Followers

Saturday, August 21, 2010

Hahahahaha....hahahahaha...orang nak buat dia nak buat !

Sambutan jadi Sabutan....
Ramadan jadi Ramadzan....
Ramadan Al-Mubarak jadi Ramadan Al Murabak....hahahahaha...rabak habis !!

TAPII...!!
Ramadzan Al-Murabak ?... Al Murabak ??

UMNO Jelutong kata Ramadan Al-Murabak ? Mengikut Kamus Dewan, rabak maknanya koyak yang panjang atau cabik atau carik !

Hey...ini menghina Islam...
Ini menghina Islam ni !

Mana Harussani ?
Mana Perkasa ?
Mana Zahid ? ZAHID...ZAHID !!!

[ Mak tuann... kalaulah banner macam tu dan tertulis macam tu dibuat oleh PKR, DAP dan PAS rasanya jadi modal Boss UMNO Pulau Pinang jugak tentu dia akan heboh dalam surat khabar mendakwa itu menghina Islam !!! "Mana boleh Ramadzan Al Murabak...MENGHINA ISLAM...MENGHINA RAMADAN!! ". UMNO kan pejuang Islam !!!

Sekarang bos besar UMNO Pulau Pinang tu tengah sibuk menuduh orang menghina kedaulatan negara lah, menghina Agonglah, menghina Islamlah...!!

Atau lebih baik Yang Bernama Zahid Hamidi itu hantar AJK UMNO Bahagian Jelutong masuk tadika semula! Ejaan bahasa Melayu pun peringkat budak sekolah kelas pemulihan ! Bahana PPSMI lah ni.]

Sumber gambar: disini

Antara Pelancaran Peluru Berpandu di Iran dan Pelancaran Peluru Fitnah di Malaysia?


Kerajaan Iran pimpinan Ahmadi Nijat berjaya melancarkan peluru berpandu canggih untuk sasaran di darat. Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi hari ini mengumumkan kejayaan tentera negaranya melancarkan sebuah peluru berpandu dilengkapi sistem panduan lebih canggih bagi mengenai sasaran di darat. Adalah jelas kejayaan Iran itu adalah untuk persiapan jika negara Iran cuba diserang oleh musuh-musuhnya yang dunia telah sedia ketahui iaitu Amerika Syarikat, Israel dan kuncu-kuncunya.

Begitu juga di Malaysia nampaknya kerajaan pimpinan Najib telah juga berjaya melancarkan tetapi bukan puluru berpandu sebaliknya peluru 'fitnah' terbaik di abad ini untuk disasarkan kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim yang juga rakyat Malaysia, yang tingggal duduk di dalam Malaysia.

Menteri Pertahanan Malaysia , Askar Wataniah Zahid Hamidi kelmarin memgumumkan kejayaan UMNO Pulau Pinang pimpinannya melancarkan peluru fitnah, nama Lim Guan Eng disebut menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dalam Khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang. Bila orang tanya masjid mana? Dengan penuh kecanggihan dia memberitahu tak boleh bagi tahu! Agaknya tidak diberitahu masjid mana kerana itu rahsia keselamatan negara ?

Pengumuman Askar Wataniah Zahid Hamidi bukan Ahmad Vahidi ini dibuat setelah pengumuman fitnah yang seumpamanya pernah dibuat oleh Yang Bernama Harussani seorang Mufti Hal Ehwal Melayu (?) tentang penggubalan perlembagaan baru. Bila orang tanya siapa yang menggubal apa yang dikatakan perlembagaan baru itu, dia memberi jawapan yang sama, tidak akan memberitahu.

Tidak akan memberitahu itu agaknya, kerana dia memang tak tahu atau demi keselamatan negara juga bimbang dari diketahui oleh musuh-musuh luar negara? Atau Mimpi kot?

Demikianlah kejayaan parti yang memerintah kerajaan Iran dan kejayaan parti yang memerintah kerajaan Malaysia.

Semua mesti tahu dan ingat...'ek eleh, bukan parti Ahmadi Nijat Iran sahaja yang boleh lancar, parti Najib BN/UMNO/APCO Malaysia pun boleh melancar....!

Sungguh memalukan....kerana parti yang memerintah Iran sudah bersedia berperang musuh sebenar negara mereka, manakala parti yang memerintah Malaysia sibuk berperang dengan bayang-bayang mereka sendiri!!!

Thursday, August 19, 2010

UMNO ni memang hampah taik !

Di sini Dinar dan Dirham, Di sana dengki dan dendam!

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.

Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.

Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini, salah satu ayat yang menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari surah al Furqab yang bermaksud: " Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan."

Tuesday, August 17, 2010

Sudah wujud pencipta gossip bertaraf mufti ?


Dia kata ada orang hendak gubal perlembagaan baru ! Orang tanya siapa? Dia kata dia tidak mahu bagi tahu. Betapa tidak bertanggungjawabnya dia! Demi keselamatan negara bertanggungjawabkah dia ini ?

Sebagai seorang mufti yang alim agama sepatutnya dia sentiasa terbawa-bawa cara orang-orang alim berbicara. Orang-orang alim tidak akan berbicara secara tidak jelas sehingga boleh mengelirukan. Tapi dia tidak, dakwaan dia sungguh mengelirukan! Dia macam lempar batu mahu sembunyi tangan.

