Followers

Wednesday, August 11, 2010

Proses memperbodohkan orang ramai diteruskan...

Kes sepanduk sensitif di Johor. Sepanduk itu telah menimbulkan kemurkaan baginda Sultan. Memang benar sepanduk itu cuba mengheret sultan dalam kancah politik. Memang sepanduk seperti itu hanya dibuat untuk kepentingan politik dengan cara yang tidak cerdik. Tidak cerdik maknanya bodoh. Mengikut Kamus Dewan bodoh maknanya antaranya ialah bebal. Jadi, jelaslah mana-mana parti politik yang membuat sepanduk yang macam itu bebal berpolitik.

DAP pasti tahu, cara itu memang bebal dalam berpolitik di Malaysia. PAS juga tahu sepanduk seumpama itu memang cara berpolitik paling bebal. UMNO lagilah tahu sepanduk begitu jika dibuat untuk UMNO, juga bebal dan bangang. Sudah pasti PKR sebuah parti yang berketuakan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sangat dikenali dan dihurmati dunia, tahu buat sepanduk yang ada gambar sultan seperti itu untuk parti sendiri adalah cara politik yang paling bodoh dalam dunia.

Orang yang cerdik tahu bahawa cara sepanduk itu dibuat memang bangang cara berpolitik. Bila mereka tahu itu adalah cara yang paling bangang dan bebal sudah pasti bukan cara itu sepanduk untuk kempen parti sendiri.

Tetapi kenapa sepanduk sebegitu tiba-tiba timbul atas nama PKR? Adakah PKR terlalu bodoh atau Chua Jui Meng bekas menteri begitu bodoh sehingga boleh terfikir membuat sepanduk yang memang bodoh macam itu? Aku yakin PKR dan Chua yang luas pengalaman politik itu dan tahu negeri Johor itu bagaimana, tidak akan tergamak untuk menjadi bodoh begitu.

Jadi bagaimana sepanduk itu wujud? Pasti sepanduk itu wujud untuk tujuan mengena orang lain. Pasti! Kalau untuk parti sendiri memang tidak mungkin kerana bodoh dan bebal buat begitu. Namun untuk parti musuh....untuk memburukkan parti musuh ianya satu strategi yang pasti.

Adalah diyakini yang mahir membuat kerja begini ialah parti yang tua dan uzur itu kerana banyak parti Pakatan Rakyat terfitnah begini selama ini. Nizar terfitnah dengan hanya menggunakan istilah halus dan beradab "sembah derhaka". Kerajaan Selangor terfitnah dengan isu pasir yang orang lain gali lubang sedalam itu selama ini sebelum Tan Sri Khalid menjadi MB. PAS terfitnah konon tidak mahu berpadu untuk orang Melayu! Teoh Beng Hock terfitnah bunuh diri kerana hanya wang lebih kurang rm 2000! Anwar Ibrahim terfitnah melakukan 'rasuah' tanpa membabitkan wang walaupun satu sen. "Kesalahan" yang pertama seumpama itu di dunia! Kini Anwar Ibrahim mungkin akan terfitnah sekali lagi.

Betapa kuatnya parti ini berbohong dan memfitnah. Dalam setiap pilihanraya kecil pasti akan wujud bas-bas pelancong datang ke kawasan yang terbabit. Puak manalah yang gatal melancong dalam keadaan orang sibuk hendak mengundi. Bas-bas yang banyak ini juga dikatakan bas petugas. Bertugas kejadah apanya pada hari mengundi? Sepatutnya yang banyak perlu petugas semasa tempoh merayu undi bukan pada hari mengundi. Semua ini adalah untuk membodohkan orang ramai.

Kes sepanduk di Johor itu juga kes mahu memperbodohkan orang ramai. Yang bodoh akan terus diperbodohkan untuk terus menjadi bodoh tanpa mengira kasta manapun orang itu.

Jadi-jadilah memperbodohkan orang...bodoh!

Apakah Dr Mahathir orang yang sedang bermain 'catur' ?

Nampaknya keadaan kian jelas bahawa yang paling berkuasa di Malaysia sekarang bukanlah PM Najib. Segala pentadbiran, perancangan dan banyak dasar terutama dasar ekonomi PM Najib terbukti gagal. Gagal di mata rakyat tempatan pelbagai kaum dan gagal di mata para pelabur asing yang merosot 81 peratus.

Kabinet PM Najib kerap melaungkan kestabilan dan kemantapan ekonomi dalam keadaan rakyat jelata terus-terusan tertekan dengan masalah moral, pengangguran di kalangan remaja dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Cuba lihat, apabila dasar PM Najib kecundang dalam menarik pelabur asing, PM Najib bagaikan kebuntuan idea untuk menghadapi segala kritikan yang berligar di sekitarnya, maka mantan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah dengan boringnya menjawab lebih kurang, " dalam keadaan sekarang kejatuhan FDI bukan perkara pelik kerana negara-negara yang hendak melabur di negara lain pun ada masalah ekonomi masing-masing - so mereka tumpu negara sendiri dulu". Lebih kurang begitulah Dr Mahathir madah bijak atau 'auta' untuk membantu PM Najib menjawab.

