Followers

Thursday, July 08, 2010

Amerika "diserang" !


Semenjak terhapusnya Russia sebagai pengimbang kuasa, Amerika dengan pengaruh kuat Yahudi terhadap kepimpinan telah mencatur banyak isu-isu yang mampu merusakkan mana-mana tamadun yang tidak disukai oleh Yahudi. Tiada peperangan dalam dunia ini yang tidak terkena 'tangan' Amerika. Amerika sering merasakan betapa kuatnya dia. Tapi itu perasan dia. Kuasa Yang Maha Berkuasa tidak mampu dihadapi oleh Amerika yang sombong itu.

Amerika dilanda gelombang panas. Seorang wanita berusia 92 tahun dari Philadelphia adalah antara mangsa yang maut kerana tidak tahan dengan cuaca terlalu panas yang kini melanda Amerika Syarikat.

Seorang lagi mangsa juga wanita, yang tidak mempunyai rumah, dijumpai terbaring di sebelah sebuah kereta Ahad lalu di pinggir bandar raya Detroit.

Cuaca panas menjangkau 37.7 darjah Celsius (100 darjah Fahrenheit) melanda bandar raya dari Richmond ke Boston, Providence dan Hartford, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional.

Suhu melepasi paras rekod di New York dengan mencecah 39.4 darjah Celsius dan Philadelphia dengan 38.8 darjah Celsius.

Boleh dikatakan ia adalah antara hari paling panas dalam tempoh satu dekad bagi kebanyakan lokasi di timur laut dan kawasan pedalaman, kata jurucakap Perkhidmatan Kaji Cuaca, Sean Potter. Ia adalah sama seperti kejadian pada 2001 atau mungkin 1998.

Kawasan bandar yang banyak mengalami pembangunan dilanda lebih teruk daripada luar bandar, kerana kawasan bandar menyerap lebih banyak tenaga solar pada waktu siang dan melepaskannya dengan lebih perlahan pada waktu malam.

Pakar kaji cuaca menggelarnya gelombang panas, berikutan suhu melebihi 37.7 darjah Celsius selama lebih tiga hari berturut-turut. Bandar raya terbesar di New Jersey, Newark, mencatatkan suhu lebih tinggi iaitu 37.7 darjah Celsius bagi hari ketiga berturut-turut.

Suhu di seluruh kawasan Atlantik Tengah semalam sekali lagi mencatatkan suhu di antara 32 darjah Celsius hingga 37.7 darjah Celsius.


klik sini


Wednesday, July 07, 2010

Zul Nordin pernah menipu rupanya...

Semalam Zul Nordin menyuruh Anwar Ibrahim bertaubat. Hari ini Zul Nordin mengaku bahawa dia pernah menipu semasa bersama Pakatan Rakyat menentang UMNO/BN.

Rupa-rupanya Zul Nordin ini seorang penipu! Bukan orang kata tapi dia sendiri yang memberitahu. Kalau begitu apakah jaminan bahawa Zul Nordin sekarang bukan penipu? Siapa yang percaya bahawa Zul Nordin sekarang tidak menipu lagi? Tiba-tiba dia kata dia masih ahli PAS...hehehe...!! Ada sapa percaya ?

Adakah sesiapa mendengar atau menyaksikan bahawa Zul Nordin bertaubat untuk tidak menipu lagi? Tak ada pun....

Bertaubat Zul...!

Tuesday, July 06, 2010

Zulkifli Nordin suruh Anwar Ibrahim bertaubat!

Hahahaha.....hahahaha......
Zulkifli Nordin suruh Anwar Ibrahim bertaubat!













Hahahaha....hahahaha.....
Zul Nordin suruh Anwar Ibrahim bertaubat!





















Hahahaha....hahahaha...
Uztab Zoou Nording suruh Anwar Ibrahim bertaubak!


























Huhuhuhu...huhuhuhu....
Ustad Zoi Nord suruh Anwar Ibrahim bertaubat!





















Bagouihnyo ustaz Zoi...tapi await sughuh Anwar soghang !

Hanya orang yang sesat sahaja yang tergamak menuduh PAS begitu..


Seorang Naib Presiden UMNO yang bernama Shapie Apdal telah menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Begitu tidak senonohnya mulut Shapie Apdal.

