Followers

Saturday, August 28, 2010

UMNO menyempit-hodohkan Islam

Kebingungan UMNO dalam hal Islam memang dahsyat. Kadang-kadang tertanya-tanya UMNO mahu Islam ini untuk siapa agaknya?

Kalau kata untuk orang Melayu sahaja, ramai orang-orang Melayu hari ini haru-biru pemahaman Islam mereka. Kalau tidak masakan begitu banyak masalah ajaran sesat, pergaulan bebas, perzinaan, perkauman dan sebagainya.

Nampaknya dapat kepada UMNO, Islam digambarkan begitu lemah, tidak bijaksana, hilang hikmah, hodoh dan buruk sekali. UMNO terus-terusan menjauhkan orang-orang bukan Islam dari mendekati Islam.

Walaupun 40 orang yang dikatakan ulama muda menyertai UMNO baru-baru ini, pemahaman Islam UMNO kian bercelaru...bercelaru teruk !

UMNO tentang Majlis Fatwa

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Sumber: harakahdaily.net


Friday, August 27, 2010

Seriuskah PAS mahu melaksanakan hudud??

Memang undang-undang hudud menjadi antara perjuangan utama PAS. Ia menjadi utama kerana tuntutan agama. Namun dalam konteks negara Malaysia hari, PAS belum boleh menyebut mengenai 'perlaksanaan undang-undang hudud' apatah lagi secara terbuka begitu sahaja, walaupun sangat berhasrat mahu melaksanakannya.

Dalam konteks perjuangan PAS, melalui politik pilihanraya seperti yang diterima pakai oleh PAS sendiri, seperti diamalkan di Malaysia ini, menyebut mahu melaksanakan undang-undang hudud jika menang, adalah strategi yang salah dan dengan sebab itu, logiknya, PAS akan terus dan sentiasa kalah. Adakah demi syiar Islam, PAS tidak kisah kalah dalam keadaan PAS boleh turut sama menang?

Strategi bercakap mahu melaksanakan undang-undang hudud, jika Pakatan Rakyat menang adalah strategi yang salah yang tentunya kebarangkalian mengundang kekalahan adalah lebih besar. PAS pasti akan berdepan dengan orang-orang yang tidak faham hudud, orang-orang yang tidak mahu hudud, orang-orang yang mempermainkan hudud dan orang-orang bukan Islam yang takut dengan hudud kerana apa yang mereka faham setakat hari ini.

Realiti yang ada, untuk melaksanakan hukum hudud buat masa ini PAS pasti bersendirian. DAP sah menolak. Jika berpegang kepada kenyataan Ketua Komunikasi PKR, PAS juga tidak akan mendapat sokongan padu PKR. Maknanya untuk setakat hari ini PAS pasti bersendirian!

Dengan bersendiriannya PAS, mampukah PAS melalui halangan menguasai 2/3 kerusi parlimen Malaysia. Jika mampu, maka PAS mudah merealisasikan hasratnya. Maka Perlembagaan Malaysia boleh dipinda untuk membuka laluan perlaksanaan hudud. Soalnya, secara logiknya mampukah PAS?

Namun sebelum PAS menguasai 2/3 parlimen, maknanya sebelum PAS menang, PAS terpaksa berdepan dengan pengundi-pengundi UMNO yang biasanya pak turut yang tegar termasuk pengikut Mahathir, pengundi-pengundi BN, pengundi DAP dan pengundi-pengundi bukan Islam yang lain. Apakah kumpulan-kumpulan ini mampu membawa PAS menguasai 2/3 parlimen dengan isu pelaksanaan undang-undang hudud yang membelit PAS dalam kempen pilihanraya yang singkat itu? Atau gamaknya PAS akan mampu menguasai 2/3 dengan hanya sokongan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS ? Macam tidak munasabah !

Ertinya bercakap atau melaung perlaksanaan undang-undang hudud secara terbuka begitu sahaja dalam konteks yang ada hari ini bukan satu strategi politik yang baik. Habis, apakah PAS mesti melupakan hasrat suci yang merupakan tuntutan Islam itu? Tidak !

Apa yang PAS perlu lakukan mulai sekarang bukan bercakap soal 'perlaksanaan undang-undang hudud' tetapi bercakaplah 'tawarkan kepada masyarakat apa itu undang-undang hudud sebenarnya ?'.

