas Yahudi yang begitu banyak membunuh umat Islam Palestin dan merosakkan Masjidil Aqsa antara tanah suci umat Islam. Dan gagasan 1Malaysia itu mendapat nasihat 'first hand' dari sebuah firma Yahudi di Amerika. Sedangkan Allah melarang membuat baik dengan bangsa ini!

Mungkin akibat dari sentuhan Yahudi musuh umat Islam maka kini gagasan 1Malaysia yang berhasrat memantapkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum telah semakin hari semakin rosak dan punah. Setiap hari dan ketika gagasan 1Malaysia ini dihodohkan rupanya sehingga gagasan ini menjadikan gagasan 1Malaysia Najib UMNO punya = Hanya Najib dan UMNO boleh buat apa sahaja !!

Yang anehnya gagasan 1Malaysia Najib ini bukan dirusak, dipunah dan dihodohkan oleh parti-parti pembangkang dari Pakatan Rakyat tetapi ianya dirusak, dipunah dan dihodohkan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional terutama UMNO.

Dalam perutusan ringkas sempena hari kemerdekaan Najib berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama.

Persoalannya Najib tuju kepada siapa peringatan itu? Bukankah Najib meludah ke langit? Kelihatan dari apa yang berlaku puak-puak Najiblah yang penuh kejumudan dan bersikap melampau.

1. Puak-puak Najib yang tidak membenarkan orang-orang bukan Islam masuk ke surau masjid sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan boleh demi tujuan memperkenal dan dakwah Islam. Puak-puak Najib juga (utusan malaysia ) memainkan isu ini sehingga menimbulkan salah faham masyarakat.

2. Puak-puak Najib juga dahulu yang mengarak kelapa lembu di Shah Alam.

3. Puak-puak yang mesra dengan Najib, Ibrahim Ali yang menghalau kaum lain balik ke negara asal.

4. Puak-puak yang mesra dengan Najib, Chua Soi Lek yang mempertikai ekuiti 30% untuk bumiputera.

5. Puak-puak yang mesra dengan kumpulan Najib, Harussani yang membawa isu yang membimbangkan keselamatan negara konon perlembagaan baru digubal.

6. Puak-puak Najib juga (Zahid Hamidi) yang mula mendedahkan kepada dunia bahawa kapal selam yang baru dibeli belum boleh menyelam kerana kerosakan teknikal bukan YB Nurul Izzah.

7. Puak-puak Najib juga yang tersindir dengan budak cina yang bergelar namewee itu lantas menggesa berbagai tindakan diambil kepadanya.

8. Puak-puak Najib juga yang bersikap jumud dan melampau menghalang royalti minyak kepada negeri Kelantan.

Jelas hari kepimpinan PM Najib telah hilang kewibawaan dan hilang integriti. Kepimpinan Najib telah hanyut terlalu jauh dalam gelora isu perkauman dan agama yang mereka cipta sendiri. Hingga percakapan apa yang terkeluar dari mulut mereka tidak sedari, merapu!

Jika begini, siapa lagi yang cerdik yang percaya kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib ini kecuali pengampu dan perkakas serta orang-orang yang dipelihara untuk terus tidak ada ilmu dan akhirnya menjadi bagaikan lembu dicucuk hidung untuk ditarik ke sana ke mari! Masya Allah !

Berikan kepercayaan penuh kepada PAS - Abdul Hadi


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga, menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.

Sumber: harakahdaily

Monday, August 30, 2010

Kalau Bereheng Ali kata, Tok Guru Nik Aziz beriman tapi tak taqwa, Bereheng pula tidak taqwa tapi auta ! Jadi-jadilah auta Bereheng !!


Kerana mempertahankan YB DAP masuk ke surau sebab berurusan dengan rakyat, maka Bereheng Ali kata Tok Guru Nik Aziz, beriman tetapi tidak bertaqwa.

Amboi Bereheng..... macam paling bertaqwa di Malaysia je bunyinya !

Bereheng Ali, yang dalam gambar di bawah ni macam mana pulak? 'Fatwakan' sikit ? Kalau Bereheng tidak berani 'fatwa,' maknanya Bereheng bukan taqwa tapi auta ! Auta gelewa'k !

Kerana kepandiran UMNO, habis orang lain hendak dipandirkan

Sejak akhir-akhir ini kepandiran UMNO sudah sampai tahap tinggi. Kerana kepandirannya, habis orang lain pun hendak dipandirkan oleh UMNO.

Walaupun tahu atau mudah untuk dilihat akan kepandiran UMNO, namun ada juga pihak yang sanggup dipandirkan hidup-hidup seperti pandirnya UMNO. Perkara yang difatwakan boleh dikatakan tidak boleh. Nampaknya fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan tiada nilai bagi puak-puak pengampu UMNO ini.

Yang bernama Ibrahim Ali mungkin bapak kepada segala pandir kerana kepandiran UMNO apabila senang-senang sahaja suruh buat undang-undang agar orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid surau. Dia ni betul ke kepala otak dia ?

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman

Nazri Abdullah

Kuala Lumpur, 29 OGOS: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bagaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat bukan Islam mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya

Sumber berita: harakahdaily.net

Sunday, August 29, 2010

Kalau orang kutuk dan menyampah mufti UMNO dan orang agama UMNO yang tak tegur wanita UMNO mendedah aurat dalam masjid , memang wajar dan patut !


YB Teo Nie Ching bukan Islam, memang dia anggap pakaian begitu bersopan untuk ke majlis bersama orang Islam. Bukan dia nak masuk, dia dijemput masuk kerana memang boleh pun masuk kerana wanita dan puteri UMNO yang lagi teruk dari dia pun masuk surau masjid. Dan majlis itu tidak kecuh pun!
Tapi yang di bawah ini..amacam ? Kafirkah atau Islamkah mereka ni? Atau budak-budak perempuan yang belum datang haid? Atau semua mereka itu dah monopouse belaka?
Tu... yang duduk peluk lutut pakai seluar jin ketat tu, tak ada yang tegur kah?
Yang di bawah sana mengaji Quran pakai baju jarang nampak rambut, kulit lengan, kaki mak oii putih melepak...boleh pulak tidak ditegur, YB Teo tak teruk macam tu !
Mana Utusan Meloyanya?
Mana Harussaninya ? Mana Jamil Baharomnya? Mana Lah Mat Zinnya ?
Mana MUIS, JAIS nya?
UMNO dan juak-juak mu..ngko memang hampas!!! Hampas Taik !!




Gambar dari blog: loveperak.