Jika begitu sekali rupa kandungan perlembagaan PAS, 'difatwa' sesat oleh Shapie Apdal, maka itu bukanlah perkara pelik. Tidak pelik langsung kalau tuduhan itu terpacul dari mulut 'birat' Shapie Apdal.

Memang tidak pelik apa yang keluar dari mulut 'birat' Shapie Apdal itu kerana HANYA ORANG YANG SESAT SAHAJA yang tidak tahu menjaga mulut dari menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. HANYA ORANG YANG SESAT sahaja yang tergamak menuduh PAS sebagai Parti Ajaran sesat!


Monday, July 05, 2010

SELARAN TPM Muhyiddin kepada segelintir orang Melayu, betul!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin diberitakan menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sangup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Bagus juga teguran TPM ini. Diharap tiadalah orang yang akan terasa tersindir. Terima teguran TPM Muhyiddin itu dengan ikhlas terutama orang atau puak-puak yang pernah mengatakan salah seorang raja Melayu...'natang!'

Dan lagi puak-puak yang telah menghapuskan tulisan Jawi, sila dengar dan faham teguran Muhyiddin itu. Jangan jadi bodoh sombong. Tulisan Jawi yang merupakan tulisan bangsa Melayu itu hapus, kerana kamulah, UMNO! Harapkan pagar pagar makan padi !

Itu, orang yang beria-ria membawa PPSMI dalam sistem pendidikan sehingga melemahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu jangan buat nyanyuk dan pekak badak, teguran TPM Muhyiddin itu betul! Kesian Muhyiddin, dia seorang sahaja yang berjiwa Melayu, yang lain, taik belaka termasuk taik judi!

Tolong...tolong..orang yang perasan sebagai "First Lady' Malaysia itu, tidakkah kamu menghina Permaisuri Agung kerana semua orang sedar dan faham bahawa Wanita Pertama Malaysia ialah Raja Permaisuri Agung. Bila tukar? Tanya Muhyiddin...menghina Raja-raja Melayu tau!

Maka benarlah kalau Muhyiddin tegur ada segelintir puak-puak Melayu yang yang mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu! Untuk melihat itu semua,Muhyiddin jangan pandang ke sini, pandang sebelah cukup...bersepah puak-puak yang Muhyiddin sebut itu.

Tentang cakap Muhyiddin yang ini : "Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai", nak tanya sedikit...53 tahunUMNO dominasi pemerintahan, agenda membangunkan bangsa Melayu tak terbangun-bangun dan tidak tercapai lagi? 53 tahun tu buat apa? Membangunkan agenda apa?

Kalau orang kata, orang tegur...marah !!! Cakap tetap tidak serupa bikin !

Sunday, July 04, 2010

Selagi UMNO memerintah: Lahir ramai penganggur, ramai penagih dan ramai anak luar nikah?

Selagi UMNO/BN memerintah beginilah gayanya. Bukan sahaja melahirkan ramai penganggur, penagih dadah malah ramai juga melahirkan anak luar nikah. Masya Allah !

Mungkin penyokong dan totok UMNO akan marah bila dikatakan begitu. Mereka pasti akan melenting dan menengking, 'kenapa pula ramai lahir anak luar nikah salahkan UMNO? Bukan UMNO jaga anak-anak orang'.

UMNO marah dan menengking seperti itu biasa. Dan bagi orang yang mahu menuduh UMNO begitupun wajar. Alasannya mudah sahaja. Memang UMNO tak jaga anak-anak remaja orang, tetapi UMNO adalah parti dominan dalam kerajaan BN sekarang. Kalau UMNO boleh, katanyanya mansuhkan judi bola setelah riuh rendah rakyat menentang dan membangkang kenapa pula UMNO yang dominan dalam BN tidak boleh memikirkan cara untuk mengatasi masalah kelahiran ramai anak luar nikah?
UMNO boleh memikirkan cara, kerana UMNO parti memerintah. UMNO boleh dan UMNO mampu kalau UMNO mahu.

Masalahnya, UMNO ini sebuah parti sekular yang tidak langsung berfikrah Islami. Oleh yang demikian, UMNO tidak menganggap kelahiran anak luar nikah yang berlambak ini sebagai isu penting bagi mereka. Dalam kepala otak UMNO yang penting cari wang buat wang dan projek. Penyelesaian masalah kelahiran anak luar nikah mengikut kaedah Islam bukan kepala otak UMNO.