Bila begitu keadaannya maka jelaslah, kian hari PM Najib kian lemah dan yang paling berpengaruh dan berkuasa kini kelihatannya ialah mantan PM keempat itu. Kelmarin sekali lagi terpacul di mulut mantan PM keempat itu, gesaan tukar kerajaan atau orang yang mengurus kerajaan itu. Memang jenis Dr Mahathir yang semua orang kenal dia, bila dia bersuara begitu maknanya dia sudah mula 'menyampah' kepada seseorang. Dr Mahathir mula 'menyampah' kepada siapa sekarang?

Dulu sewaktu dia mula 'menyampah' kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ( sekarang Tun), yang dia nampak Najib Razak maka sepanjang waktu dia mengutuk dan tekan Abdullah turun. Tidak terdaya Abdullah, maka bercuti panjanglah Abdullah bersama Jeane-nya.

Apakah kini Dr Mahathir sekali lagi bermain 'catur' dengan memegang Muhyiddin untuk 'makan' Najib?

Kebetulan pula tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba Muhyiddin menafikan keretakan antara dia dengan PM Najib. Mungkinkah ada pihak sedang panas dan kepanasan dalam UMNO sekarang kerana pengaruh Dr Mahatir bekas Presiden UMNO yang dominan itu ?

Jika betul PM Najib sedang 'ditekan' , bagaimanakah yang mendakwa 'first lady' akan 'berbagih' untuk menghadapi semua cubaan ini ? Jeng...jeng...jeng !!


Monday, August 09, 2010

Kerana hanya tidak mahu berpadu dengan UMNO, PAS menjadi paling dayus?

Bukan aku nak masuk campur tapi aku tertarik hendak mengulas sedikit. Dalam 'serangannya' kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, Awang Selamat bagaikan orang meracau dalam tidur. Antara yang dinukil oleh Awang Selamat dalam tulisan meracaunya itu ialah, "Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam."

Awang Selamat menulis begitu kerana kes PAS tolak apa yang dihajati oleh UMNO disaat-saat hayat UMNO kian lemas iaitu perpaduan UMNO-PAS. Maknanya, pada anggapan aku, apa yang diracaukan oleh Awang Selamat ialah "PAS cukup menjadi parti paling dayus kerana PAS tidak mahu berpadu dengan UMNO". Mengikut Kamus Dewan, dayus maknanya hina, keji.

Tidak mahu melayan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong UMNO itu jadi paling dayus! Wou...hebatnya benda yang bernama UMNO ni!

Tidakkah UMNO dan kerajaan yang dipimpin UMNO melakukan dan terlibat dalam hal-hal ini? Di manakah JANTANnya semua ini:

1. Melepaskan Singapura begitu sahaja kepada Lee Kuan Yew.

2. Melepaskan begitu sahaja Pulau Batu Putih kepada Singapura.(Bahan buktipun katanya menggunakan gambar dari internet!).

3. Tidak berani langsung mengadakan pilihanraya DUN Perak. Sidang DUN Perak yang terbaru hanya sekerat hari !

4. Melepaskan begitu banyak tanah rezab Melayu kepada golongan kapitalis.

5. Masalah air dengan Singapura tidak selesai-selesai. Katanya menjual kepada orang luar dengan harga 3 sen 1000 liter, jual semula kepada rakyat sendiri 80 sen untuk 1000 liter. Terlepas pula tanah KTM di Tanjung Pagar.

6. Tidak berani membenarkan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat tanpa permit, tanpa FRU dan tanpa PDRM.

7. Kecut perut untuk membiarkan Anwar Ibrahim bebas berpolitik di tanah air sendiri lalu diganggu Anwar dengan kes liwat yang bodoh dan mengarut.

8. Tidak berani menahan ISA Chua Soi Lek yang menganggap kerana UMNO dan PAS berjuang Islam lah timbul banyak suasana yang tidak progresif.

9. Sewenang-wenang menukar wang royalti kepada wang ehsan di Trengganu dan Kelantan.

10. Berani menghalau orang kampung berbangsa sendiri di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Malaysia Tambahan dan berani menghalau orang melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan.

11. Membunuh orang melayu kerana perbezaan fahaman politik di Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji.

12. Menyeleweng dana untuk orang Melayu yang miskin dan papa dalam program PPRT.

13. Negara lain berperang mempertahankan hak kedaulatan, tidak dayuskah serah blok minyak kepada Brunei tanpa persetujuan DUN dan Parlimen?

14. Tidak ada manusia berbangsa lain yang menghapuskan tulisan orang Melayu iaitu tulisan jawi melainkan bangsa UMNO.

15 Menggunakan segala akta untuk mengekang maklumat dari sampai kepada rakyat bertujuan memperbodohkan rakyat, kerana takut kepada rakyat yang cerdik.

Dengan hanya tidak mahu bersatu dengan UMNO, Awang Selamat meracau mengatakan PAS parti paling dayus.

Dengan apa yang tersenarai di atas dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan, DI MANAKAH PULA JANTANNYA UMNO?????