Kalau dah tahu ada orang hendak gubal perlembagaan baru, bagi nama orang itu kepada polis. Atau sebagai mufti yang kononnya prihatin dengan keluhuran perlembagaan, saman sajalah orang yang hendak ubah perlembagaan itu. Tapi dia tidak buat begitu. Dia seperti mahu orang ramai tertanya-tanya sama sendiri. Dia mahu orang ramai gundah gulana sesama sendiri . Dan dia macam mahu mengwujudkan iklim syak wasangka di kalangan rakyat. Sikap muftikah begini? Atau inilah sikap mufti hal ehwal Melayu sebenarnya bukan mufti hal ehwal Islam! Padan pun !

Nampaknya orang yang bernama Harusani ini, terus-terusan mencipta gossip yang bertaraf wartawan hiburan majalah mangga dan makalah sisipan pancaindera Utusan Meloya dan menyebar khabar angin dalam masyarakat !

Kenapalah teruk dia ni, menjadi dirinya pencipta gossip atau pembawa khabar angin bertaraf mufti !

Puak-puak ni kalau rugi tak sikit ! Kalau berbelanja tak ciput ! Kalau hendak beri kepada rakyat bapaklah kikirnya...BERKIRAA !!

Yang masih sayangkan UMNO tolong sedar sikit !

1. Rezab tunai FELDA susut RM 8 Billion - Pendedahan Datuk Husam Musa menyangkal Ahmad Maslan.

2. MAS rugi RM 8 billion ?

3. FELDA berhutang RM3 billion ?

4. Sime Darby rugi RM 1.6 billion?

5. Bayar APCO RM 77 juta -katanya paling tinggi pernah dibayar kepada APCO !

6. Khazanah beli Parkway RM 10 billion !

7. Bayar gaji bos besar di Syabas RM 5 juta setahun ?

8. Bos FELDA katanya RM 2 juta setahun ?

9. Itu tak termasuk yang dulu-dulu - PKFZ, BAKUN, PPRT, alatan ICT PPSMI, makmal komputer, jejantas retak, dan macam-macam...

9. Peneroka ? Peneroka dapatlah RM 300 lebih untuk hari raya !! Itulah taraf peneroka !

10. Orang kampung ? Orang kampung hendaklah berjimat cermat dan berbelanjalah dengan berhemah ok kerana kerajaan tengah terbeban dengan subsidi- rakyat perlu tolong kerajaan BN!!!!

11. Kakitangan kerajaan ? DIAM !

Sunday, August 15, 2010

MEEMANG BODO !

Cerdikkah Khazanah belanja RM10 BILION kuasai Parkway

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) boleh dianggap cerdik dan amanah apabila berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway Holdings Ltd (Parkway).

Akhbar tempatan melaporkan kononnya pesaing Khazanah, Fortis Healthcare Ltd, "mengaku kalah" selepas Khazanah menaikkan harga tawaran untuk mengambil alih Parkway, sekali gus muncul sebagai pembida tunggal utama.

Sedangkan, urusniaga itu memberikan keuntungan sebanyak S$116.7 juta atau kira-kira RM272.0 juta kepada dua beradik yang menguasai Fortis, iaitu Malvinder Singh and Shivinder Singh.

Kesemuanya, Khazanah telah berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway.

Parkway Holdings Limited adalah syarikat penjagaan kesihatan yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Syarikat itu menguruskan 16 hospital dengan lebih 3,400 katil di Asia.

Mahfuz mempersoalkan, dengan modal RM10 bilion itu, berapa pulangan boleh dapat setahun.

"Adakah ini pelaburan yang baik dan beramanah kepada rakyat Malaysia? Duit mereka telah dibelanjakan lebih RM10 bilion oleh Khazanah kononnya untuk menguasai Parkway termasuk memberi durian runtuh RM272.0 juta kepada dua beradik yang kononnya mengaku kalah itu.

"Adakah Parkway boleh bayar dividen 10 peratus setahun?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Mahfuz berkata, lebih baik RM10 bilion itu digunakan untuk beli emas kerana harga emas ada peluang naik 30 peratus dalam tiga tahun.

Beliau tidak yakin pelaburan Khazanah itu adalah pelaburan yang baik kerana umum mengetahui bahawa kekuatan negara kita adalah dalam sektor elektronik, elektrikal, teknologi maklumat, minyak dan gas serta komoditi seperti kelapa sawit, koko, getah dan balak.

"Jika kita mengeksport barangan tersebut dan kita dapat dolar hasil dari jualannya, munasabahlah kalau kita laburkan RM10 bilion dalam bidang yang kita ada kemahiran," kata Mahfuz.

Lebih dari itu, katanya lagi, kita boleh mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang memang cekap dalam bidang-bidang tersebut.

"Contohnya dengan kekuatan komoditi yang kita ada, kita adakan usahasama dalam bidang makanan halal dengan Nestle," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan limpahan ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan pelaburan RM10 bilion itu.

"Berapa orang rakyat Malaysia dapat pekerjaan? Berapa industri kecil dan sederhana Malaysia yang dapat jadi vendor? Adakah jawapannya kosong?" beliau mempersoalkan.

Sedangkan, katanya, kalau RM10 bilion dilaburkan untuk mengadakan usahasama dengan syarikat multinasional untuk membuka kilang elektronik misalnya, lima kilang elektronik mungkin boleh diwujudkan dengan anggaran 2,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang.

Kalau buka kilang petrokimia pula, katanya lagi, tiga kilang mungkin boleh dibuka dengan RM10 bilion itu dengan anggaran 3,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang.

"Pelaburan dalam Parkway itu ternyata mengakibatkan kerugian peluang atau opportunity loss kepada rakyat Malaysia," katanya.

Ketika diminta mengulas tentang semakin tersebarnya tuduhan dungu terhadap Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, Mahfuz hanya sekadar bertanya: " Adakah itu bermakna (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah bapa segala dungu kerana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah?".

harakahdaily