Dewan-dewan terutama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat harus memperbanyakkan penganjuran seminar, forum, diskusi dengan menjemput para pemimpin politik, para pemimpin komuniti, para pemimpin NGO dan rakyat pelbagai kaum untuk mendengar, berforum, berdiskusi, bersoal jawab dan berdebat secara bebas dan terbuka mengenai apa itu hudud sebenarnya dan bagaimana kalau ianya terlaksana. Oleh kerana hudud ini tuntutan Islam maka PAS perlu menjadikan program pentarbiyahan pelbagai kaum dan pelbagai sasaran seumpama ini sebagai satu program yang penting parti.

Kekerapan penganjuran seminar, diskusi dan forum undang-undang hudud di seluruh kawasan, di semua tempat dalam negara ini adalah lebih baik dari menghamburkan isu perlaksanaan undang-undang hudud secara terbuka dalam situasi mereka tidak memahami apa itu hudud, dan dalam situasi isu itu mudah dipolitikkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat Ketua Pemuda PAS yang bersedia jika dijemput untuk memberi penerangan tentang hudud kepada para pemimpin DAP adalah baik namun ia bukan cara yang terbaik. Apakah tanggungjawab pemimpin DAP kepada hudud sehingga sanggup menjemput Ketua Pemuda PAS untuk berbincang soal undang-undang hudud? Apa kena mengena hudud dengan DAP kerana DAP memang tidak mahu hudud atas alasan mereka sendiri ? DAP atau Karpal Singh tidak mahu tahu apa itu hudud, kerana mereka rasa hudud tidak ada kena mengena dengan mereka melainkan orang yang mahu hudud itu dilaksanakan perlu pergi berjumpa dengan mereka, menjemput mereka, mengambil sedikit masa mereka untuk menerangkan apa itu hudud dan dan kaedah pelaksanaannya jika dilaksanakan.

PAS yang mahu undang-undang hudud dilaksanakan, maka Ketua Pemuda PAS, perlu menjemput bukan dijemput untuk tidak henti-henti menerangkan apa itu hudud secara ilmiah dan bijaksana serta penuh hikmah. Rasanya seminar seperti yang pernah dibuat di Trengganu sewaktu PAS memerintah Trengganu dahulu amat perlu dianjurkan secara kerap, sesekerap yang boleh.

Apakah kita terkejut jika bukan Islam termasuk DAP yang benar-benar memahami undang-undang hudud kerana penerangan dan perbincangan yang kerap dan berkesan, dalam suasana keadaan yang sosial yang hiruk pikuk dan putus asa ini, mereka yang meminta undang-undang hudud itu dilaksanakan sebagai penyelesaian masalah yang ada ? Yang dikasihi Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata jika orang-orang Cina faham apa itu undang-undang hudud, mereka tentu lebih mahu undang-undang ini dilaksanakan kerana mereka adalah orang-orang yang kaya yang perlu menjaga harta yang banyak dan nyawa mereka secara adil.

Islam adalah agama untuk semua manusia, maka Islam begitu cantik sekali jika orang-orang bukan Islam mampu memahaminya dengan baik. Isunya, sudah cukupkah PAS memahamkan kepada orang-orang bukan Islam sefaham-fahamnya apakah itu undang-undang hudud dari bersibuk melaungkan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud jika menang?

Tuesday, August 24, 2010

Sekarang PAS telah bersedia meninggalkan Pakatan Rakyat demi pelaksanaan Hudud !

Isu Hudud kini kedengaran kembali. Ia menjadi polimik yang kian menggelegak di kalangan pemimpin atasan PAS dan DAP juga Keadilan. Memang sah pelaksanaan hukum Hudud mampu menyelesaikan masalah jenayah sosial dan jenayah apa sahaja yang saban hari kian memberat dalam masyarakat sekarang. Ianya berkesan dan mampu kerana huhud adalah formula yang datang dari Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Bijaksana. Sah !

Namun dalam masyarakat yang berbelit dengan ramai manusia yang tidak faham hudud, yang tidak mahu hudud, yang mempermainkan hudud, apakah mudah untuk hudud dilakasanakan dengan begitu sahaja? Persoalan ini mudah untuk dibuat jangkaan.

Sudah pasti dalam keadaan ramai manusia yang tidak faham, jahil, mempermain dan tidak mahu ini, strategi dan kaedah perjuangan dan persembahan dakwah Islamiah menjadi keutamaan. Yang penting wajib bergerak ke arah itu secara bersungguh dan ikhlas, tidak seperti UMNO yang penuh hipokrasi itu.

Dalam keadaan sekarang apakah sebenarnya strategi dan kaedah yang menjadi keutamaan PAS? Memenangi PRK ke 13 bersama Pakatan Rakyat dan kuasa Putrajaya ATAU telah bersedia bila-bila masa untuk tinggalkan Pakatan Rakyat demi pelaksanaan hudud yang penuh halangan itu (antaranya halangan dari perlembagaan Malaysia) ?

