Followers

Saturday, July 17, 2010

Agen asing: Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.

Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar.

"Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.

Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.

Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.

Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.

Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan.

"Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno.

"Mereka bimbang dan panik dengan populariti yang ada pada Anwar," ujar beliau lagi.

Pun begitu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah tidak beretika yang dicipta oleh Umno.

Ini kerana, beliau berkata, rakyat kian rasional dan tidak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang ditiupkan Umno dalam media-media arus perdana belakangan ini.

"Untuk menjadi seorang 'ejen asing', seseorang itu dilatih tidak kurang 10 tahun, tetapi Anwar lebih hebat kerana lepas 'tapisan keselamatan', dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri).

"Mustahil satu watak ini boleh menjadi pelbagai ejen beberapa negara asing," kata beliau sambil menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada satu temuramah lain, tidak menolak kemungkinan bahawa Umno bakal mengaitkan Anwar dengan kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu kelak.

"Tak lama lagi, Anwar mungkin akan dituduh agen Mongolia atau pernah jadi tukang gaji Altantuya, ini kerana sebelum ini pun terlalu banyak dakwaan Umno menggelikan hati saya," beliau berseloroh di lobi Parlimen.

Ini kerana, beliau berkata, kabinet Najib terpaksa berbuat demikian demi mengalih tumpuan rakyat dari terus mengikuti perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang kini sedang memberi keterangan di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture, Perancis, semalam.

"Polis Perancis yang sebut nama Najib, nama Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) waktu siasat Bala, saksi utama skandal Scorpene, saksi utama kes bunuh gadis Mongolia," beliau menambah sambil tidak menolak kemungkinan yang dibangkitkan oleh Saifuddin sebelum ini.

Dipetik dari:
http://suwaritimur.blogspot.com/


Pimpinan UMNO memang teruk!

Jika masih ada orang yang mendakwa bahawa UMNO adalah parti perjuangan yang sentiasa membela nasib rakyat, maka orang itu sebenarnya telah terkurung dalam perangkap kebodohan yang sudah lama dipasang oleh UMNO.

Bagi aku tiada apa yang UMNO Baru telah lakukan melainkan kerja-kerja biasa yang mana-mana kerajaan pun lakukan, malah mungkin kerja-kerja UMNO lakukan itu, lebih teruk dari kerja-kerja biasa yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang dikatakan membela nasib rakyat.

Mengelirukan rakyat dengan istilah 'pengurangan subsidi' dan 'pelarasan harga' yang sebenarnya membawa maksud barang naik adalah bukti bahawa UMNO adalah parti yang sering memasang perangkap memperbodohkan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Takut untuk menyebut barang naik yang mungkin juga membawa makna lucah atau memang benar bertujuan mahu mengelirukan rakyat luar bandar penyokong-pyokong UMNO sendiri yang ramai tidak tahu apa-apa tentang SUBSIDI itu.

Selepas pengumuman pengurangan subsidi itu, aku bertanya seorang imam tua (bukan imam muda!) tentang UMNO kini, jawab imam tua yang rumah kata pergi, kubur kata mari itu, "UMNO ni parti yang selalu berusaha menyenangkan rakyat".

Aku hendak tergelak ! Esoknya imam ini akan membayar lebih untuk secawan kopi di kedai dan untuk minyak kereta buruknya itu. Perangkap bodoh telah menjeruk kepala otak imam tua totok itu walaupun dia sendiri sering merungut elaun imam tak mencukupi malah ada kalanya berbulan-bulan elaun tak dapat-dapat!

Pakatan Rakyat harus berusaha gigih untuk melepaskan ramai rakyat di luar bandar terutamanya penyokong UMNO yang masih terjeruk dalam perangkap diperbodoh UMNO. Kesian mereka !

UMNO akan terus berusaha memperkukuhkan perangkap perbodoh rakyat setiap kali semakin hampir pilihanraya. Usaha KDN Hishamuddfin Hussein untuk tidak menyambung permit Suara Keadilan dan menyusahkan akhbar Roket (DAP) dan Harakah (PAS) adalah bukti perangkap perbodoh rakyat sedang diperkukuhkan secara tegar oleh UMNO. Talian hayat UMNO akan putus jika rakyat cerdik namun akan terus bodoh sombong jika rakyat terus bodoh lembam!

Lihatlah, sekali lagi UMNO mengumpan isu bodoh untuk ditelan rakyat yang diharap bodoh oleh UMNO apabila Muhyidin Yassin menyebut kembali isu perpaduan antara UMNO dan PAS. UMNO parti memerintah maka apa perlunya PAS untuk UMNO membawa perpaduan untuk rakyat Melayu? Apa perlunya PAS untuk itu kerana dalam UMNO sendiri 'bertumbuk bergaduh' dalam mensyuarat UMNO? Tanya Jamil Khir. Muhyiddin ke Trengganu, 4 ADUN Melayu UMNO pulau ! Apakah itu telah wujud perpaduan Melayu dalam UMNO?

