Followers

Saturday, July 31, 2010

AR TOMPEL kata BOODOH...BODOH !!!

Seorang bekas menteri semasa menjadi menteri didakwa menipu kabinet Malaysia sewaktu dia menjadi menteri.

Orang yang mampu menipu kabinet yang mengurus pentadbiran pemrintahan sebuah negara maknanya, orang itu bijak tetapi jahat! Bijak sebab mampu dengan jayanya memperbodoh tongongkan sebuah kabinet yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana kabinet dalam dunia, agaknya! Jahat sebab menipu harta rakyat untuk kepentingan kroni.

Kabinet yang mengurus sebuah negara begitu mudah kena tipu maknanya?

Kata Datuk Mahfuz Omar: Bangang !

Aku kata : Bongok dongok wal tongong !

Orang yang tidak mahu mengganti kerajaan ini dalam pilihanraya ke 13 nanti juga bermakna seperti yang mahfuz omar aku tulis! AR tompel kata : BOODOH....BODOH!!!

Wednesday, July 28, 2010

Akibat menjadi mufti melayu !

Semoga Mufti Harussani dapat kembali ke landasan kemuftian yang sebenar. Menjadi mufti yang mengajar, mendidik, mendakwah dan menfatwakan hukum-hukum Islam adalah lebih aula dari menjadi mufti Melayu.

Negara ini adalah negara majmuk yang terdiri dari pelbagai suku kaum dan agama. Hakikat itu telah wajar diterima oleh Mufti Harussani. Justru itu membicarakan mendakwahkan Islam kepada pelbagai suku kaum dan bangsa sepatutnya menjadi keutamaan Mufti Islam. Bagaimana perasaan penganut Islam dari suku kaum dan bangsa yang selain Melayu apabila Mufti Harussani lebih cenderung menjadi Mufti yang hanya membicaraklan soal perpaduan Melayu.

Mufti yang menguruskan soal Islam membicarakan urusan Melayu tidak salah, tetapi menjadi mufti yang kuat perkauman Melayu tetap tidak elok dipandang oleh penganut Islam yang berbangsa lain. Bagaimanakah perasaan Mufti Harussani jika telah pencen nanti tiba-tiba dengan kehendak Allah terlantik mufti penggantinya dari kalangan Islam bukan Melayu dan mufti itu lebih sibuk membicarakan hal urusan bangsanya atau suku kaumnya dari membicarakan hal urusan Islam kepada semua manusia?M ungkin terdetik juga di hati Mufti Harussani rungutan," betulkah mufti ni?", sebagaimana ramai orang terdetik begitu kepada Harussani sekarang ini.

Lebih tidak elok lagi apabila Mufti Harussani bersuara mengatakan keyakinannya bahawa Islam akan lemah jika orang Melayu lemah. Betulkah begitu mufti? Di Madinah sewaktu Nabi SAW memerintah tidak ada Melayu pun! Di zaman keemasan Andalusia dulu tidak ada orang Melayu juga. Banyaklah lagi contoh-contoh kalau hendak diberi.

Kalau Mufti Harussani kata bahawa dia bercakap dalam konteks Malaysia, kita tetap mahu bertanya, UMNO sebuah parti Melayu yang dikatakan KUAT (Orang Melayulah tu..) telah memerintah Malaysia 52 tahun, apakah Islam, keimanan, akhlaq, moral, integriti di Malaysia semakin baik sekarang dari dulu. Hendak dikatakan PAS pemecah belah umat Melayu, rasanya PAS baru kuat dalam sekitar 1998, itupun menumpang gelombang reformasi. Sebelum 1998 PAS masih lemah apa ! Takkan lah PAS yang lemah sebelum itu, yang ramai orang Melayu tidak sokong PAS waktu itu, mampu melemahkan perpaduan Melayu?

Jika waktu UMNO kuat, PAS lemah, mufti Harussani anggap perpaduan Melayu utuh, mana adil diwaktu UMNO lemah, PAS kuat mufti Harussani anggap perpaduam Melayu lemah! Sepatutnya Mufti Harussani lebih gembira sekarang kerana sewaktu PAS sebuah parti Islam kuat, bangsa Melayu akan turut kuat. Harussani juga harus gembira kerana zaman dulu sewaktu UMNO sebuah parti yang dikatakan parti Melayu (walaupun dah ramai bumiputra di dalamnya) kuat sedangkan masyarakat Islam kian lemah, telah berlalu!

Dalam ghairah memperkatakan perjuangan kebangsaan Melayunya, Mufti Harussani sekali lagi mendakwa bukan Hassan Ali seorang sahaja yang menemuinya pasal perpaduan Melayu tetapi ada lagi pemimpin PAS yang lain. Pulak dahh!!! Dulu kata ada seorang sahaja pemimpin PAS menemuinya sekarang dah lebih seorang pulak? Inilah dia akibatnya jika menjadi Mufti Melayu!!

Monday, July 26, 2010

UMNO: Hari-hari memfitnah....hari-hari menipu...hari-hari buat pedooh!! Hasilnya 81% jatuh FDI !!

Inilah antara yang para pemimpin UMNO dan media UMNO selalu kata "Anwar peliwat, Anwar agen CIA dan agen macam-macam! Ekonomi memberansangkan kerana MEB, NKRA dan Dasar 1Malaysia yang Najib buat! Malaysia destinasi kesukaan pelabur kerana populariti dan idea canggun Najib PM! Berjaya menarik pelabur asing hari-hari kerana sektor ekonomi berintegriti, tak ada rasuah! Kerajaan Nizar bagi tanah kepada Cina kerana Nizar 'dicucuk hidung' DAP, (Kerajaan Zambry Perak bagi kat Cina kerana Zambry cucuk hidung dia sendiri) ! Perpaduan UMNO-PAS untungkan orang melayu..(konon!!), Pemimpin PAS ego kerana tak nak perpaduan dengan UMNO penipu.(Pemimpin UMNO tak ego cuma pengecut....mazlan aliman setuju berdailog, maslan tak jawab-jawab lagi "

Semuanya pembohong !! Semuanya taik minyak! Duduk dalam UMNO tak memfitnah tak sah. Tak menipu bukan UMNO tulin !! Maka sokong lagi UMNO maknanya dicucuk hidung oleh UMNO macam L....... !!!

Pelaburan merudum: Najib Patut Berundur.

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya.

"Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan.

"Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan.

"Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan.

"Bersediakah Najib untuk berundur?

"Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya 'tidak apa' Umno yang merosakkan negara," kata Mahfuz.

Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali.

Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka.

"Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know. Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya." kata beliau.

Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara.

"Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law," katanya.

Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing.

"Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility.

"Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan.

"Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri.

"Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budaya accountability dan responsibility," tegas beliau.

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.