PAS punya pilihan!

Nampaknya dari polimik yang berbangkit sekarang menunjukkan PAS KIAN BERSEDIA melupakan hasrat PRK ke 13 yang tidak jauh lagi itu sebagai keutamaan kaedah dakwahnya !!

Monday, August 23, 2010

Pendedahan panas Ibrahim Ali mengenai Pulau Pinang.

Betapa semua orang Melayu sudah wajib meninggalkan UMNO segera. Segala dakwaan UMNO sendiri bahawa UMNO adalah pembela bangsa Melayu semuanya taik belaka. Isu demi isu mengarut dicetuskan oleh parti tua ini demi talian hayat yang semakin tenat. Parti tua ini hanya pandai mencetuskan isu. Isu-isu yang dibangkitkan itu hanya mainan politik murahan yang cuba memperbodohkan orang Melayu.

Sudah sampai masa orang Melayu semakin berfikiran terbuka dan kritis terutama yang berada di kampung-kampung dan di FELDA. Sudahlah ditipu oleh UMNO. UMNO yang ada hari ini sudah tidak berguna lagi untuk orang Melayu.

Pendedahan yang dibuat oleh Ibrahim Ali darah daging UMNO ini, menggambarkan betapa pembohong dan tidak bertanggungjawabnya parti tua ini terhadap orang-orang Melayu. Pendedahan Ibrahim Ali antaranya:

"Tsu Koon perlu nyatakan pendirian supaya dia tidak dianggap 'secara halus' turut sama bersama-sama kumpulan yang anti-Melayu kerana beliau sebelum ini adalah orang yang bertanggungjawab membuatkan orang Melayu Pulau Pinang merempat, ketika menjadi ketua menteri di negeri itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lihatlah wahai orang Melayu, Ibrahim Ali darah daging UMNO itu, mendedahkan bahawa Koh Tsu Koon adalah orang yang bertanggungjawab membuat orang Melayu Pulau Pinang merempat ketika menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Kalau benarlah apa yang didedahkan oleh Ibrahim Ali gila talak UMNO ini, ketika Tsu Koon menjadi Ketua Menteri, siapakah yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang? Sedikitkah exco Tsu Koon dari kalangan Yang Berhurmat parti tua itu ? Lembekkah mereka, pondankah mereka, tidak bermaruahkah mereka ini, butakah mereka atau mereka ini asyik mengembala nafsu serakah masing-masing dari menghalang kemerempatan orang-orang Melayu Pulau Pinang di zaman pemerintahan Tsu Koon?

Orang Melayu di luar bandar dan di FELDA harus celik mata akal bahawa dalam keadaan ada kuasa untuk menghalang Tsu Koon, Yang Berhurmat - Yang Berhurmat UMNO Pulau Pinang buat apa? Nah... mereka hanya melihat sahaja bangsa sendiri merempat dari dalam kereta-kereta mercedes mewah masing-masing dan dari tingkap-tingkap bilik tidur berhawa dingin banglow masing-masing !

Boleh diharapkah UMNO jika begini?

Wahai orang Melayu yang masih sayangkan UMNO, cukuplah, bukalah fikiran, cerdikkan jiwa kamu bahawa UMNO hanya pandai bercakap, mencipta isu-isu yang tidak bertanggungjawab tapi membela nasib bangsa Melayu dialpakan.

Realtinya dari pendedahan Ibarahim Ali itu, Tsu Koon dan UMNO Pulau Pinanglah yang memerempatkan orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang pemerintahan Koh Tsu Koon.

Apakah masih ada orang Melayu yang masih berfikiran sempit dan jumud mahu menyokong parti yang tidak bertanggungjawab terhadap orang Melayu ini? Cukuplah dari menjadi perkakas murahan rm 100, rm 200, rm 300 UMNO !

Janganlah hilang maruah lagi kerana parti tua itu !

Sunday, August 22, 2010

UMNO tidak menunjuk contoh yang baik kepada bukan Islam

Inilah masalahnya dengan parti tua ini. Dalam banyak isu yang berlaku di negara ini, UMNO tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam. UMNO akan buat apa sahaja walaupun terpaksa mengelirukan orang-orang bukan Islam terhadap Islam yang sebenar.

Dalam kes doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat UMNO jelas tidak bersikap pendakwah Islam yang baik walaupun sering mendakwa sebagai parti Islam terbesar di dunia. Mungkin bagi UMNO Islam di Malaysia biarkan dengan status quo yang ada, tidak perlu didakwahkan, dan tidak perlu dilunakkan untuk bukan Islam.