UMNO tidak perlu risau Melayu dalam PAS kerana Melayu dalam PAS sentiasa menyelesaikan masalahnya berpandukan keada Al-Quran dan Hadith. Melayu dalam UMNO? Setuju dengan Ustaz Idris Ahmad, selesaikan perpaduan Melayu dalam UMNO dulu.


Rasuah ancaman utama berbanding perkauman


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tinjauan Merdeka Center pada Januari hingga April tahun ini mendapati anak muda tidak lagi menganggap tuntutan hak kaum-kaum lain sebagai ancaman utama pada kehidupan mereka.

Sebaliknya, daripada 3,141 responden berusia 19 tahun dan ke atas, 70 peratus bersetuju bahawa budaya rasuah di kalangan pemimpin adalah ancaman utama pada kedudukan Melayu.

Pun begitu, 59 peratus remaja Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa Melayu/Bumiputera wajar terus diberikan hak keistimewaan dalam negara.

Mungkin disebabkan tanggapan demikian, sebanyak 46 peratus responden di kalangan bukan Melayu-Bumiputera pula menganggap bahawa gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik untuk memujuk hati pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Lebih menarik, analisis Merdeka Center mendapati kesedaran politik di kalangan anak muda tidak lagi meletakkan keyakinan yang kuat pada kerajaan sedia ada.

Malah, dilaporkan mereka turut tidak bersetuju bahawa Melayu-Bumiputera harus disatukan di bawah Umno.

Sebaliknya, menurut analisis tersebut, perpaduan Melayu-Bumiputera lebih wajar diberikan pada pihak lain.

Rumusan serta analisis penuh berhubung Tinjauan Nilai Politik Rakyat Malaysia terbaru yang didedahkan Selasa lalu boleh dimuat turut dari sesawang rasmi Merdeka Center, http://www.merdeka.org.

Sama ada, tinjauan terbaru itu boleh menjadi isyarat bahawa pengundi muda menolak Umno BN pada PRU13 kelak, tidak pula diperjelaskan oleh institut kajian pendapat tersebut.

Sumber: harakahdaily


Monday, July 12, 2010

Ulama UMNO tidak terima ajakan Presiden PAS kecuali mereka akan berlatih muzakarah sesama sendiri dahulu...

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengajak ulama-ulama UMNO serta para Mufti Kerajaan bermuzakarah dengan PAS bagi menentukan PAS atau UMNO yang sesat.

Heh... rasanya, ajakan Tuan Guru itu akan bagai angin lalu sahaja ke telinga para pemimpin UMNO. Sudahlah dulu takut dan kecut perut untuk berberdebat. Walaupun muzakarah tidak sama dengan debat, para pemimpin UMNO tiada batu untuk menyahut ajakan lembut yang bukan cabaran itu.

Para pemimpin UMNO contoh seperti Shapie Apdal adalah dari jenis berani bercakap seorang diri dan berani bercakap di hadapan surat khabar UMNO sahaja. Mereka tidak akan beranipun untuk walaupun hanya bermuzakarah. Berbagai-bagai alasan merapu akan diberi. Lihat contoh kes FELDA BANKRAP...Ahmad Maslan yang mengaku handal berdebat, konon katanya pernah mewakili sekolah tapi apabila Mazlan Aliman dari ANAK yang tidak penahpun mewakili sekolah ajak berdebat, Ahmad Maslan salah seorang pemimpin UMNO yang suka bercakap kepada media pengampunya, hanya sanggup berdailog. Berdailog !!! Piirah !!!

Jadi jelas kalau Tuan Guru Presiden PAS terlalu mengharap UMNO akan sahut cabarannya untuk bermuzakarah pasal siapa sesat antara UMNO dengan PAS, Tuan Guru rasanya akan kecewa !

UMNO walaupun diwakili oleh ulama tua, ulama tentera pencen, ulama jika darurat boleh, 40 ulama muda dan Mufti Perak, jika mereka sanggup juga bermuzakarah, aku yakin mereka akan membuat latihan muzakarah sesama sendiri terlebih awal, satu pihak memang sungguh 'ulama UMNO' dan satu pihak akan berlakun konon-konon jadi 'ulama PAS' ! Najib penonton dengan Muhyiddin !!!

Begitulah yang bergelar UMNO ini...perangai macam Don Kisut dan tidak akan habis-habis buat kerja mengarut!! Baik Muzakarah apatah lagi debat, mereka tidak akan berani...cakap seorang diri sahaja handal !!