Pemikiran sekular UMNO dalam menyelesaikan kelahiran anak luar nikah boleh diduga, berikan kondom percuma, ajar pendidikan seks.....agaknya, harapan UMNO kalau remaja berseksual sesama mereka, akan tahu cara berseksual tanpa melahirkan anak!

Itulah gaya fikrah UMNO. Hendak mengajar remaja mekanisma dosa-pahala, haram-halal, neraka-syurga bukan pemikiran 'glokal' UMNO. Sebab itu dapat dilihat setiap apa yang dibuat untuk menyelesai apa-apa masalah semasa UMNO/BN memerintah, semuanya gagal kalau berjayapun sekadar angka di atas kertas. Realitinya hampas!

Dibawah sumber dari Siasah:

Jangan pandang remeh kelahiran luar nikah di Malaysia

DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah 257,000 sijil kelahiran dari 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa.

Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari, baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2007 kepada 16,541 dalam 2008 dan 17,303 pada 2009.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman, DPPWP bimbang dan kecewa di atas peningkatan jumlah dan berpandangan, kes kelahiran anak luar nikah ini berpunca dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang keterlaluan.

Budaya hedonisme dan candu hiburan, berpeleseran, bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada terjebaknya remaja kepada aktiviti perzinaan.

DPPWP mempersoalkan mengapa dalam keadaan kes kelahiran dan pembuangan bayi semakin meningkat ini, kerajaan membenarkan pusat hiburan beroperasi tanpa kawalan dengan pelbagai aktiviti maksiat berlaku seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, arak, dadah, dan pelacuran.

Selain itu, penganjuran konsert hiburan yang terlalu banyak turut menyumbang kepada gejala kelahiran anak luar nikah. persoalannya mengapa kerajaan sanggup membenarkan penganjuran konsert berlangsung tanpa kawalan yang ketat.

Apakah kerajaan mampu menjamin keselamatan anak-anak gadis dari dinodai dan digoda oleh remaja-remaja lelaki sebaya dengannya. Apakah kerajaan mampu memantau setiap pergerakan remaja dan kemana mereka pergi setelah tamat menonton konsert.

Tambahan pula, dengan ledakan maklumat melalui internet dan telefon bimbit yang tiada had meloloskan segala kemungkaran dengan mudah untuk diakses.

DPPWP bimbang kemungkaran dan maksiat sangat mudah diperolehi melalui internet dan telefon bimbit sehingga ke setiap rumah di Malaysia.

Penekanan terhadap tarbiyah dan pendidikan agama yang longgar menyemarakkan lagi faktor kelahiran anak luar nikah. Sistem pendidikan negara hari ini gagal membentuk peribadi dan syakhsiyah remaja untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah dan bagaimana masyarakat boleh mengharapkan generasi akan datang menjadi insan yang baik dan bebas dari maksiat sedangkan generasi yang lahir pada hari ini ramai lagi yang jahil dan buta agama?

DPPWP berharap semua pihak memainkan peranan dalam memastikan angka kelahiran anak luar nikah dapat dibendung. Kerajaan perlu membendung gejala maksiat hingga ke akar umbi dengan tidak membenarkan lagi pusat hiburan beroperasi dalam negara walau apa alasan sekalipun dan konsert hiburan yang lagha dan melalaikan tidak wajar diadakan sama sekali walau di mana pun.

Kerajaan juga perlu melakukan sesuatu dalam menyekat penyebaran maksiat melalui internet dan telefon bimbit. Penekan tarbiyah dan pendidikan agama sangat penting bagi memastikan pelajar tahu hukum halal dan haram serta segala aspek yang berkaitan dengan ruhiyyah.

Ibu bapa pula perlu berperanan dalam memastikan pendidikan dan pergaulan anak-anak terjaga dan tidak membiarkan anak mereka bergaul bebas tanpa kawalan serta memastikan anak mereka menurup aurat.

DPPWP juga beerharap masyarakat turut bersama memainkan peranan dalam memastikan gejala zina dapat dihentikan.

Institusi masjid, pusat komuniti, kempen kesedaran, kumpulan pencegah maksiat, kem-kem motivasi adalah usaha yang baik bagi membantu membendung budaya zina dan kelahiran anak luar nikah dari berleluasa.