Satu lagi penyakit parti tua ini ialah bersikap 'aku boleh buat, engkau tak boleh'. UMNO mendoakan dan bersolat hajat agar Kamalanathan menang di PRK Hulu Selangor boleh ! Orang lain buat walaupun dibolehkan mendoakan seumpama yang dimaksudkan adalah dianggap 'melampau'!

Soal nama Lim Guan Eng mengganti nama Agong dalam khutbah adalah dakwaan semata-mata kerana pelbagai pihak yang bertanggungjawab di Pulau Pinang menafikan hal itu.

Adalah perkara biasa isu-isu begini akan dimanipulasikan betul-betul oleh UMNO agar rakyat Pulau Pinang membenci Pakatan Rakyat yang menjadi musuh politik UMNO/BN/APCO. Adalah luar biasa jika UMNO tidak memanipulasikan perkara semacam ini. Oleh itu pendokong PR perlu memahami hakikat ini termasuk khatib yang membaca khutbah.

Isunya ialah jika benar nama Agong tidak disebut dalam khutbah khatib yang ada menyebut nama Lim Guan Eng, tidak ada dalam teks khutbah yang disediakan, maka sudah pasti khatib yang membaca khutbah itu yang menyebutnya di luar teks yang disediakan.

Bagi aku jika begini keadaannya ada dua kemungkinan. Satu kemungkinan ialah khatib yang membaca khutbah itu memang berhasrat secara sengaja mencetuskan isu dengan tidak menyebut nama Agong sedangkan dia menyebut nama Guan Eng. Tujuan mencetuskan isu itu adalah sama ada dengan sengaja untuk memfitnah Pakatan Rakyat atau untuk menyakitkan hati UMN/BN bagi membolehkan UMNo menjadikan isu.

Kemungkinan kedua khatib yang menyebut nama Guan Eng dan tidak menyebut nama Agong itu jika dia adalah penyokong Pakatan Rakyat adalah khatib yang tidak cerdik. Tidak cerdiknya khatib ini kerana telah membuka ruang fitnah yang menyusahkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Jika khatib ini cerdik dan bijak sudah pasti keadaannya ialah beliau akan menyebut nama Agong, jika mahu menyebut nama Lim Guan Eng supaya tidak menjadi isu " Guan Eng ganti Agong'. Mungkin lebih tidak bodoh jika dia tidak mahu menyebut nama Agong, dia juga tidak menyebut nama Guan Eng!

Bagi aku tidak menjadi masalah khatib membaca bulat-bulat teks yang disediakan kerana itu adalah peraturan dan tidak menjadi masalah juga jika khatib menokok tambah kandungan teks khutbah atau tidak menggunakan teks langsung, tetapi perlulah secara cerdik dan bijaksana. Bagi aku tidak menyebut nama Agong selaku Ketua agama Islam diketika menyebut nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat walaupun tidak melangar rukun khutbah tetapi satu perbuatan yang sangat tidak cerdik atau dalam bahasa kasarnya ialah bodoh dan sangat tidak masuk akal dalam keadaan Pakatan Rakyat sedang mara ke Putrajaya ini.

UMNO parti tua ini akan menggunakan apa sahaja alat yang mereka ada untuk memfitnah Pakatan Rakyat walaupun pada hakikatnya tidak benar sama sekali. Penyokong Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dalam hal ini, jangan ghairah tidak bertempat sehingga terlupa tektik dan strategi.

UMNO parti ikut dan (sempat) yang canggih lagi glokal !!!

Sumber gambar: di sini

UMNO ni macam-macam! Mentanglah dia parti Islam terbesar dalam dunia...ikut dan dia je ! Yang orang tak biasa sebut, dia sebut !

UMNO Jelutong - Ramadzan Al-Murabak ! ....rabak... !!

UMNO Sabah di atas tu - Aidil Fitri Al Mubarak pulak dah !!

....nampaknya al-Murtabak aje yang belum keluar lagi ! Biarlah sepanjang bulan Ramadan ini banyak Bazar Ramadan jual Martabak jangan UMNO keluarkan pula banner lain selepas ni; "marilah menyambut bulan Ramadan Al-Murtabak"...haru !!!

Oleh kerana UMNO ni parti yang ikut dan dia je...jangan pula nanti sebut; Nabi Muhammad 'SWT' dan Allah 'SAW' sudahlah ! Kalau begini parah...!

UMNO ni bukan boleh kira... ! Pemikiran konon canggih belaka...GLOKAL lah katakan !! Padahal bengong tak habisan !