Followers

Wednesday, July 21, 2010

Dah...jangan layan lagi isu perpaduan:UMNO mahu mengganggu 'serangan' Pakatan Rakyat.

Para pemimpin PAS seharusnya mengambil langkah tidak melayan terlalu bersopan isu perpaduan Melayu UMNO-PAS. UMNO memang jahat! Dengan media yang 'dilembukan', mereka berusaha gigih membentuk persepsi yang salah terhadap pandangan dan pendapat pemimpin PAS dalam isu perpaduan Melayu UMNO-Pas. Oleh yang demikian amat wajar sekali semua para pemimpin PAS untuk tidak melayan sebarang isu perpaduan antara UMNO-PAS.

Para pemimpin PAS tidak perlu berinovasi dalam isu yang sensitif ini. Fokus utama para pemimpin PAS adalah mengawal dan meransang terus momentum penentangan terhadap UMNO dalam sehingga pilihanraya ke 13 yang rasanya tidak lama.

Semoga kita semua tidak terus menjadi bodoh dan menjadi bodoh kali ketiga untuk terjun bulat-bulat dalam perangkap ganas yang dipasang oleh UMNO dalam sebarang isu membababitkan perpaduan UMNO-PAS.

Kita perlu sedar orang Melayu sebenarnya memang tidak bermasalah dalam perpaduan sesama mereka. Dalam sebuah rumah dan kampung orang melayu pelbagai watak anutan parti UMNO dan PAS wujud. Anak orang UMNO berkahwin dengan anak orang PAS dan begitulah juga sebaliknya. Jadi apa masalah perpaduannya? Mereka tidak pernah bergaduh pun. Sewaktu kenduri kahwin mereka tetap bersama. Yang mewujudkan masalah perpaduan ialah hanya para pemimpin UMNO dan pengikut UMNO totok yang dirasuk para pemimpin mereka sendiri.

Oleh yang demikian jangan layan sangat soal perpaduan yang dibangkitkan oleh Harussanni kerana mufti itu adalah agen UMNO. Para pemimpin PAS meningkatkan serangan terhadap UMNO yang terlalu banyak kegagalan dalam menyenangkan rakyat. Barang naik akibat harga minyak yang naik, kes jeuvana meningkat di kalangan para pelajar sekolah, kes anwar ibrahim yang menucurigakan, isu altanthuya, isu kapal selam, isu FELDA, isu royalti minyak kelantan, isu NKRA (Najib Kerja......), isu negara bakal bangkrap 9 tahun lagi dan macam-macam harus terus dilontarkan kepada rakyat oleh para pemimpin PAS untuk difahami dan dimengertikan mereka terutama oleh orang Melayu di luar bandar yang sering tertipu.

Teruskan 'serangan' terhadap UMNO bukan berhenti sejenak untuk 'bersembang' dengan UMNO di pinggir gaung dalam. Nanti sedang ralit bersembang dengan UMNo isu perpaduan kita akan ditolak ke dalam gaung itu. Boleh percayakah spesis yang bernama UMNO ini?

Cukuplah wahai semua pemimpin PAS !!!!! Dah lah tu....!!!!

Sunday, July 18, 2010

Benak juga kepala otak macam ni...

Mengikut kamus, 'benak' maknanya 'bengap'. Susah juga kalau kepala otak seseorang itu benak. Tidak tahu nak faham-faham. Tidak benakkah ini namanya?:

"Dalam isu berbeza, Hishamuddin berkata beliau tidak meletakkan harapan perbincangan mengenai perjuangan bangsa dan agama hanya kepada seorang pemimpin dalam PAS, termasuk Musyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. "Kita kena tengok pendirian secara menyeluruh daripada parti PAS sendiri," katanya...." (mstar).

Payahkah semua ini untuk difahami atau memang otak benak sebenarnya?:

1. Setiauasaha Agung PAS (kenyataan rasmi PAS) telah memaklumkan bahawa PAS tetap dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik lagi dengan UMNO kecuali antara G to G.

2. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz berkata isu kerjasama dengan UMNO sudah tidak berbangkit lagi, sudah selesai.

3. Datuk Husam AJK PAS Pusat, telah memberitahu berkali-kali bahawa PAS telah memantapkan agenda, meneruskan perjalanan menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

4. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Presiden PAS, telah menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan gagasan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) bukan dengan UMNOAPCO.

5. Sudah dua tiga kali Mukatamar PAS yang merupakan pendirian secara menyeluruh daripada PAS membuat keputusan dan membuat penegasan bahawa PAS akan tetap bersama dengan Pakatan Rakyat dan bukan bekerjasama dengan UMNOAPCO lagi.

Dalam pada semua penegasan itu, masih ada seorang menteri yang tidak reti-reti dan payah benar nak faham. Timbalan Presiden susah nak faham, Naib Presiden pun sama juga! Nak pendirian menyeluruh PAS macam mana lagi?

Kesian ahli-ahli UMNO dapat pemimpin-pemimpin seperti ini yang payah hendak faham apa yang riuh rendah orang bagi tahu... Cap ayam sungguh rupanya !